wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa / komsas 2

Total questions: 25

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama cikgu bahasa Melayu anda?

a)

Cikgu Hadizi

b)

Cikgu Hazizi

c)

Cikgu Hafizi

d)

Cikgu Hapizi

2.

Perkataan manakah yang dieja salah?

a)

Losen

b)

kolesterol

c)

ampangan

d)

leukemia

3.

Perkataan manakah yang dieja salah?

a)

nanas

b)

nenas

4.

Perkataan manakah yang dieja salah?

a)

celupar

b)

celopar

5.

kata sinonim bagi perkataan pro aktif ialah:

a)

maju

b)

cergas

c)

kegigihan

d)

kejayaan

6.

Kata sinonim bagi perkataan signifikan ialah :

a)

pecahkan

b)

ciri-ciri

c)

kepentingan

d)

jadualkan

7.

berikut merupakan peribahasa yang membawa maksud perbuatan sia-sia kecuali ?

a)

bagai anjing menyalak bukit

b)

bagai menabur garam di laut

c)

air dicincang takkan putus

d)

bagai mencurah air didaun keladi

8.

Peribahasa yang manakah sesuai untuk menunjukkan sikap pentingkan diri?

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai katak bawah tempurung

c)

bagai api disimbah minyak

d)

bagai musang berbulu ayam

9.

" Adnin terpaksa berkali-kali memberi arahan kepada pekerjanya supaya kerja yang diberikan dilaksanakan. Hal ini kerana pekerjanya tidak bertindak selagi tidak diarahkan"

Peribahasa sesuai bagi situasi berikut ialah :

a)

alah bisa tegal biasa

b)

bagai kuku dengan isi

c)

bagai tukul dengan pahat

d)

bagai mencurah air didaun keladi

10.

kata sinonim bagi perkataan pro dan kontra ialah:

a)

kekuatan tertinggi

b)

kelemahan terendah

c)

kebaikan dan keburukan

d)

kekurangan dan kelebihan

11.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar:

a)

Sebesar bakul tapak tangan ditadah

b)

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

c)

Tangan memberi, bakul menerima

d)

Nyiru ditadah di atas tangan

12.

Tukar ayat songsang di bawah menjadi ayat bersusunan biasa.


Untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid, kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan.

a)

Kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amat diperlukan untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.

b)

Amat diperlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung gejala buli dalam kalangan murid.

c)

Gejala buli dalam kalangan murid amat memerlukan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk membendung.

13.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokkumentari

d)

dokumentary

14.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:


Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.

a)

Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.

b)

Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.

c)

Maklumat tentang wabak denggi sedan ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas,

15.

Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka mendapat __________________ tentang program itu.

a)

kata dua

b)

kata sepakat

c)

hitam putih

d)

jalan keluar

16.

Manakah yang berikut merupakan maksud bagi peribahasa yang sesuai dengan gambar?

a)

Keadaan tikus yang menyukai labu.

b)

Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahui akhirnya hanya merosakkannya.

c)

Cuba membaiki sesuatu sehingga berjaya.

d)

Orang yang tidak menyukai tikus tetapi menyukai labu.

17.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Supermokh akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Supermokh akan bermula?

18.

Manakah yang betul?

a)

dua jam setengah

b)

dua setengah jam

19.

Betulkan kesalahan perkataan bergaris di bawah:


Gunung Everest merupakan gunung yang teramat tinggi sekali di dunia.

a)

teramat tinggi

b)

tinggi sangat

c)

tinggi sekali

d)

sungguh tinggi

20.
 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
a)
Muram
b)
Indah 
c)
Kelam
d)
Sayup
21.

sinkope

a)

repetisi

b)

akronim

c)

singkatan istilah

d)

unsur bunyi

22.

Tema

a)

isu-isu sampingan

b)

latar

c)

gaya bahasa

d)

perkara utama yang ingin dipaparkan dalam cerita

23.

Asonansi ialah...

a)

pengulangan vokal yang berbeza dalam satu baris

b)

pengulangan vokal yang sama dalam satu baris

c)

pengulangan konsonan yang berbeza dalam satu baris

d)

pengulangan konsonan yang sama dalam satu baris

24.

Apakah maksud aliterasi?

a)

pengulangan vokal yang berbeza dalam satu baris

b)

pengulangan vokal yang sama dalam satu baris

c)

pengulangan konsonan yang sama dalam satu baris

d)

pengulangan konsonan yang berbeza dalam satu baris

25.

Yang mana satukah jenis-jenis latar?

a)

masa

b)

tempat

c)

masyarakat

d)

nilai