NEW
Font size
WorksheetsSISTEM BAHASA OBJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Soalan berdasarkan gambar di atas.
Pegawai itu ________________ beg yang berisi fail-fail penting ke pejabat.
mengepit
membimbit
memikul
mengenggam
Penduduk kampung sedang bergotong-royong ___________ mengacau dodol sempena hari Keluarga.
memasak
menggoreng
mengacau
merebus
Hadiah itu ___________ suaminya.
ke
dari
daripada
dengan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Cikgu Zuraida meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan Kamus Dewan.
A anak
B berapa
C berpandukan
D Tiada kesalahan
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan .
Pengetua sekolah akan membincangkan tentang perkara-perkara lain yang berkaitan dengan disiplin murid dalam mesyuarat guru.
berbincang tentang lain-lain perkara
berbincang tentang perkara-perkara lain
membincangkan tentang lain-lain perkara
membincangkan tentang perkara-perkara lain
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Pihak berkuasa sentiasa melancarkan operasi mencegah lumba haram.
II Motosikal berkuasa tinggi itu amat mahal harganya.
III Selain bahasa Melayu, pelajar perlu berkuasa dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
IV Ibu bapa berkuasa besar dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I Encik Alan membaca surat khabar sementara menunggu isterinya memasak.
II Buatlah kerja sekolah kamu sementara masih ada waktu.
III Sebelum ditawarkan sebagai pengurus kewangan, pemuda itu hanyalah pekerja sementara di syarikat tersebut.
IV Rajesh pergi ke rumah rakannya sementara kerana ada hal yang hendak dibincangkan
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Berbagai cara telah dilakukan oleh pembuat kek untuk melariskan jualan kek mereka.
Berbagai-bagai acara telah dilakukan
Berbagai-bagai cara telah dilakukan
Pelbagai-bagai cara telah dilakukan
Berbagai cara telah dilakukan
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Bawang putih itu telah dimayang oleh saya untuk ditumis.
II Di hari cuti, ramai pengunjung berkelah di Pantai Hiburan Rompin.
III Ketam yang digunakan oleh tukang kayu itu diperbuat daripada kayu cengal
IV Encik Halil menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.
II Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu amat enak sekali.
III Encik Herry membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah Tomyam.
IV Ani Hazrina duduk antara Kamal Hazli dengan Siew Fong sewaktu mendengar taklimat PT3
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Kawasan pelancongan merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang mencari ketenangan dan beristirahat.
Destinasi pelancongan sesuai bagi orang yang suka merehatkan diri daripada suasana tenang dan sepi.
Ketenangan dan kesunyian destinasi pelancongan membolehkan kita berehat dengan tenang.
Untuk mendapatkan ketenangan fikiran sambil berehat, seseorang mesti mencari destinasi pelancongan.
Tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja menenangkan fikiran dan merehatkan badan ialah destinasi pelancongan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.
Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.
Wahyu anak yang nakal di kelasku. Suatu hari Wahyu berbuat ulah, ia menempelkan tulisan di punggung temannya yang duduk di depannya, ketika ditanya guru ia tidak mau mengaku bahkan ia menunjuk Anto yang melakukannya.
Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan ilustrasi tersebut adalah .…
lempar batu sembunyi tangan
besar pasak daripada tiang
bagai musuh dalam selimut
tong kosong nyaring bunyinya
begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).
Apakah jenis unsur bunyi ayat di atas?
Aliterasi
Asonansi
Metafora
Sinkope
"kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup"
BERDASARKAH PENGAJARAN DI ATAS, APAKAH NILAI YANG SESUAI?
Nilai kasih sayang
Nilai ketabahan
Nilai bertanggungjawab
Nilai prihatin
"Laksana cermin jatuh ke batu"
Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh penyair dalam baris syair di atas ialah:
Personifikasi
Hiperbola
Simile
Metafora
Soalan ini berdasarkan pernyataan di bawah
Santap beradat......
santap raja
Pengulangan kata santap pada awal baris pertama dan awal baris kedua merupakan gaya bahasa ___________________
epifora
hiperbola
anafora
metafora
Yang manakah ayat yang berikut menunjukkan 'personifikasi'
Pohon kelapa itu melambai-lambai ke arah Dahlia
Sultan marah seperti harimau
Amira dan Amir berkawan rapat seperti kekasih
Kau umpama permaisuri
1. Berikut merupakan rangkap 1 bagi Pantun Budi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Apakah maksud rangkap ini?
Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
