wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka
2.

Janganlah kamu memancing di kawasan kolam itu.

Ayat di atas merujuk kepada:

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Seruan

3.
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
a)
mereka
b)
engkau
c)
kalian
d)
dia
4.

Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?

a)

sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan

b)

orang yang malas tidak akan maju

c)

kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah

d)

melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

5.

_________, cantiknya pemandangan di kawasan tanah tinggi ini!

a)

Wah

b)

Eh

c)

Amboi

d)

Oh

6.

Cis! susah betul soalan peperiksaan akhir tahun ini, lebih-lebih lagi soalan subjek Matematik dan Bahasa Inggeris!

Ayat di atas merujuk kepada ayat:

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Tanya

c)

Ayat Perintah

d)

Ayat Pembenar

7.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

8.

Jika tin itu tidak ditutup dengan kemas, biskut di dalamnya akan ______________

a)

tengik

b)

lembik

c)

empuk

d)

lemau

9.
"Kalau ________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
a)
tuan
b)
tuanku
c)
baginda
d)
tuan hamba
10.
"_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,"ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka.
a)
Dia
b)
Kita
c)
Kami
d)
Mereka
11.
"Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak _______," kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.
a)
encik
b)
puan
c)
tuan
d)
cik
12.
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.
a)
baginda
b)
tuanku
c)
beta
d)
nya
13.

____________ gol kemenangan bagi pasukan bola sepak Johor itu ialah bekas anak murid Cikgu Jailani

a)

Pemain

b)

Penjaring

c)

Penjaga

d)

Penendang

14.

Amir lari lintang-pukang ______ dikejar oleh seekor lembu jantan

a)

dan

b)

bahawa

c)

kerana

d)

sementara