Worksheetsuji bahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Suhaila berasa _______________ kerana tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
keliru
hampa
resah
curiga
“Kalian ______________ segera ke tempat kejadian,” kata pegawai bomba itu kepada anak buahnya.
baru
patut
dapat
pernah
“Jika ______________ tidak faham, sila berjumpa dengan saya,” kata Cikgu Maziah kepada saya.
kami
kalian
kamu
engkau
“ ________________ sultan sudah dua purnama gering. Rakyat jelata turut berduka,” kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
Beta
Patik
Beliau
Baginda
Sultan Ibrahim ________________ melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Pasir
mencemar duli
menganugerahi
menjunjung duli
menjunjung titah
Untuk membuat ______________ bilik itu, Mak Temah memerlukan beberapa helai kain batik.
kekisi
lelangit
tetulang
tetupai
Hajah Esah berasa _______________ kerana anak-anaknya sudah lama tidak menjenguknya di kampung.
jauh hati
tawar hati
panas hati
sampai hati
Pilih perkataan sinonim bagi berdusta.
berbalah
berbohong
bertengkar
bersengketa
Perkataan berlawan bagi empuk.
lemau
keras
reput
lembut
Ibu meminta saya mengambil __________ jam tangan dan __________ kalung mutiara di dalam laci di biliknya.
seutas......seuntai
seurat..... sebuah
seutas.....seurat
sebentuk....seutas
Adnan tidak kisah memakai baju yang _________________ kerana dia sedar bapanya belum mampu untuk membeli baju baharu.
lunyai
lusuh
luput
lapuk
Cincin dan mata kail menggunakan penjodoh bilangan yang sama iaitu
utas
pasang
bentuk
biji
Tandas yang berbau ….. itu tidak dicuci oleh pekerja sejak dua hari yang lepas.
hapak
masam
hancing
tengik
Bendera itu ……… apabila ditiup angin.
bergoyang
berkibar
berbuai
berkocak
Jalan ke rumah Nadia bengkang-bengkok seperti______________.
rusa masuk kampung
ular kena palu
ikan pulang ke lumpur
