Font size
WorksheetsKUIZ PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 SET 4
Total questions: 50
Worksheet time: 30mins
siapakah warga sekolah?
tukang kebun dan tukang sapu
pelajar dan guru
kerani sekolah dan pembantu makmal
semua diatas
Apakah maksud sekolah sejahtera
baik dan selamat
buruk dan tidak selamat
penuh dengan pelajar baik
penuh dengan pelajar nakal
menjaga keselamatan sekolah ialah tugas siapa?
polis
askar
pengawal keselamatan
ultraman
pilih ciri-ciri warga sekolah yang sejahtera
saling menghormati antara satu sama lain
bersopan santun dan berbudi pekerti mulia
bertanggungjawab melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna
bekerjasama bagi menjayakan sesuatu aktiviti
semua diatas
sewaktu anda pergi ke tandas, anda dapati salah satu dari paip sinki telah bocor. Apakah tindakan yang wajar anda lakukan?
tidak melaporkan kepada guru
melaporkan kepada guru
siapakah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas
pelajar
tukang sapu
guru kelas
Apakah kelebihan menggunakan internet dengan berhemah?
Mendapat maklumat yang sahih
Hubungan kekeluargaan renggang
Maruah diri dan keluarga tidak dipelihara
Mengisi masa lapang dengan permainan atas talian
Moral Berkaitan dengan semua dibawah kecuali
tingkah laku baik atau buruk
mengikut norma masyarakat
diterima oleh keluarga
diterima agama
Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku yang benar
tingkah laku yang diterima masyarakat
tingkah laku yang membantu membuat keputusan
tingkah laku yang berasaskan bukti
Insan bermoral ialah individu yang ______, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam semua tindakannya.
Bersimpati
Berfikiran
Berwawasan
Berdikari
Pilih pernyataan yang tepat mengenai kepentingan menjadi insan bermoral kepada keluarga.
Hidup lebih tenang dan sejahtera.
Mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.
Menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat
Institusi keluarga yang kukuh
Program 5R membina nilai-nilai berikut kecuali...
Rasional
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Bergaduh di antara satu sama lain
Program 5R baik untuk alam sekitar.
Ya
Tidak
Pernyataan berikut merupakan ciri-ciri rasional kecuali
Dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara
Mengutamakan emosi dalam membuat keputusan
Sentiasa berhati-hati
Berfikiran matang
Apakah maksud 5R kecuali..
Rethink
Repair
Recycle
Reduce
pilih contoh tingkah laku insan bermoral
rajin ke sekolah untuk menimba ilmu
sanggup mempertahankan dan menjaga imej negara
tidak mematuhi peraturan sekolah
Apakah ciri-ciri insan bermoral dari segi perasaan
gembira
kecewa
hormat-menghormati
sedih
Apakah kepentingan hidup beragama atau berkepercayaan
mendekatkan diri dengan Tuhan
tidak mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup
menjadi manusia yang berakhlak mulia
pilih cara menghormati amalan keagamaan atau kepercayaan orang lain
mengejek amalan keagamaan dan kepercayaan orang lain
tidak berbuat bising semasa rakan bersembahyang
tidak makan atau minum di hadapan rakan yang sedang berpuasa
Apakah cara menyayangi anggota keluarga
tidak memberi layanan yang sopan
memberi sokongan moral
berkongsi masa suka dan duka
Berikut merupakan ciri insan bermoral dari aspek perlakuan KECUALI
Bersikap adil
Berperikemanusiaan
Berfikiran rasional
Bertindak mengikut undang-undang
Siapakah tokoh yang terdapat dalam gambar tersebut.
Mahatma Gandhi
Pendeta Za'ba
Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Apakah kepentingan bertingkah laku baik?
di percayai dan diyakini oleh orang lain
membantu untuk membuat membuat keputusan yang betul dan tepat
hubungan dengan orang lain akan menjadi lebih mesra
Apakah maksud perlakuan baik?
tingkah laku yang jahil
tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
tingkah laku yang menjengkelkan
perlakuan yang memalukan diri
Apakah maksud perlakuan benar?
bercakap bohong
tingkah laku yang betul berdasarkan bukti dan akta atau eviden yang sah
membuat laporan palsu
memfitnah rakan sekelas
apakah maksud perlakuan patut?
tingkah laku yang sesuai dilakukan dan diterima oleh masyarakat
tingkah laku yang tidak sesuai dan tidak diterima oleh masyarakat
tingkah laku yang menyakitkan hati orang lain
tingkah laku yang menyebabkan perselisihan faham
moral berasal daripada bahasa Latin mores yang membawa maksud _________________.
tingkah laku baik, betul dan diterima
tingkah laku cermat dan berhati-hati
tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat
tingkah laku mengikut peraturan dan perasaan
Tingkah laku benar berasaskan__________ dan diterima oleh masyarakat.
