WorksheetsBM TAHUN 6
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Tin minuman yang sudah _____________ itu akan dikumpulkan sebelum dihantar ke pusat kitar semula.
kemik
patah
pecah
Puan Aina membawa anak-anaknya ke Pasar Raya Kassim untuk membeli ______________ kerana sesi persekolahan akan bermula pada minggu hadapan.
baju raya
baju sekolah
baju kurung
Ibu ___________ di hadapan televisyen semasa menunggu kepulangan ayah kerana terlalu mengantuk.
tidur
menidurkan
tertidur
Orang yang cerdik dan pandai menipu dikenali sebagai ___________________.
akal kancil
ayam tambatan
anak emas
Siti dan rakan-rakannya _______________ kerana tidak tahu baju yang mana harus dipilih mereka.
campur tangan
rambang mata
dalam tangan
" _______ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka," kata Bendahara kepada baginda Sultan.
Saya
Beta
Patik
" Bolehkah ________ bermain Bersama-sama kamu? " tanya Aisyah dan Ai Ling kepada Siti.
saya
kami
anda
Azlan mengunci pintu rumah ________ masuk ke dalam kereta ______ ke pejabat.
lalu ... untuk
agar ... oleh
supaya ... untuk
Adik _________ tali kasutnya dengan kemas sebelum ke sekolah.
terikat
ikatan
mengikat
Pak Abu dan Pak Kassin pergi ________________ sotong di perairan Pulau Kapas, Terengganu.
mengait
mengunting
mencandat
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Selepas Aufa berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
kabur
pudar
terang
senang
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
"Anne sering datang ke rumah saya," kata Hani.
kadangkala
kerap
jarang
selalu
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Persembahan magik itu mendapat pujian daripada orang ramai.
sokongan
galakan
sindiran
tepukan
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Orang yang berbaju ungu itu kurang siuman.
baik
waras
berguna
sempurna
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Nada suara ayah tegang sahaja ketika memarahi abang.
longgar
lembut
kendur
ringan
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Hubungan mereka memang akrab semenjak kecil.
rapat
lama
renggang
jauh
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Srinee meluahkan makanan yang sudah basi itu.
menghabiskan
mengunyah
menyimpan
menelan
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Cuaca malam ini sangat panas.
hangat
sejuk
suam
merah
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Azwad tidak suka menonton filem jenaka.
sedih
lasak
ganas
rencana
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Budak lelaki yang diculik itu telah dikurung oleh penculiknya.
dilepaskan
dipenjarakan
dibunuh
diperap
Pilih jawapan yang berlawanan maksud bagi perkataan bergaris di dalam setiap ayat.
Kerja-kerja menurap jalan itu terpaksa ditangguhkan atas arahan pihak berkuasa.
diabaikan
diteruskan
ditundakan
diselesaikan
Ular Sawa itu sedang ___________ seekor anak kambing.
mematuk
melulur
meratah
menggigit
Ibu ____________ kelapa yang telah diparut untuk mendapatkan santan.
mericik
memerah
menumbuk
mengacau
Sarah membantu ibunya ______ adunan biskut gajus dengan acuan kuih berbentuk bunga.
membakar
menekan
menerap
mengadun
Kakak ____________ dulang yang berisi beberapa gelas air oren untuk dihidangkan kepada tetamu.
mengilik
menatang
membimbit
memangku
Setiap hari Pak Mat ____________ lebih 50 keping roti canai.
menebar
membaling
memasak
menguli
Kami bulat suara untuk _____________________ balai raya itu.
mengecat
membersihkan
menghias
membaiki
Pekerja kantin sekolah itu ______________ lantai kantin supaya bersih.
mengelap
mencuci
membasuh
mengemop
Pak Cik Hassan sedang ____________ pisaunya sehingga tajam dengan menggunakan batu asah.
menggosok
mengasah
memotong
merincih
Remaja yang _________________pondok telefon awam itu lari lintang-pukang apabila disergah oleh pihak berkuasa.
mencatat
melukis
menconteng
mengecat
