wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 5- Simpulan Bahasa

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pekerja-pekerja di hotel itu ______ menyiapkan pentas khas untuk majlis

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

2.

Setelah begitu lama berada di rumah Salmah, kami pun _____ .

a)

minta diri

b)

minta nyawa

c)

minta hati

d)

minta kasih

3.

Budak yang ____itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

besar kepala

d)

barat kepala

4.

Sazali seperti ____ kerana suka mengasingkan diri.

a)

alim kucing

b)

Abu Nawas

c)

kera sumbang

d)

bodoh sepat

5.

Penduduk kampung berasa marah terhadap peraih-peraih ikan yang bersikap seperti ______ itu.

a)

lintah darat

b)

hidung tinggi

c)

telinga kuali

d)

muka tembok

6.

Orang yang gelojoh ialah orang yang _____ .

a)

makan darah

b)

buruk makan

c)

makan suap

d)

makan diri

7.

“Cakap perlahan sedikit, dia tu _____ , nanti ketahuinya rahsia ini,” bisik Sandra kepada Dewi.

a)

telinga nipis

b)

lintah darat

c)

telinga lintah

d)

pekak badak

8.

Orang yang ______ sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

9.

Masyarakat memandang rendah akan penagih dadah. Mereka dianggap sebagai ______.

a)

kutu embun

b)

buang diri

c)

bawa nasib

d)

kucing kurap

10.

Mereka _____ apabila mendengar cerita Ani yang terjatuh ke dalam sungai sewaktu belajar menaiki basikal.

a)

geli hati

b)

curi hati

c)

makan hati

d)

iri hati

11.

Ayah ______ mahu mengusahakan tanah sawahnya yang telah lama terbiar.

a)

bulat suara

b)

bulat mata

c)

bulat rasa

d)

bulat kata

12.

Lelaki yang _____telah ditangkap polis kerana dipercayai mendera anak dan isterinya.

a)

kaki rayau

b)

kaki botol

c)

kaki joli

d)

kaki makan

13.

Ayah ____ apabila mendapat tahu abang terlibat sama dalam kejadian pecah rumah itu.

a)

naik hairan

b)

naik kasihan

c)

naik angin

d)

naik hantu

14.

Hanis mendapat ________ selepas menyertai perrtandingan itu.

a)

durian runtuh

b)

batu api

c)

mata duitan

d)

gaji buta

15.

Emak membuat agar-agar sebagai _________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai

16.

Cikgu Aini seronok mengajar Kelas 5 Abbas kerana murid-muridnya___________.

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

17.
Encik Ali diburu oleh ________ kerana berhutang ribuan ringgit dengan mereka.
a)
pening lalat
b)
nyawa-nyawa ikan
c)
lintah darat
d)
buruk siku
18.

Ehsan _______ pada pagi ini kerana bangun lewat.

a)

mandi kerbau

b)

makan angin

c)

telinga lintah

d)

mandi peluh

19.
Perilaku Aminah yang kurang sopan pada tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.
a)
buah mulut
b)
buah fikiran
c)
buah cakap
d)
buah-buahan
20.

Syarikat AB Sdn Bhd terpaksa _________ dan memecat semua pekerjanya kerana menanggung hutang yang tinggi.

a)

durian runtuh

b)

atas angin

c)

gulung tikar

d)

tutup untung

21.

Lagu terbaru penyanyi muda, Daniel Halif sering diputarkan di corong radio dan kini telah menjadi _________ orang ramai.

a)

halwa telinga

b)

pemanis mulut

c)

jinak merbok

d)

alunan bayu

22.

Kita tidak boleh terus _________ sahaja sekiranya tiada bukti yang kukuh dan saksi yang melihat kejadian itu.

a)

tembak rambang

b)

guna akal

c)

tarik tali

d)

serkap jarang

23.
Pasukan Merah dalam keadaan bahaya setelah __________________ mereka mengalami kecederaan di saat-saat akhir perlawanan.
a)
putera harapan
b)
kaki bangku
c)
ayam tambatan
d)
batu loncatan
24.

Rayyan dan keluarganya _______ ke Pantai Teluk Cempedak.

a)

angin masuk

b)

tolak angin

c)

makan angin

d)

buang angin

25.

______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.

a)

Titik peluh

b)

Mata duitan

c)

Mata keranjang

d)

Mata pencarian

26.

Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____

a)

buku lima

b)

duit kopi

c)

bendera putih

d)

putih mata

27.

Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.

a)

batu api

b)

cakar ayam

c)

bekas tangan

d)

berat sebelah

28.

Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.

a)

khabar angin

b)

kepala batu

c)

geli hati

d)

buah hati

29.

Nina dikatakan _____ kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.

a)

iri hati

b)

buruk siku

c)

bidan terjun

d)

omong kosong

30.

Encik Ahmad _____ apabila dia telah menjadi kaya.

a)

buah fikiran

b)

lupa daratan

c)

ayam tambatan

d)

orang bawahan

31.

Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.

a)

ajak-ajak ayam

b)

gila-gila bahasa

c)

bau-bau kacang

d)

nyawa-nyawa ikan

32.

Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.

a)

bersengkang mata

b)

sekangkang kera

c)

tebal telinga

d)

berat mata

33.

Amirah tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.

a)

berpeluk tubuh

b)

bertikam lidah

c)

kepala batu

d)

habis jodoh

34.

Sarina tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.

a)

hidung belang

b)

gulung tikar

c)

kaki bangku

d)

harga diri

35.

Mak Esah tidak disukai oleh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.

a)

tangan kanan

b)

bawa mulut

c)

buta huruf

d)

alas perut

36.

Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.

a)

mulut tempayan

b)

kutu embun

c)

kaki ayam

d)

pekak badak

37.

Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.

a)

besar kepala

b)

cuci tangan

c)

buah pena

d)

curi tulang

38.

Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______

a)

jalan belakang

b)

jalan tengah

c)

jalan damai

d)

jalan buntu

39.

“Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru hendak berubah?” soal Mak Pah.

a)

kucing bertanduk

b)

kambing hitam

c)

telinga kuali

d)

lintah darat

40.

Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.

a)

mencuit hati

b)

mencuci mata

c)

mengambil berat

d)

mengadu domba