NEW
Font size
WorksheetsKUIZ AYAT SAMA MAKSUD (T3)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah
jam sahaja.
A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yangdiarahkan oleh Cikgu Ali.
C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.
2. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
B. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.
3. Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.
A. A Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.
B. Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.
C. Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan.
D. Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan kerungsingan.
4. Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.
A. Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
B. Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C. Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D. Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.
5. Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.
A. Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B. Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan perubahan teknologi.
C. Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang banyak.
D. Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.
6. Sungaisungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.
A. A Manusia sentiasa bertanggungjawab menjaga kualiti alam sekeliling agar sentiasa bersih.
B. Manusia menjadi sangat penting apabila sungai semakin tercemar.
C. Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai-sungai sentiasa tercemar.
D. Sungai merupakan unsur alam yang paling diabaikan oleh manusia sekarang sehingga tercemar.
7. Berkotak-kotak ubat diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
A. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kotak-kotak ubat itu dibawa ke kawasan Sabah dan pedalamannya menaiki kapal terbang.
B. Ubat-ubat itu terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman Sabah.
C. Ubat yang berkotak-kotak itu dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke kawasan pedalaman dengan kapal terbang.
D. Dengan menaiki kapal terbang, kotakkotak ubat itu dihantar ke pedalaman Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
8. Pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi tetapi penyanyi itu belum tiba jua.
A. Penyanyi itu masih belum sampai walaupun pertunjukan sudah bermula dalam masa lima minit.
B. Hanya selepas lima minit setelah pertunjukan bermula, penyanyi itu pun tiba .
C. Setelah tiba, penyanyi itu mendapati pertunjukan akan bermula lima minit lagi.
D. Penyanyi itu masih belum muncul walaupun pertunjukan itu akan bermula lima minit lagi.
9. Idham menyatakan keinginannya untuk memiliki rumah itu kepada Azhar.
A. "Aku pasti akan membeli rumah itu, Azhar," kata Idham.
B. "Suatu hari, aku pasti akan memiliki rumah itu," kata Idham kepada Azhar.
C. "Aku berhajat untuk memiliki rumah itu," kata Idham kepada Azhar.
D. "Rumah itu sudah menjadi milikku," tegas Idham kepada Azhar.
10. "Mendermalah kepada fakir miskin," kata Ustaz Faizul kepada Izhar.
A. Ustaz Faizul menasihati Izhar supaya memberikan derma kepada fakir miskin.
B. Ustaz Faizul memujuk Izhar supaya mendermakan hartanya kepada golongan miskin.
C. Ustaz Faizul memerintahkan Izhar supaya menyerahkan wangnya kepada fakir miskin.
D. Ustas Faizul meminta Izhar supaya menghulurkan wang saku kepada fakir miskin.
11. Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar merupakan daya penarik kepada pelancong ke Taman Negara.
A. Kecantikan flora dan fauna menjadi faktor penarik kunjungan pelawat ke Taman Negara.
B. Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora dan fauna yang belum terusik.
C. Faktor flora dan fauna di Taman Negara yang belum tercemar menjadi daya penarik kunjungan pelancong.
D. Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong.
12. "Ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah ini enak sungguh," kata Aznita kepada Amira.
A. Aznita dan Amira memuji keenakan ketupat palas dan rendang yang dibuat oleh Nenek Tijah.
B. Aznita dan Amira diberitahu tentang kepandaian Nenek Tijah membuat ketupat palas dan rendang tok yang enak.
C. Nenek Tijah memberitahu Aznita dan Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dimasaknya.
D. Aznita telah memberitahu Amira tentang keenakan ketupat palas dan rendang tok yang dibuat oleh Nenek Tijah.
13. Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Majid.
A. Pak Majid yang membersihkan kawasan dusun datuk yang baru terang itu.
B. Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Majid kelihatan terang.
C. Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Majid.
D. Pak Majid baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
14. Pihak Kementerian Pendidikan telah merangka satu program khas untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR.
A. Satu program khas selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk murid murid tahun enam.
B. Murid-murid tahun enam merangka satu program khas untuk Kementarian Pendidikan selepas menduduki peperiksaan UPSR.
C. Satu program untuk murid-murid tahun enam selepas menduduki peperiksaan UPSR telah dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan.
D. Selepas menduduki peperiksaan UPSR, pihak Kementerian Pendidikan dan murid-murid tahun enam akan merangka satu program khas.
15. Encik Faizul mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat.
A. Kata Encik Muzamil, "Tahniah, Faizul kerana telah dinaikkan pangkat."
B. Kata Encik Faizul, "Tahniah Muzamil kerana telah dinaikkan pangkat dan selamat maju jaya."
C. Kata Encik Faizul ,"Ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Muzamil yang telah dinaikkan pangkat."
D. Kata Encik Faizul,"Muzamil telah dinaikkan pangkat. Ucapkan tahniah kepada beliau."
16. "Kalau bercuti di Terengganu ,jangan lupa singgah di rumah saya di Marang," kata Fauziah kepada Ayu.
A. Ayu dan Fauziah mempelawa saya singgah di Marang sekiranya saya bercuti di Terengganu.
B. Ayu mengajak Fauziah bermalam di rumahnya di Marang jika bercuti di Terengganu.
C. Fauziah mengingatkan saya dan Ayu agar singgah di rumahnya di Marang sekiranya bercuti di Terengganu.
D. Fauziah mengajak Ayu singgah di rumahnya di Marang sekiranya dia bercuti ke Terengganu.
17. Kata Cikgu Siti kepada Ros, "Suruh Laila berjumpa dengan saya di perpustakaan."
A. Cikgu Siti menyuruh Ros dan Laila berjumpa dengannya di perpustakaan.
B. Ros menyuruh Laila berjumpanya dan Cikgu Siti di perpustakaan.
C. Laila ingin berjumpa dengan Ros dan Cikgu Siti di perpustakaan.
D. Cikgu Siti menyuruh Ros memberitahu Laila supaya berjumpa dengannya di perpustakaan.
18. Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.
A. Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.
B. Buah Limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
C. Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.
D. Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.
19. Hassan yang minum kopi di dalam gelas itu.
A. Gelas yang berisi kopi itu diminum oleh Hassan.
B. Di dalam gelas itu ada kopi yang diminum oleh Hassan.
C. Kopi di dalam gelas itu diminum oleh Hassan.
D. Kopi diminum oleh Hassan di dalam gelas itu.
20. "Ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini," kata Hakim kepada Faizul.
A. Hakim dan Faizul memberitahu tentang ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
B. Hakim dan Faizul diberitahu bahawa ayah ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
C. Faizul memberitahu Hakim bahawa ayah dan ibu saya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun itu.
D. Hakim memberitahu Faizul bahawa ayah dan ibunya akan menunaikan haji di Mekah pada tahun ini.
