Font size
WorksheetsLATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah :
Ramli gemar membaca buku dan novel.
Anak emas
Ulat buku
Ada bakat
Cari akal
Perbuatan ______________ dinding - dinding bangunan merupakan perbuatan vandalisme yang sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
mencarik
mencorak
mencanting
menconteng
Ernie Zakrie yang bersuara ________ itu telah berjaya menewaskan peserta - peserta lain.
serak
sengau
sumbang
lunak
Kapten Ali menyandang ___________ senapang untuk memburu kijang di dalam hutan.
sebutir
selaras
sebatang
sepapan
Gara - gara adik merosakkan mesin pengisar di rumah, ibu terpaksa ____________ cili api dan bawang di dalam lesung batu.
mengetuk
menggiling
menumbuk
menghentak
Kelawar tidur dengan berpaut _________ dahan pokok.
ke
dari
pada
daripada
Ayah meminta Levi untuk membeli lima ________ petai di kedai Puan Khong.
biji
ulas
buah
papan
Perlawanan persahabatan antara pasukan negara dengan pasukan Thailand akan berlangsung di ____________________
Stadium Bukit Jalil
Jalan Maharaja
Restoran Maju
Tasik Bera
Penjenayah itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung ketika ____________ cuba menceroboh sebuah rumah.
dia
beliau
engkau
mereka
Dalam Istiadat Pembukaan Parlimen, _____________ bertitah agar semua pemimpin menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.
patik
beta
baginda
beliau
Pandangan Pak Hamid hanya kabur pada waktu malam kerana dia _______________ sejak lima tahun yang lalu.
rabun jauh
rabun dekat
rabun warna
rabun ayam
Kerja - kerja _____________ minyak di perairan negara dilakukan oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad.
menguji kaji
mengambil alih
mencari gali
mengubah suai
Daging mentah dibekukan untuk melambatkan pertumbuhan ______________ supaya dapat disimpan lama.
abdomen
organisma
hemoglobin
mikroorganisma
Lee Min Ho sudah ___________ memandu kereta walaupun baru mendapat lesen.
cekap
tangkas
pandai
mahir
Ibu mengasingkan kain yang sudah tidak boleh dipakai untuk dijadikan kain __________
buruk
hodoh
lusuh
reput
"_______________, rasakan tumbukan saya ini!" kata petinju itu kepada lawannya.
Eh
Cis
Amboi
Aduh
"_____________, abang tidak menipu kamu. Beginilah cara- caranya membuat layang-layang," kata Harry kepada adiknya.
Benar
Betul
Pasti
Ya
_______________, tersebutlah suatu ceritera pada zaman dahulu kala di negeri Indera Sakti.
Hatta
Alkisah
Kalakian
Arakian
Nasi dalam periuk itu __________ basi lagi walaupun dimasak pada petang semalam.
sudah mula
sudah pernah
masih sedang
masih belum
Indah _______ pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja.
amat
makin
lagi
nian
Veronica memelihara ___________ ekor arnab putih itu.
dua - dua
berdua-dua
kedua-dua
kedua
Isaac mengelap air minuman yang _____________ di atas meja makan.
terpercik
terjirus
tertumpah
tersepah
Suasana majlis perkahwinan itu menjadi ____________ apabila pelamin runtuh tiba - tiba.
riuh rendah
haruk - pikuk
hingar bingar
haru biru
Haris sedang membaiki _________ roda basikalnya yang telah patah.
kekisi
bebola
dedaun
jejari
Garisan yang dilukis oleh Wendy __________ kerana dia tidak menggunakan pembaris.
simpang - siur
lekak - lekuk
herot-berot
liuk-lentok
Para pelayar dahulu ___________ bintang di langit untuk menentukan arah kedudukan mereka di laut.
berlatarkan
berpaksikan
bertemankan
berpandukan
___________ di daerah itu berlaku dengan begitu pesat sejak adanya pelabur dari luar negara.
Bangunan
Dibangunkan
Pembangunan
Membangunkan
Setitis darah daripada salah seorang _____________ istana telah termasuk ke dalam sayur bayam yang akan dihidangkan kepada sultan.
jurucara
jurudapur
jurumasak
juruhias
Puan Maria gembira apabila suaminya membawa pulang daging kijang untuknya kerana dia sudah lama teringin sangat hendak merasanya. Hal ini dikatakan......
pucuk dicita ulam mendatang
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
durian runtuh
bunyi cempedak jatuh
Suasana di dalam kelas sentiasa bising ketika ketiadaan guru kerana Shikin, Azura dan beberapa orang murid perempuan di dalam kelas kami bagai.......
lesung dengan antan
murai dicabut ekor
kacang direbus batu
ayam disambar helang
"__________ berharap rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai," titah Yang di-Pertuan Agong.
