wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 2

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

1 : 100 000

Maklumat ini merujuk sejenis skala. Apakah skala tersebut?

a)

Skala lurus

b)

Skala penyata

c)

Skala topografi

d)

Skala pecahan wakilan

2.

Antara berikut, manakah merujuk jarak relatif?

a)

Rumah Ahmad dengan sekolah sejauh 5 km

b)

Ali berjalan kaki ke sekolah selama 10 minit

c)

Siti menaiki bas ke bandar sejauh 30 km

d)

Jarak merentas desa sekolah adalah sejauh 8 km

3.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur jarak di atas peta?

a)

Tali

b)

Pita ukur

c)

Pembaris

d)

Lengan

4.

Untuk mengukur jarak melengkung di atas peta, apakah DUA alatan yang sesuai untuk digunakan?

a)

Benang putih

b)

Jalur kertas

c)

Pita ukur

d)

Tali

5.

Jika jarak di atas peta adalah 5 cm, apakah jarak sebenar jika skala bersamaan 1 cm mewakili 2 km?

a)

2.5 km

b)

5 km

c)

10 km

d)

20 km

6.

Peta topografi perlu mempunyai perkara berikut, KECUALI?

a)

Tajuk

b)

Skala

c)

Alamat

d)

Petunjuk

7.

- Garisan grid yang dilukis secara menegak

- Nilainya semakin bertambah ke arah timur

Apakah garisan yang dimaksudkan?

a)

Garisan timuran

b)

Garisan baratan

c)

Garisan utaraan

d)

Garisan selatan

8.

Antara berikut, pilih DUA jenis rujukan grid yang digunakan dalam menentukan kedudukan sesuatu tempat di dalam peta topografi?

a)

Rujukan grid 2 angka

b)

Rujukan grid 4 angka

c)

Rujukan grid 6 angka

d)

Rujukan grid 8 angka

9.

Antara berikut, manakah mewakili pandang darat fizikal dalam peta topografi?

a)

Petempatan

b)

Sekolah

c)

Masjid

d)

Sungai

10.

Jika sebuah petempatan dalam peta topografi terletak di pinggir laut, apakah kemungkinan pekerjaan utama penduduk di kawasan tersebut?

a)

Penoreh

b)

Nelayan

c)

Pesawah

d)

Pekerja binaan

11.

Antara berikut, manakah betul berkaitan putaran bumi?

a)

Bumi berputar pada paksinya

b)

Putaran bumi mengambil masa 24 hari

c)

Bumi berputar dari arah timur ke barat

d)

Putaran bumi adalah mengikut arah pusingan jam

12.

Antara berikut, pilih DUA kesan peredaran bumi mengelilingi matahari.

a)

Kejadian gerhana

b)

Kejadian siang dan malam

c)

Kejadian pasang surut air laut

d)

Kejadian empat musim di kawasan sederhana

13.

Antara berikut, negara manakah mengalami kejadian siang terlebih dahulu?

a)

Korea

b)

Jepun

c)

Filipina

d)

Malaysia

14.

Antara berikut, negara manakah mengalami 4 musim?

a)

India

b)

Brazil

c)

Afrika Selatan

d)

Amerika Syarikat

15.

Jika hemisfera utara mengalami solstis musim sejuk, apakah fenomena di hemisfera selatan?

a)

Soltis musim panas

b)

Soltis musim sejuk

c)

Ekuinoks musim bunga

d)

Ekuinoks musim luruh

16.

Apakah jenis iklim yang dialami oleh Malaysia?

a)

Gurun Panas

b)

Khatulistiwa

c)

Monsun Tropika

d)

Mediterranean

17.

Pada hujung tahun, nelayan di pantai timur tidak dapat turun ke laut kerana

a)

kekurangan ikan

b)

perahu rosak

c)

laut bergelora

d)

menjemur ikan

18.

Antara berikut, manakah TIDAK tergolong dalam kumpulan gas rumah hijau?

a)

Oksigen

b)

Metana

c)

Karbon monoksida

d)

Klorofluorokarbon

19.

