wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PERIBAHASA 2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.

a)

tangan terbuka

b)

gelap fikiran

c)

cuci tangan

2.

Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.

a)

gerak badan

b)

ikat perut

c)

banyak akal

3.

Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.


a)

diam-diam ubi

b)

serkap jarang

c)

angkat muka

4.

Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.

a)

buah fikiran

b)

buah mulut

c)

buah pena

5.

Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

a)

bongkok udang

b)

besar kepala

c)

kaki bangku

6.

Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.

a)

anak kandung

b)

anak emas

c)

anak buah

7.

Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan ______


a)

mata duitan

b)

kaki ayam

c)

buta huruf

8.

Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.

a)

busuk hati

b)

geli hati

c)

iri hati

9.

Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.

a)

lidah bercabang

b)

tangkai jering

c)

akal belut

10.

Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.

a)

kambing hitam

b)

kera sumbang

c)

lipas kudung

11.

Mona ______ semasa emak dan ayahnya berbual-bual di ruang tamu.

a)

pasang telinga

b)

ikat perut

c)

pekak badak

12.

Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.


a)

titik peluh

b)

tin kosong

c)

asam garam

13.

Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergi ke pejabat.

a)

ambil angin

b)

ganti tikar

c)

alas perut

14.

Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas pelamin.

a)

gulung tikar

b)

buta huruf

c)

raja sehari

15.

Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.

a)

perut kosong

b)

buah tangan

c)

beri muka

16.

Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.

a)

gulung tikar

b)

cuci perut

c)

angkat kaki

17.

Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.

a)

sampai hati

b)

putih mata

c)

salah urat

18.

Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.

a)

lidah bercabang

b)

pisau cukur

c)

mati kutu

19.

Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.

a)

pisau cukur

b)

perigi buta

c)

otak udang

20.

Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.

a)

campur tangan

b)

ambil angin

c)

batu api