Baginda
Saya
Beta
Patik
Alisha suka berjenaka. _______ sangat popular disekolahnya.
Saya
Dia
Beliau
Kalian
Ketokohan ______________ sebagai negarawan ulung sukar untuk ditandingi.
tuanku
beliau
dia
mereka
"Ini sepupu saya, Lin dan Hakim. __________ baru berpindah ke sini," kata Naufal kepada Ali.
Mereka
Dia
Saya
Aku
______________ peserta dikehendaki berkumpul di dewan sekolah.
Setengah
Para
Berapa
Pelbagai
______________ buah sampan kepunyaan Haji Mahmud telah rosak dipukul ribut malam tadi.
Sekalian
Semua
Beberapa
Sesetengah
Puan Salina membeli dua ___________ rantai di kedai emas itu.
untai
gugus
utas
urat
Encik Abu menjual se____________ tanahnya kepada Encik Azmi.
buah
keping
gugus
bidang
Ibu membekali adik dua ______________ kek buah-buahan
potong
buku
kepal
keping
Puan Ramlah memiliki tiga ______________ rumah kedai.
baris
pintu
biji
keping
Manjit sedang menghalau se_________ lembu masuk ke dalam kandang.
pasukan
gerombolan
kawan
untai
Puan Zura membeli sepasang kasut _________ suaminya.
untuk
dengan
bagi
kepada
Peserta perkhemahan sedang berkumpul _______ tapak perhimpunan kerana mendengar taklimat _____________ Cikgu Hafiz.
dari.......tentang
di......daripada
ke......untuk
pada........daripada
Sampul surat itu hendaklah dimasukkan _______ dalam peti surat yang telah disediakan.
pada
di
kepada
ke
Ikan-ikan emas bergelimpangan di _________ lantai apabila akuarium itu pecah.
dalam
bawah
atas
pinggir
Rumah datuk saya terletak di _____________ sungai.
muara
tepi
hujung
bawah
Pak Kamal tinggal di kampung ini _______ dua puluh tahun yang lalu.
hingga
dari
seperti
sejak
Pusat Bahasa itu akan dirasmikan __________ Pegawai Pelajaran Daerah.
akan
kepada
oleh
untuk
Kejadian ragut itu betul-betul berlaku di ______________ saya.
sisi
hadapan
belakang
hujung
Abang sedang berbual-bual ___________ kawan-kawannya di ruang tamu.
untuk
kepada
tentang
dengan
Daging kambing panggang itu tidak boleh dimakan kerana terlalu ____________.
keras
liat
empuk
lembut
Kakinya terlalu _________ kerana terlalu jauh berjalan.
lemau
lembik
lenguh
kecut
Para pemandu diminta memperlahankan kenderaan masing-masing apabila melalui jalan yang _____________ itu.
lebar
curam
condong
berat
Beliau menerima berita kematian bapanya dengan ___________.
baik
sopan
tenang
lapang
Pada malam yang _________ itu, Osman teraba-raba mencari jalan pulang.
pudar
gelap
malam
terang
Para _____________ sanggup berkorban demi negara Malaysia yang tercinta.
ilmuwan
perajurit
usahawan
sukarelawan
________ handalan itu telah memecatkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.
Orang
Pasukan
Atlet
Pemain
Perlawanan persahabatan itu akan dijalankan di _____________.
Jalan Maharaja
Stadium Bukit Jalil
Restoran Maju
Tasik Bera
Pak Cik Borhan menggunakan _____________ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
gergaji
gunting
penukul
cangkul
___________ patut menyokong Kempeb Membanteras Aedes bagi mencegah penularan wabak denggi.
Kami
Kita
Kalian
Mereka
"__________ berharap rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai," titah Yang Di-pertuan Agong kelima.