- Pembakaran hutan

- Pembakaran terbuka

Maklumat di atas dapat dikaitkan dengan kejadian

a)

Kesan rumah hijau

b)

Pulau haba

c)

El nino

d)

Jerebu

20.

- Strawbery

- Teh

Tanaman di atas dapat ditanam di DUA kawasan iaitu

a)

Kundasang

b)

Bukit Merah

c)

Gunung Jerai

d)

Cameron Highland

21.

Apakah lebuhraya utama dan paling panjang di Semenanjung Malaysia?

a)

Lebuhraya Karak

b)

Lebuhraya Pantai Timur

c)

Lebuhraya Utara-Selatan

d)

Lebuhraya Tun Razak

22.

Landasan kereta api utama di Semenanjung Malaysia menghubungkan Johor Bahru dengan

a)

Gemas

b)

Tumpat

c)

Kuala Lumpur

d)

Padang Besar

23.

Logo di atas merupakan syarikat pengangkutan

a)

air

b)

udara

c)

darat

d)

angkasa

24.

Antara berikut, pilih DUA kepentingan pengangkutan darat.

a)

Menghubungkan kawasan pedalaman

b)

Meningkatkan darjah ketersampaian

c)

Membawa barangan dan penumpang

d)

Mengendalikan urusan kargo

25.

Apakah kelebihan penggunaan kereta elektrik dan hibrid?

a)

Penggunaan bahan apai yang tinggi

b)

Mengurangkan pencemaran udara

c)

Kos penggunaan yang tinggi

d)

Harga yang murah

26.

Kelebihan alat telekomunkasi ini adalah boleh berkomunikasi menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Apakah alat telekomunikasi yang dimaksudkan?

a)

Telegraf

b)

Mesin faks

c)

Telefon bimbit

d)

Telefon pintar

27.

Antara berikut, pilih DUA kepentingan telekomunikasi di Malaysia?

a)

Menghubungi keluarga

b)

Memperoleh maklumat dengan mudah

c)

Kos pembelian telefon yang mahal

d)

Merumitkan urusan kerajaan dan swasta

28.

Berdasarkan gambar, apakah kelebihan membeli barangan di syarikat tersebut?

a)

Harga yang tinggi

b)

Boleh membeli pada bila-bila masa

c)

Penghantaran mengambil masa yang lama

d)

Pembeli perlu menyediakan wang tunai

29.

Mengapakah penggunaan internet perlu dikawal oleh ibu bapa terhadap anak-anak?

a)

Terdapat maklumat berunsur negatif

b)

Menggunakan data yang tinggi

c)

Merosakkan alat telekomunikasi

d)

Menggalakkan pembelajaran dalam talian

30.

Pilih DUA etika yang harus diamalkan ketika menggunakan alat telekomunikasi.

a)

Menyebarkan maklumat palsu

b)

Mencuri karya orang lain

c)

Bersopan ketika bercakap

d)

Tidak mendedahkan maklumat peribadi

31.

Antara berikut, manakah terletak dalam zon iklim sejuk?

a)

Tundra

b)

Steppe

c)

Khatulistiwa

d)

Gurun Panas

32.

Berdasarkan gambar, apakah nama tempat tinggal tersebut yang didiami oleh orang Eskimo?

a)

Gua

b)

Iglu

c)

Pondok

d)

Khemah

33.

Di kawasan ini, penduduk mengusahakan tanaman padi dan gandum sebagai sumber makanan. Di kawasan iklim manakah penduduk ini tinggal?

a)

Monsun Tropika

b)

Laurentia

c)

Tundra

d)

China

34.

Gambar menunjukkan sejenis alat yang digunakan oleh orang Eskimo untuk memburu ikan paus. Apakah nama alat tersebut?

a)

Tombak

b)

Lembing

c)

Harpoon

d)

Pisau

35.

Antara berikut, pilih DUA haiwan ternakan yang diternak di kawasan iklim Gurun Panas.

a)

Unta

b)

Ayam

c)

Kerbau

d)

Kambing

36.

