Font size
WorksheetsBahasa Melayu Pemahaman Tahun 6
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
"Bilakah ____________ hendak melawat Nurul yang sedang sakit di hospital?" tanya Shidah kepada Raisha dan Wiya.
kamu
mereka
awak
kalian
Ayah telah membawa pulang beberapa __________ rebung dan tiga _________ serai dari kebun untuk kegunaan ibu ketika memasak.
gelung .... rumpun
pucuk .... pohon
batang .... batang
rumpun .... longgok
Daud menyatakan _________ dia tetap akan mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi itu __________ terpaksa meminjam duit kakaknya untuk membayar tambang.
walaupun .......... dan
bahawa ........... walaupun
sesungguhnya ........... sambil
bahawa ........... namun
Tokoh __________ itu diundang untuk menyampaikan ceramah tentang rumah tradisional yang terdapat di negara ini.
sejarawan
jutawan
negarawan
ilmuwan
Ahmad ___________ tuduhan itu sekeras-kerasnya kerana yakin bahawa dia tidak bersalah dalam hal itu.
melenyapkan
mengecam
menyoal
menyangkal
Wafiya memasukkan beberapa keping duit syiling __________ dalam tabung sebagai langkah untuk berjimat cermat.
ke
di
pada
akan
Apakah alat yang digunakan untuk melindungi Sultan Alauddin Riayat Syah daripada pancaran cahaya matahari?
singgahsana
iram-iram
pending
panji-panji
Pekerja-pekerja kilang itu membangkang cadangan majikan mereka untuk membatalkan cuti sempena hari raya.
Perkataan antonim bagi membangkang.
menyokong
membantah
memberontak
menyalahi
Pilih simpulan bahasa yang betul.
Sikap Aminah yang suka ___________ antara murid kelasnya dengan murid Tahun Lima Kenanga telah menimbulkan pergaduhan.
buruk siku
makan suap
pisau cukur
adu domba
"__________ mohon beredar, tuanku." Sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
Beta
Patik
Saya
Hamba
Kapak yang digunakan oleh Haikal untuk menebang pokok di tepi sungai itu sangat __________ kerana telah diasah terlebih dahulu.
tajam
kukuh
tumpul
cantik
Dr. Ain merupakan seorang __________ kosmetik yang pemurah kerana sering menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin.
jutawan
budiman
karyawan
angkasawan
" Janganlah kita __________ hanya kerana perkara yang remeh-temeh," kata Fatin kepada Dania
bertikam lidah
berpeluk tubuh
berganding bahu
bersengkang mata
Encik Khairil bersetuju untuk menjadi __________ Encik Firash dalam perniagaan makanan sejuk beku.
rakan lama
rakan muda
rakan-rakan
rakan kongsi
Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Pasir Gudang telah diadakan dengan __________ dan meriah di Stadium Bandaraya Pasir Gudang.
tunggang-langgang
gilang-gemilang
gegak-gempita
huru-hara
Tentera laut telah menangkap _________ lanun yang merompak sebuah kapal di perairan negara semalam dalam Ops Cegah.
semua
segala
sesetengah
sebilangan
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Fatimah menjaga tikar mengkuang itu sebaik-baiknya untuk dijadikan kenang-kenangan kerana hasil daripada ___________ arwah ibunya.
air tangan
buah tangan
bekas tangan
ringan tangan
Pilih ayat yang betul
Semua anak Encik Fadhli gemarkan buah durian.
Baju bercorak melintang itu bukan sesuai dipakai oleh mereka yang berbadan gempal.
Ibu bapa harus menanam nilai murni di dalam diri anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi.
Guru Besar sedang memperkatakan tentang disiplin semasa berucap dalam perhimpunan pagi.
Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup
deras
gopoh
lambat
perlahan
Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.
hiruk pikuk
kelam kabut
lintang pukang
compang camping
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.
Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.
Memang belum rezeki aku lagi.
Wah, sindir aku nampaknya!
Tidak, engkau apa peduli!
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