Beta
Saya
Aku
Baginda
Pameran __________ itu akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada minggu depan.
buku
batik
lukisan
kraf tangan
_____________ peraduan diadakan bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Pelbagai
Berbagai
Separuh
Beribu
_____________ peraduan diadakan bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Pelbagai
Berbagai
Separuh
Beribu
Pelakon wanita itu tetap cekal menghadappi segala cabaran dalam dunia perfileman ___________ terpaksa bersaing dengan pelakon wanita muda.
jika
hingga
apabila
walaupun
Amira _______________ Cikgu Zaiton yang akan bertukar ke sekolah lain sejambak bunga.
menghadiahi
menghadiahkan
menganugerahi
menganugerahkan
Fatimah sangat gemar __________ rendang ayam yang dibuat oleh mak ngahnya.
akan
kepada
tentang
terhadap
Halim berlari _____________ apabila terserempak dengan seekor ular ketika melintas jalan di hujung kampung.
ulang-alik
simpang-siur
lintang-pukang
compang-camping
Serina menangis ____________ apabila kucingnya mati dilanggar kereta.
cantik-cantik
teresak-esak
berkotak-kotak
terbayang-bayang
Anak perempuan Encik Mustafa ___________ belaka.
cantik-cantik
teresak-esak
berkotak-kotak
terbayang-bayang
Cik Lily mengagihkan _____________ buah limau kepada para pekerjanya.
cantik-cantik
teresaak-esak
berkotak-kotak
terbayang-bayang
Bukan ______________ pemain yang mampu mengalahkan Datuk Nicol David dalam pertandingan skuasy peringkat antarabangsa itu.
kuat-kuat
calang-calang
senang-senang
benar-benar
"Amboi, cantik ___________ awak hari ini," puji Intan kepada rakan sekerjanya.
agak
terlalu
paling
sungguh
Penglihatan Azila menjadi ________ kerana dia selalu menonton televisyen dalam jarak yang sangat dekat.
hitam
jernih
kabur
gelap
Badan kakak yang berisi semakin _________ sejak berjoging dan melakukan senaman.
kecil
susut
surut
kering
______________ majlis mempersilakan para pemenang naik ke pentas untuk bergambar bersama-sama.
Jurutulis
Juruacara
Jurucakap
Jurukamera
Pilih 2 ejaan yang betul
Diwar-warkan
Diuar-uarkan
was-was
waswas
Pilih 2 ejaan yang betul
Kerinting
Keriting
Tengahari
Tengah hari
Pilih 2 ejaan yang betul
Pasar raya
Pasaraya
Motorsikal
Motosikal
Jamal ______________ badminton bersama adiknya di halaman rumah.
bermain
memasak
berjalan
bergaduh
Apakah kegunaan ayat seru?
Untuk menjemput seseorang
Untuk meminta bantuan
Untuk menunjukkan perasaan
Untuk menyatakan keraguan
Kata seru “cis” menunjukkan perasaan
Marah
Sakit
Kasihan
Kagum
Emak gemar membeli sayur yang ___________ di pasar tani.
Layu-layuan
Bunga mekat
Segar-bugar
Segar-mekar
Ayah sering menggunakan motosikal untuk _________ ke pejabat.
Berpusing-pusing
Bersimpang-siur
Berjalan-jalan
Berulang-alik
________, berani kamu mencabar saya!
Syabas
Cis
Amboi
Aduh
Adik menjerit kerana _______ dia sakit tercucuk tulang ikan.
Dedaun
Bebola
Sesiku
Lelangit
Kata seru “syabas” digunakan untuk __________.
Mengucapkan tahniah
Mengejek
Menarik perhatian
Memberi sesuatu
__________, malangnya nasibku!
Cis
Syabas
Aduhai
Nah
Anak nyamuk yang hidup di dalam air dikenali sebagai ________.
Jejari
Pepijat
Lelabu
Jejentik
Tukang kayu itu menggunakan ________ untuk mengukur sudut tepat.
Sesiku
Kekisi
Lelabi
Lelayang
"_____________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba!" titah Tuanku Muadzam dengan murka.
Beta
Saya
Patik
Baginda
Mereka ______________ sambil minum petang di anjung rumah.
bertitah
berfikir
bergurau
bersembang
Pak Samad ________________ basikalnya ketika menuruni bukit yang agak curam itu.
menonton
mengheret
memegang
menuntun
Kamil dan rakannya sedang mengait beberapa ____________ buah rambutan dengan sebatang galah.
ikat
gugus
cekak
tangkai
Ayah telah _________________ sebentuk cincin kepada ibu pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
dihadiahi
dihadiahkan
menghadiahi
menghadiahkan
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
tengik amat
busuk sekali
hapak sungguh
hanyir sekali
Maharaja dan ______________ yang dermawan itu amat disenangi oleh rakyat.
mahaguru
maharani
juruterbang
juruteknik
Ali berjaya memancing lima _____________ ikan di sungai itu.
ekor
kawan
biji
deret
Adik telah makan _________________ coklat dari peti sejuk.
setangkai
sepapan
segugus
seikat
Ali tertinggal ___________________ kuncinya di atas meja tadi.
setangkai
sebiji
segugus
setandan
