Worksheetskomsas tingkatan 2
Total questions: 20
Worksheet time: 9mins
Di manakah tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad.
kawasan perlombongan
hospital
balai polis
rumah Dodo
Nyatakan ciri fizikal raksasa Qadqad
menyerupai seekor buaya dan mempunyai tanduk
menyerupai seekor katak dan mempunyai sepasang sayap
menyerupai seekor katak dan mempunyai sepasang tanduk
menyerupai seekor burung helang dan mempunyai sayap yang besar
Di dalam cerpen Banjir Dimata Emak, mengapakah emak tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?
kaki Mak sakit
tiada kenderaan ke pusat pemindahan banjir
pusat pemindahan terlalu sesak
Mak tidak mahu diumpat caci orang
Antara berikut, yang manakah bukan watak dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?
Si Comel
Sang Seberau
Belatuk
Sang Bubut
Apakah nama pelanduk dalam Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang?
Syah Jehan di Rimba
Syah Bandar di Rimba
Syah Alam di Rimba
Syah Salam di Rimba
Soalan adalah berdasarkan cerpen Talia dan Raksasa Qadqad.
Manakah antara padanan contoh bagi teknik plot adalah benar.
Kejutan
contoh: "Besar macam mana?" tanya Tuk Sibat, ketua suku mereka. "Dua kali kepala kita!"
Saspens
contoh: Pembaca ingin tahu apakah yang akan dilakukan oleh Raksasa Qadqad yang sedang membelek-belek Talia
Monolog
contoh: Dodo dan keluarganya turut terkejut apabila mendengar makhluk Raksasa Qadqad sedang menyerang kawasan lombong itu
Dialog
contoh: Tuk Sibat tetap berdegil apabila Tuan Binjah menghalau sukunya keluar dari kawasan Bukit Ungu kerana dia mahu membuka lombong di tempat itu.
1. Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
2. Berikut merupakan rangkap 2 bagi Pantun Budi.
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa
8. Tema bagi Pantun Budi
Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.
Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.
15. Bagai cincin dengan permata.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Anafora
Personifikasi
Peribahasa
Repetisi
18. Berikut merupakan beberapa contoh unsur alam yang digunakan.
air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Apakah gaya bahasa yang ditunjukkan?
Penggunaan unsur alam
Peribahasa
Personifikasi
Repetisi
Berdasarkan Sajak "Pada Sekuntum Mawar", apakah tema yang terdapat dalam sajak tersebut?
Kasih sayang ibu terhadap anak gadisnya.
Kepentingan seorang anak gadis memelihara maruah diri agar tidak ternoda
Keharmonian hidup di tanna air bagi anak gadis
Berdasarkan Sajak "Pada Sekuntum Mawar", berikut merupakan persoalan kecuali........
sikap merendah diri seseorang anak gadis
kesuciaan seorang anak gadis
kepentingan menage jati diri
Berdasarkan Sajak "Pada Sekuntum Mawar", nyatakan bentuk dalam sajak ini?
lima rangkap
berbentuk terikat
tiga rangkap
Berdasarkan Sajak "Pada Sekuntum Mawar", berikut merupakan nilai dalam sajak ini kecuali........
Ketabahan
Kegigihan
Kasih sayang
Berdasarkan Sajak "Pada Sekuntum Mawar", apakah pengajaran yang terdapat dalam sajak ini?
Kita hendaklah menjaga maruah diri yang melambangkan maruah keluarga
Kita hendaklah bersikap rendah diri demi diterima oleh masyarakat
Rajin berusaha agar data mengubah kehidupan menjadi lebih baik
Berdasarkan Sajak "Pada Sekuntum Mawar", apakah maksud rangkap kedua dalam sajak ini?
Membayangkan masa hadapan anak gadisnya gelap dan tiada hala tuju, seakan telah menutup harapan bonda yang agar perkara buruk tidak terjadi.
Harga diri gadis remaja yang tercemar merupakan punca perasaan ibu menjadi hancur.
Ibu menasihati anak gadisnya supaya menjaga kesucian diri dengan sebaik-baiknya berbekalkan keimanan.
Berdasarkan Sajak "Pada Sekumtum Mawar" apakah maksud pada rangkap pertama?
Ibu menasihati anak gadisnya supaya menjaga kesucian diri dengan sebaik-baiknya berbekalkan keimanan.
Harga diri gadis remaja yang tercemar merupakan punca perasaan ibu menjadi hancur.
Membayangkan masa hadapan anak gadisnya gelap dan tiada hala tuju, seakan telah menutup harapan bonda yang agar perkara buruk tidak terjadi.
Berdasarkan Sajak "Pada Sekumtum Mawar" apakah maksud pada rangkap ketiga?
Harga diri gadis remaja yang tercemar merupakan punca perasaan ibu
Membayangkan masa hadapan anak gadisnya gelap dan tiada hala tuju, seakan telah menutup harapan bonda yang agar perkara buruk tidak terjadi.
Ibu menasihati anak gadisnya supaya menjaga kesucian diri dengan sebaik-baiknya berbekalkan keimanan.
Berdasarkan Sajak "Pada Sekumtum Mawar" nyatakan 3 nilai yang terdapat dalam sajak ini.
Hemah tinggi
Kesabaran
Jimat cermat
Kebijaksanaan
Kebersihan fizikal dan mental