Manakah antara landasan kereta api berikut mempunyai jaringan landasan kereta api terbanyak di dunia?

a)

Landasan Kereta Api India

b)

Landasan Kereta Api Shinkansen

c)

Landasan Kereta Api Trans-Siberian

d)

Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai

37.

Gambar menunjukkan suasana lapangan terbang antarabangsa terbaik di dunia. Apakah lapangan terbang tersebut?

a)

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

b)

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

c)

Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo

d)

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

38.

Pelabuhan ini merupakan salah satu pelabuhan paling sibuk di dunia dan terlindung daripada bencana alam. Apakah pelabuhan yang dimaksudkan?

a)

Pelabuhan Tokyo

b)

Pelabuhan Singapura

c)

Pelabuhan Jawaharlal

d)

Pelabuhan Hong Kong

39.

Pengangkutan di atas terdapat di negara Jepun. Apakah keistimewaan pengangkutan tersebut di Jepun?

a)

Kurang menepati masa

b)

Tiada kemudahan tandas

c)

Tidak pernah mengalami kemalangan

d)

Penumpang tidak merasa selesa dalam gerabak

40.

Antara berikut, manakah DUA kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar di Asia?

a)

Ekonomi penduduk meningkat

b)

Meningkatkan intergrasi

c)

Pencemaran bunyi

d)

Kemusnahan hutan

41.

Apakah faktor semula jadi yang telah menyebabkan berlakunya pemanasan global?

a)

Pembakaran terbuka

b)

Aktiviti pertanian

c)

Letusan gunung berapi

d)

Pembebasan asap kilang

42.

Apakah DUA kesan peningkatan aras laut kesan daripada pemanasan global?

a)

Banjir besar

b)

Menenggelamkan kawasan daratan

c)

Taburan hujan tidak sekata

d)

Sumber bekalan hasl laut bertambah

43.

Apakah risiko penyakit berkaitan haba yang akan dialami oleh manusia?

a)

Asma

b)

Diabetes

c)

Imsonia

d)

Kanser kulit

44.

Pilih DUA amalan 5R yang dapat membantu mengurangkan kesan pemanasan global.

a)

Jimatkan air

b)

Membakar sampah

c)

Menanam pokok

d)

Berkongsi kenderaan

45.

Antara berikut, amalan manakah dapat mengurangkan pemanasan global?

a)

Menebang pokok

b)

Membiarkan suis elektrik terbuka

c)

Memaksimumkan penggunaan penyaman udara

d)

Menggunakan pengangkutan awam

46.

Antara berikut, manakah berkaitan dengan ciri produk teknologi hijau?

a)

Tidak boleh dikitar semula

b)

Memaksimukan kerosakan alam

c)

Menjimatkan penggunaan tenaga

d)

Sukar digunakan oleh masyarakat

47.

Bagaimanakah penggunaan bahan api fosil seperti petroleum dapat dikurangkan?

a)

Menggunakan kenderaan sendiri

b)

Penggunaan kereta hibrid

c)

Menambah jualan kenderaan

d)

Melupuskan kenderaan lama

48.

Apakah kelebihan penggunaan sumber tenaga mesra alam seperti solar dan angin terhadap alam sekitar

a)

Tidak melepaskan gas dan asap

b)

Kos penggunaan yang mahal

c)

Mampu dimiliki oleh setiap penduduk

d)

Banyak kandungan gas karbon monoksida

49.

Pilih DUA amalan penjimatan tenaga yang dapat diamalkan di rumah?

a)

Memasang semua lampu

b)

Membiarkan suis tv terbuka

c)

Seterika pakaian dalam kuantiti yang banyak

d)

Menggunaan cahaya semula jadi

50.

Manakah antara berikut BUKAN amalan yang berkonsepkan teknologi hijau?

a)

Bawa bekas makanan sendiri ketika membeli makanan

b)

Mencetak dokumen di kedua-dua belah muka surat

c)

Menggalakkan penggunaan peralatan pakai buang

d)

Sentiasa memastikan pili air tertutup dengan betul