cakap-cakap
khabar angin
fakta
anggapan
ranjeet singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ____________.
benar
baik
patut
sesuai
Amir menghulurkan derma sempena Hari Pahlawan. Tindakan Amir merupakan tingkah laku yang ____________.
sahih
baik
benar
luhur
seseorang yang mengamalkan tingkah laku bermoral akan berasa ___________ dalam kehidupan.
sedih
ragu-ragu
gelisah
tenang
Kita harus menjaga keselamatan kawasan kediaman supaya
keselamatan penduduk terjamin
menjadi daya tarikan pelancong asing
kebersihan dan kesihatan penduduk setempat terjamin
kemajuan sesuatu tempat kediaman semakin pesat
Perlakuan ___________ merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang ramai.
berjudi
melepak
vandalisme
bekerjasama
____________ merupakan salah satu ancaman keselamatan kawasan kediaman yang makin membimbangkan.
Sukaneka
Pecah rumah
Lumba haram
Gotong royong
Program __________ dapat menjaga keseimbangan alam sekitar.
3R
5R
6R
7R
___________ bermaksud peraturan tingkah laku yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Sikap
Etiket
Gejala
Tabiat
Berikut menunjukkan amalan nilai berdikari kecuali
menyiapkan kerja sekolah tanpa disuruh oleh ibu bapa
memasak sendiri makanan yang ringkas apabila ibu tiada di rumah.
membeli alat tulis dari kedai buku sekolah dengan menggunakan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa.
mengambil wang dari bilik ibu bapa tanpa pengetahuan mereka untuk diberikan kepada peminta sedekah.
Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang usaha menjaga alam sekitar?
Penggunaan racun perosak dalam bidang pertanian dapat mengurangkan pencemaran tanah
Penggunaan petrol berplumbum dalam kenderaan dapat mengatasi pencemaran udara
Pembakaran sisa domestik secara terbuka merupakan cara berkesan untuk mengatasi pencemaran air.
Penanaman semula hutan yang telah dibersihkan membantu mengelakkan fenomena pemanasan bumi.
Antara yang berikut yang manakah penyataan yang benar tentang rasuah?
Rasuah juga dikenali sebagai jenayah kolar biru
Rasuah tidak memberi kesan kepada imej sesebuah negara
Rasuah berpunca daripada sifat tamak
Rasuah hanya melibatkan penggunaan wang untuk memperoleh sesuatu manfaat
Orang yang ketagihan rokok cenderung mengalami
berat badan berlebihan
penyakit kencing manis
masalah sistem pernafasan
stress akibat beban hutang yang banyak
__________ ialah singkatan kepada Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu.
Salam
Unicef
Yayasan Chow Kit
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Berikut merupakan cara-cara menyayangi anggota keluarga,kecuali
mematuhi nasihat dan larangan keluarga.
memberikan hadiah atau kad ucapan
berkongsi masa suka sahaja
saling menghormayi
Apakah yang dimaksudkan dengan anggota keluarga?
insan yang paling penting dalam kehidupan kita.
insan yang sama agama dengan kita.
insan yang menyumbangkan bantuan kewangan kepada kita.
insan yang berlawan dalam kehidupan kita.
Hubungan kekeluargaan dapat dieratkan dengan meraikan hari ____________ bagi anggota keluarga.
anugerah
istimewa
patriotisme
pekerja
"Trisya mengajak anggota keluarganya bercuti untuk meluangkan masa bersama."
Apakah nilai bermoral yang bersesuaian dengan situasi yang diberikan di atas?
baik hati
kasih sayang
patriotisme
rasional
Apakah kesan terhadap anggota keluarga jika nilai kasih sayang tidak diterapkan?
hidup dengan bahagia.
perpaduan keluarga terjamin
persefahaman antara anggota keluarga
tidak wujud sikap hormat-menghormati antara anggota keluarga.
Setiap anggota keluarga perlu berusaha untuk ......
mementingkan diri sendiri
menjaga nama baik keluarga
mengumpulkan harta diri sendiri sahaja
tidak melibatkan diri dalam membuat keputusan keluarga
Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia kecuali
hubungan mesra dan akrab.
saling bersaing dan mementingkan diri sendiri.
peka terhadap perasaan anggota keluarga yang lain.
saling hormat-menghormati antara anggota keluarga.
Berikut merupakan aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kehidupan harian , kecuali
masak bersama
aktiviti lasak bersendirian
menonton wayang bersama
melakukan kerja amal bersama
Apakah kesan terhadap anak-anak yang lahir daripada keluarga yang kurang mesra dan bahagia?
emosi anak-anak stabil
tahap pelajaran semakin merosot
menyayangi ahli keluarga melebihi sahabat.
menjadiakn ibu bapa sebagai tempat bergantung.
