Font size
WorksheetsULANGKAJI SAINS TAHUN 4
Total questions: 33
Worksheet time: 17mins
Rajah 5 menunjukkan sebuah kanta pembesar.
Antara berikut, alat yang manakah mempunyai persamaan dengan kanta pembesar?
Basikal
Teleskop
Stetoskop
Mikroskop
Antara berikut, alatan yang manakah digunakan untuk mengatasi had keupayaan untuk melihat ?
Apakah kesan buruk daripada perkembangan teknologi kepada kehidupan manusia ?
Digunakan untuk berperang
Digunakan dengan cermat
Dicipta bagi manfaat kepada manusia
Digunakan untuk mencipta peralatan lain
Apakah yang dimaksudkan dengan proses perkumuhan ?
Menyimpan sisa makanan yang dimakan
Mengumpulkan sisa makanan supaya menjadi tinja
Menyingkirkan bahan buangan daripada badan
Menyingkirkan wap air dan garam mineral
Apakah bahan kumuh yang dikeluarkan melalui peparu ?
Tinja
Air peluh
Air kencing
Karbon dioksida
Rajah di atas menunjukkan reaksi seorang lelaki apabila dikejar oleh sekumpulan lebah. Apakah yang dapat disimpulkan daripada reaksi lelaki itu ?
Manusia akan menjerit apabila dalam bahaya
Manusia mengelakkan diri daripada disengat lebah
Manusia menangis apabila diancam bahaya
Manusia bergerak balas terhadap rangsangan
Rajah menunjukkan seekor haiwan. Antara berikut, yang manakah mempunyai organ pernafasan yang sama dengan haiwan di atas ?
Antara berikut, yang manakah kegunaan sifat pantulan cahaya ?
Telefon bimbit
Cermin kegigian
Lampu suluh
Radio
Apakah fungsi cermin yang dipasang di tepi selekoh jalan raya ?
Melihat haiwan melintas
Melihat arah kenderaan yang datang dari hadapan
Melihat pembentukan bayang
Melihat pembiasan cahaya
Objek yang manakah TIDAK akan berkarat ?
Tin susu
Cincin emas
Paku besi
Pagar besi
Rajah 1 menunjukkan engsel pada pintu. Engsel itu akan berbunyi setiap kali pintu dibuka dan ditutup. Apakah yang menyebabkan keadaan engsel itu ?
Engsel itu sudah lama digunakan.
Engsel itu sudah ketat.
Engsel itu sudah berkarat.
Engsel itu memang menghasilkan bunyi.
Rajah 2 menunjukkan susunan radas dalam satu eksperimen.
Apakah fungsi kalsium Klorida Kontang di dalam tabung uji itu ?
Menyerap air
Menyerap udara
Menyerap air dan udara
Menghalang udara dan air masuk
Rajah 3 menunjukkan klip kertas yang disalut dengan plastik.
Apakah kebaikan menyalut klip kertas dengan plastik ?
Klip kertas tidak tahan lama
Klip kertas akan patah
Klip kertas akan terdedah kepada udara
Klip kertas tidak akan terdedah kepada air dan udara
Objek yang manakah akan berkarat ?
Rajah 4 menunjukkan satu ahli Sistem Suria.
Mengapakah tiada hidupan yang mendiami ahli Sistem Suria itu ?
Saiznya terlalu besar
Suhunya terlalu sejuk
Suhunya terlalu panas
Jaraknya terlalu jauh dari bumi
Apakah asteroid ?
Jalur cahaya dalam sistem suria
Batuan yang mengandungi logam
Batuan yang terdapat dalam sistem suria
Batuan yang mengandungi logam dan berada di antara Marikh dengan Musytari
Antara berikut, urutan yang manakah betul menunjukkan susunan menurun bagi suhu permukaan planet - planet ?
Marikh, Bumi, Utarid, Uranus
Utarid, Bumi, Zuhrah, Marikh
Bumi, Musytari, Zuhal, Neptun
Musytari, Zuhrah, Marikh, Zuhal
Suhu Planet X lebih panas daripada suhu planet Musytari.
Apakah Planet X ?
Zuhal
Neptun
Uranus
Zuhrah
Antara berikut, penyataan manakah yang betul tentang kedudukan planet - planet di dalam Sistem Suria ?
Neptun lebih sejuk berbanding Marikh
Zuhrah ialah planet yang mengambil masa paling lama untuk mengelilingi Matahari
Bumi adalah planet yang paling jauh dari Matahari
Zuhrah bersebelahan dengan Zuhal
