wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

tatabahasa tahun 4

Total questions: 60

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.
_____________________ keadaan nenek kamu?
a)
Bagaimanakah
b)
Apakah
c)
Bila
2.
Kucing itu mengiau _________________ adik terpijiak ekornya.
a)
lalu
b)
apabila
c)
jika
3.
Mak Cik Rina hanya menggunakan beberapa ________________ bawang putih untuk masakannya itu. 
a)
biji
b)
ulas
c)
buah
4.
Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah  rambutan itu.
a)
lembut
b)
tinggi
c)
panjang
5.
Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya  semalam telah  _____________________.
a)
basi
b)
rosak
c)
busuk
6.
 “_________ berharap agar diberikan kebenaran menghadap tuanku,” kata bendahara kepada sultan.
a)
Beta 
b)
Patik
c)
Saya
7.
Kita mesti berusaha _________________ untuk memenangi pertandingan itu.
a)
minta diri
b)
cari jalan
c)
ada akal
8.
Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu
a)
malahan
b)
ketika
c)
dan
9.
 “  ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika  berada di jalan raya,” nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam.
a)
kami
b)
mereka
c)
kalian
10.
 “  ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas,” kata ketua darjah.
a)
sila
b)
ayuh
c)
usah
11.
 Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?
a)
Dia menyikat rambutnya.
b)
Wanita itu memakai baju kebaya. 
c)
Alif makan nasi di warung Wak Jamal
d)
Pakaian Ani belum dibasuh.
12.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat dibawah.
Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah  Borhan.
a)
Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?
b)
 Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
c)
Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
13.
Air Sungai Melaka _____________ deras apabila hujan turun tiak henti-henti.
a)
mengalir
b)
melalui
c)
mengikut
14.
Saya dan Kim Sang bercadang untuk mencari buku rujukan Bahasa Inggeris di ____________ itu.
a)
kedai runcit
b)
kedai buku
c)
taman bunga
15.
Kita dinasihatkan agar menggunakan ______________ apabila hendak melintas jalan raya.
a)
jejentas
b)
jejari
c)
jejentik
16.

PERIBAHASA :

Hadif dan Hajar kagum melihat penduduk Taman Impian ________________ mengusahakan kebun ini.

a)

sekangkang kera

b)

ambil berat

c)

berganding bahu

d)

menambat hati

17.

KATA NAMA AM:

Hadif dan Aina menunggang basikal untuk pulang ke rumah setelah melawat Kebun Komuniti.

Senaraikan 2 kata nama am daripada ayat tersebut.

(a)  

18.

KATA NAMA KHAS :

"Wahai warga hutan, terima kasih kerana berhimpun pada pagi ini!" Laung Penghulu Unggas.

Berikan 1 kata nama khas daripada dialog tersebut.

(a)  

19.

KATA GANTI NAMA :

"Apakah yang sedang _____________ lakukan?" Tanya ayah kepada Haziq dan Hadif.

a)

kalian

b)

kamu

c)

dia

d)

mereka

20.

PENJODOH BILANGAN :

Hadif menemani ayahnya ke hospital untuk mengambil ubat. Encik Hussin menyerahkan se_________ slip ubatnya kepada se___________ pegawai perubatan. Pegawai itu berpesan supaya menghabiskan se___________ ubat yang mengandungi 14 tablet itu dalam tempoh seminggu.

a)

papan

b)

buah

c)

helai

d)

orang

e)

batang

21.

KATA KERJA AKTIF TRANSITIF :

Kita perlu ___________ langkah-langkah pencegahan penyakit tangan-kaki dan mulut.

a)

mengelakkan

b)

mengambil

c)

membuat

d)

mengamalkan

22.

KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF :

Guru kelas saya selalu __________ supaya kami sentiasa menjaga kebersihan.

a)

beringat

b)

berpesan

c)

bercerita

d)

berkata

23.

KATA KERJA PASIF :

Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

AYAT AKTIF :Puan Nurul merebus keropok lekor.

AYAT PASIF :

a)

Puan Nurul direbus oleh keropok lekor.

b)

Keropok lekor direbus oleh Puan Nurul.

24.

KATA ADJEKTIF CARA :

Jangan _________ ketika menuruni tangga.

a)

gopoh

b)

laju

c)

cepat

d)

berhati-hati

25.

KATA ADJEKTIF PERASAAN :

Pencuri itu melarikan diri kerana __________ dikejar anjing.

a)

ragu

b)

marah

c)

risau

d)

takut

26.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA :

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kata adjektif pancaindera?

a)
b)
c)
d)
27.

KATA ADJEKTIF WAKTU :

Pilih ayat dengan kata adjektif waktu yang betul.

a)

Suara penyanyi itu merdu sekali.

b)

Saya sayang ibu saya.

c)

Ahmad datang awal ke sekolah setiap hari.

d)

Kereta Cikgu Liza berwarna merah.

28.

KATA SENDI NAMA :

Kejadian litar pintas berpunca ___________ wayar penyambung yang berserabut.

a)

daripada

b)

oleh

c)

pada

d)

dalam

29.

KATA GANTI NAMA DIRI :

Datuk Alif seorang yang pemurah. Baginda banyak membantu masyarakat setempat.

Betulkan perkataan yg berwarna.

(a)  

30.

Pilih ayat yang betul.

a)

Cadangan sang kancil itu dipersetujui oleh pak belang.

b)

Yusni digoreng oleh ayam.

c)

Puan Dayang memanggang kentang goreng.

d)

Ayah membeli beberapa helai daun kunyit di kedai runcit.

