wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ AKHIR TAHUN 2020 TINGKATAN 1/Buku Conquer Ilmu Bakti

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah ciri-ciri akidah yang benar kecuali...

a)

sentiasa mentauhidkan Allah SWT

b)

percaya terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah

c)

mengamalkan kepercayaan berlandaskan al-Quran dan Sunnah

d)

meneruskan adat dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah

2.

Akidah penting dalam kehidupan seseorang kerana

a)

merupakan syarat amalan diterima Allah SWT

b)

menjadi benteng daripada perkara sihir dan riak

c)

tanda seseorang itu sentiasa beramal dengan ilmu

d)

membentuk peribadi yang boleh bersaing dan berdaya maju

3.

Pilih pernyataan yang tidak menunjukkan cara beriman kepada Allah SWT

a)

menghayati keindahan flora dan fauna

b)

sentiasa berfikir tentang zat dan keagungan Allah SWT

c)

meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang

d)

melaksanakan segala perkara yang diperintahkan dengan taat

4.

"Mendapat pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa jika dilakukan". Pernyataan ini merujuk maksud bagi hukum...

a)

harus

b)

sunat

c)

haram

d)

makruh

5.

Ibadah........... meliputi segala aspek kehidupan sama ada berkaitan dengan hubungan sesama manusia atau dengan makhluk lain dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

a)

sunat

b)

wajib

c)

umum

d)

khusus

6.

Dalam situasi ketiadaan air, apakah yang perlu dilakukan seseorang yang berhadas besar untuk mengharuskan solat?

a)

solat tanpa perlu bersuci

b)

berwuduk dengan sempurna

c)

menggunakan benda-benda kesat

d)

tayammum dengan debu tanah yang suci

7.

Antara kesan beriman kepada Allah SWT adalah

a)

melaksanakan amalan nawafil ketika dalam keadaan terdeak

b)

patuh sebahagian perintah yang boleh dilaksanakan dengan mudah

c)

cuba meyakini kekuasaan Allah melalui bukti zahir yang dapat dilihat

d)

bertaubat dengan bersungguh-sungguh atas segala dosa yang dilakukan

8.

Pilih padanan istilah yang tepat

a)

Ar-Rahman - Yang Maha Pengasih

b)

Al- Bari' - Yang Maha Pencipta Makhluk

c)

Al-Khaliq - Yang Maha Pembentuk Pelbagai Rupa

d)

Ar-Razzaq - Yang Maha Pembuka Rezeki, Rahmat , Kebaikan

9.

Nabi Muhammad SAW dibawa pada waktu malam dari Masjid al-Haram ke ...................... dalam peristiwa Israk Mikraj

a)

Masjid Quba

b)

Masjid Jamek

c)

Masjid Al-Aqsa

d)

Masjid Nabawi

10.

Peristiwa Hijrah ke Madinah berlaku .......... selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW.

a)

3 tahun

b)

10 tahun

c)

13 tahun

d)

23 tahun

11.

(Merupakan agama samawi.- dibawa oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.- Percaya pada Hari Kebangkitan dan kehidupan sesudah mati.) Pernyataan ini merujuk ....

a)

agama Hanif

b)

agama Islam

c)

agama Majusi

d)

agama Nasrani

12.

Saidina Ali bin Abi Talib berketurunan ....

a)

Bani Adi

b)

Bani Taim

c)

Bani Hasyim

d)

Bani Umaiyah

13.

Air kencing bayi perempuan berusia dua bulan dikira sebagai najis.....

a)

mughallazah

b)

mukhaffafah

c)

mutawassitah

d)

mutanawwiah

14.

"Sunat memasukkan air dan menyedutnya ke dalam hidung ketika berwuduk". Pernyataan ini merujuk...

a)

istinjak

b)

istinsyar

c)

istighfar

d)

istinsyak

15.

Antara yang berikut , yang manakah bukan sebahagian daripada perkara sunat haiah?

a)

melihat tempat sujud

b)

berdiri ketika membaca doa qunut

c)

membaca mana-mana ayat al-Quran

d)

mengangkat tangan ketika takbiratul ihram

16.

Hukum menyambung pelajaran dalam bidang perubatan adalah

a)

harus

b)

fardu ain

c)

fardu kifayah

d)

sunat muakkad

17.

Berikut merupakan adab-adab menuntut ilmu kecuali

a)

menjauhi perkara makiat dan kemungkaran

b)

rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal keada Allah SWT

c)

tekun menuntut ilmu hanya untuk mendapat keputusan peperiksaan yang baik

d)

mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran

18.

* Membudayakan ucapan terima kasih

* Mengucapkan salam ketika bertemu dan berpisah

Pernyataan di atas merujuk

a)

pergaulan yang baik

b)

tingkah laku yang sopan

c)

perbuatan yang berakhlak

d)

percakapan yang bermaruah

19.

Antara yang berikut, yang manakah yang tidak menunjukkan tingkah laku bermaruah ?

a)

tidak menzalimi haiwan

b)

menjaga kebersihan alam sekitar

c)

menggunakan media sosial dengan berhemah

d)

mematuhi undang-undang jalan raya hanya ketika jalan sesak

20.

Semua yang berikut ialah cara berpakaian yang sesuai bagi seorang murid kecuali

a)

kemas dan bersih

b)

menutup aurat dengan sempurna

c)

tiada lambang yang dilarang dalam Islam

d)

menyerupai pakaian jantina yang berbeza