wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Segala permintaan ibunya, Puan Khadijah akan

__________ oleh Asyraf kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.

a)

dipenuhi

b)

memenuhi

c)

dipenuhkan

d)

memenuhkan

2.

Cik Adella terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

3.

Ibu akan memberikan hadiah kepada Nartisha _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

a)

sementara

b)

ketika

c)

supaya

d)

sekiranya

4.

Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai

buah-buahan itu.

a)

sesikat

b)

seulas

c)

sebiji

d)

segugus

5.

Marylin mempunyai banyak pengetahuan kerana dia ___________.

a)

ulat buku

b)

lepas tangan

c)

banyak mulut

d)

cakar ayam.

6.

Kumar menjadi______________pasukan sekolahnya dalam perlawanan hoki pada petang itu.

a)

anak emas

b)

ayam tambatan

c)

durian runtuh

d)

kaki bangku

7.
Pagi _____________ kami akan mendaki Gunung Datuk bersama dengan abang Adib.
a)
itu
b)
ini
c)
sana
d)
sini
8.
Irene _____________ belum tidur walaupun hari sudah jauh malam.
a)
akan
b)
masih
c)
boleh
d)
sedang
9.

................hendaklah menjaga kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal.

a)

Mereka

b)

Saya

c)

Dia

d)

Kita

10.

Cikgu Ramli melatih murid-muridnya bermain bola sepak _________________ waktu petang.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

pada

11.

Lampu mesra alam itu ______________ secara automatik apabila hari gelap.

a)

menutup

b)

menyala

c)

mengukur

d)

membuka

12.

Encik Nazmi ___________ sumbangan kepada mangsa banjir.

a)

disampaikan

b)

penyampaian

c)

kesampaian

d)

menyampaikan

13.

Pilih soalan yang betul bagi jawapan yang diberikan di bawah.

Bilakah Cikgu Salamah memulakan tugas di sekolah baru?

a)

Sekolah baru itu jauh dari rumah Cikgu Salamah.

b)

Beliau memulakan tugas di sekolah baru selepas cuti penggal pertengahan tahun .

c)

Bila-bila masa sahaja Cikgu Salamah akan bertukar ke sekolah baru.

d)

Cikgu Salamah ada memohon untuk bertukar ke sekolah baru.

14.

“Saya hairan mengapa remaja itu asyik membuang sampah di tepi jalan,” tutur Marina kepada rakannya.

Pilih perkataan berlawan bagi membuang

a)

mengutip

b)

menderma

c)

mencedok

d)

mengumpul

15.

“Dia tu tamak, manalah mahu menderma,” kata Pak Abu. Pilih perkataan seerti bagi tamak.

a)

sombong

b)

kedekut

c)

miskin

d)

bebal

16.

Bilik Kak Humaira yang kelihatan kemas ______ bersih itu dihias dengan jambangan bunga yang diletakkan di _______ kepala katil.

a)

A. dan ….. atas

b)

B. lalu …. sudut

c)

C. lalu …. Sudut

d)

D. kecuali …… pangkal

17.

_______, sedapnya bau masakan ibu!

a)

Aduh

b)

Wah

c)

Eh

18.

Ayuni memegang tangan adiknya dengan ___ semasa melintas Jalan raya yang agak sibuk itu.

a)

ketat

b)

erat

c)

kedap

d)

mantap

19.

Kakak menghiris ___ sup itu lalu memasukkanya ke dalam sup daging yang telah masak.

a)

dedaun

b)

pepohon

c)

reranting

d)

rerambut

20.

Tandakan jenis ayat di bawah.

Bagaimanakah kamu hadir ke sekolah?

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

c)

Ayat tanya

d)

Ayat pasif