31.

Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman sains._______ melakukan tugas itu bersama-sama.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Dia

32.

Pemain pasukan Sabah itu sedang melakukan ________ sudut untuk pasukannya.

a)

pukulan

b)

sepakan

c)

hayunan

d)

hantaran

33.

Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai _____________________ kanak- kanak berusia tujuh tahun.

a)

daripada

b)

dari

c)

untuk

d)

kepada

34.

Rani memungut baju-baju kotor itu _________________ merendamnya di dalam besen.

a)

dan

b)

atau

c)

lalu

d)

maka

35.

Abang mengeluarkan ________ yang baru dibelinya daripada kotak itu lalu meletakkannya di atas meja.

a)

bebuli

b)

tetikus

c)

kekunci

d)

lelabah

36.

Baju yang baru dibeli oleh Ranjita ada ___________ kakaknya.

a)

akan

b)

daripada

c)

pada

d)

dengan

37.

” ___________________ , ambil tuala ini dan pergi mandi sekarang juga !” kata Puan Eng kepada anaknya.

a)

Cih

b)

Nah

c)

Amboi

d)

Eh

38.

Badan pesakit yang baru menjalani pembedahan itu masih ___________ dan dia perlu banyak berehat.

a)

lemah

b)

layu

c)

lembik

d)

lembap

39.

Pada malam hari raya, Roslan membantu datuknya ________ ketupat.

a)

membakar

b)

mereneh

c)

merebus

d)

menyalai

40.

Penternak lembu itu terkejut apabila mendapati ________ ekor lembunya mati.

a)

sebahagian

b)

beberapa

c)

setengah

d)

semua

41.

_____________________ penduduk kampung diarahkan berpindah ke kawasan perumahan yang baru dibina.

a)

Setiap

b)

Segala

c)

Setengah

d)

Semua

42.

Ai Ling memakai _______________ semasa mengikuti kelas renang.

a)

baju renang

b)

baju kemeja

c)

baju hujan

d)

baju sukan

43.

Terdapat se_________________ anak sungai yang jernih airnya di belakang rumah saya.

a)

buah

b)

biji

c)

batang

d)

kaki

44.

Ayah tidak suka ___________________ dalam pergaduhan antara saya dengan kakak.

a)

cepat tangan

b)

ringan tulang

c)

bekas tangan

d)

campur tangan

45.

"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.

a)

cik

b)

beliau

c)

saudara

d)

dia

46.

"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.

a)

Nah

b)

Oh

c)

Wah

d)

Hai

47.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

48.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

49.

Anuar kerap berlakon dalam beberapa buah filem. Beliau ialah seorang___________.

a)

biduan

b)

seniwati

c)

seniman

d)

biduanita

50.

Tukang rumah itu sedang memasang_____________supaya atap rumah itu boleh dipasang dan kukuh.

a)

kekisi

b)

kekuda

c)

tetupai

d)

jeruji

51.

Abang suka menangkap___________ di tepi pantai pada setiap pagi.

a)

umang-umang

b)

tupai-tupai

c)

bola-bola

d)

angkut-angkut

52.

Sultan Ahmad Shah seorang sultan berjiwa rakyat. ______________ akan memastikan kehidupan rakyat aman dan damai.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Tuanku

d)

Baginda

53.

Penternak itu didenda kerana membiarkan haiwan ternakannya _________________ di jalan raya.

a)

berselerak

b)

bertaburan

c)

berkeliaran

d)

bertempiaran

54.

Parang yang baru dibeli oleh Pak Dik Sudin itu bermata _______________.

a)

tirus

b)

nipis

c)

tebal

d)

leper

55.

Eng Him membeli sejambak bunga ros yang _______________ untuk ibunya.

a)

segar

b)

lesu

c)

layu

d)

subur

56.

________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.

a)

Pada ... untuk

b)

Pada ... dengan

c)

Bagi ... terhadap

d)

Dalam ... kepada

57.

Pengurus syarikat jualan langsung itu selalu menabur janji kepada para pelanggannya namun, satu pun tidak pernah ditunaikannya.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

lesung mencari alu.

b)

lidah tidak bertulang

c)

nasi sudah menjadi bubur.

d)

menanti kucing bertanduk.

58.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Saya telah serahkan skrip jawapan karangan saya itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak dan dinilai semula.

a)

Di manakah Cikgu Farhana letakkan skrip jawapan karangan kamu itu?

b)

Bilakah kamu serahkan skrip jawapan karangan kamu itu kepada Cikgu Farhana?

c)

Siapakah yang mengambil skrip jawapan karangan kamu itu daripada Cikgu Farhana?

d)

Mengapakah kamu serahkan skrip jawapan karangan itu kamu kepada Cikgu Farhana?

59.

Pilih ayat yang betul.

a)

Cik Lizawatie baharu sahaja melaporkan diri di tempat kerja barunya.

b)

Dia baharu sahaja sampai dari Kuala Lumpur menaiki kereta api elektrik.

c)

Encik Ghani membeli kereta baru di Kota Bharu, Kelantan baharu-baharu ini.

d)

Abang menghadiahi adik basikal baharu sempena hari ulang tahun kelahirannya.

60.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Aufa,” kata Aini.

a)

Aini menasihati Aufa agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.

b)

Aini meminta Aufa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

c)

Aini memujuk Aufa membersihkan masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.

d)

Aini meminta Aufa menceritakan masalah yang dialaminya supaya boleh diselesaikan.