wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 6- Hubungan Mesra Keluarga Bahagia

Total questions: 50

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Individu yang mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga akan....

a)

menyayangi keluarganya dengan hati yang ikhlas.

b)

memastikan anak-anak mendapat apa-apa sahaja yang mereka inginkan.

c)

sanggup menghantar anak-anak ke sekolah swasta.

d)

menyerahkan tugas menjaga ibu dan ayah yang sudah tidak upaya kepada pembantu rumah.

2.

Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?

a)

Hidup bahagia dan gembira.

b)

Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.

c)

Mesra dan saling bermaafan antara adik-beradik.

d)

Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup.

3.

Sebagai anak, apakah yang kamu lebih perlukan daripada ibu bapa?

a)

Harta kekayaan

b)

Rumah yang selesa

c)

Wang yang cukup

d)

Kasih sayang dan perhatian

4.

Pendekatan terbaik mendidik anak-anak adalah....

a)

berlembut dengan mereka.

b)

mendengar kata mereka.

c)

lembut, tetapi tegas.

d)

berfikiran terbuka.

5.

Yang berikut adalah peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak, kecuali...

a)

mengasuh

b)

mendidik

c)

melindungi keluarga

d)

menyediakan infrastruktur

6.

Apakah reaksi kamu apabila dimarahi oleh ibu bapa?

a)

menengking mereka

b)

melawan cakap

c)

menumbuk meja

d)

berdiam diri

7.

Puan Aminah memasukkan anaknya ke kelas seni selepas melihat anaknya gemar melukis.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah peranan Puan Aminah terhadap anaknya?

a)

Mengasuh

b)

Mendidik

c)

Membina personaliti

d)

Menegur dan menasihati

8.

Apakah erti kasih sayang yang utama yang harus dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak?

a)

Merawatnya jika sakit.

b)

Belaian dan perhatian untuk perkembangan emosi.

c)

Mengawal pergerakan anak-anak.

d)

Menegur perbuatan yang salah.

9.

Ibu bapa yang bertanggungjawab akan mendidik anak-anak sebaik mungkin, namun ada anak-anak yang dididik oleh pembantu rumah.

Yang manakah bukan kesan jika ibu bapa membiarkan pembantu rumah mengambil alih tugas utama mereka terhadap anak?

a)

Anak-anak lebih menyayangi pembantu rumah.

b)

Tidak mengenali personaliti anak-anak dengan mendalam.

c)

Anak-anak lebih mendengar kata pembantu rumah daripada ibu bapa.

d)

Ibu bapa berasa tenang untuk bekerja kerana aspek kebajikan anak dijaga oleh pembantu rumah.

10.

Ibu yang menyayangi anak-anaknya akan melakukan perkara-perkara di bawah, kecuali...

a)

sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anaknya.

b)

akan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

c)

sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak-anaknya.

d)

memberikan anaknya kepada orang lain yang hidup lebih sempurna.

11.

Penyataan berikut ialah kepentingan nilai kasih sayang terhadap keluarga, kecuali....

a)

mewujudkan sebuah keluarga yang hidup dalam kemewahan.

b)

sumber inspirasi untuk kejayaan.

c)

pendorong untuk melakukan kebaikan.

d)

melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia.

12.

Bagaimana anak memberikan layanan yang sopan kepada keluarga?

a)

Bercakap secara behemah dengan ahli keluarga.

b)

Bermain telefon semasa makan.

c)

Mencuci pinggan dengan kuat dan bising.

d)

Menyanyikan lagi semasa ibu bapa menonton berita di ruang tamu.

13.

Bagaimana cara anda mengambil berat masalah keluarga?

a)

Berdiam diri apabila ibu bapa bergaduh.

b)

Bertanya kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi.

c)

Tidak endah tentang masalah keluarga.

d)

Sentiasa bersembunyi di dalam bilik tidur.

14.

Salah satu cara menyayangi anggota keluarga adalah berkongsi masa suka dan duka.

a)

ya

b)

tidak

15.

Yang manakah merupakan cara berkongsi masa suka dan duka dengan keluarga yang betul?

a)

Memarahi ahli keluarga kerana beremosi.

b)

Menemani ahli keluarga apabila mereka mempunyai masalah

c)

Mendengar masalah yang diceritakan sambil bermain telefon.

d)

Memberi komen yang kamu suka.

16.

Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga kecuali

a)

Ibu bapa dapat memberikan wang kepada anak-anak.

b)

Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa.

c)

Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan.

d)

Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

17.

Semua yang berikut adalah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali

a)

Sembahyang bersama-sama

b)

Bersenam bersama-sama

c)

Merokok bersama-sama

d)

Buat kerja rumah bersama-sama

18.

Mewujudkan keluarga bahagia adalah kewajipan

a)

Semua ahli keluarga

b)

Bapa sahaja

c)

Ibu sahaja

d)

Anak-anak sahaja

19.

Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia, kecuali

a)

Saling menyayangi

b)

Saling menghormati

c)

Saling iri hati

d)

Peka akan perasaan anggota keluarga

20.

Terdapat pelbagai etiket di rumah yang perlu diamalkan oleh anggota keluarga bagi menjaga _______________ dalam institusi keluarga.

a)

keharmonian

b)

kepincangan

c)

kekecohan

d)

kesederhanaan

21.

Keluarga yang harmoni akan melahirkan generasi yang mementingkan diri.

a)

betul

b)

salah

22.

Kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita dengan cara mengejek-ejek nasihat mereka.

a)

salah

b)

betul

23.

Datuk Dinesh sedang sakit dan dirawat di hospital. Dinesh telah melawat datuknya sambil membawa buah tangan.

a)

salah

b)

betul

24.

Kita dilarang menganiayai anggota keluarga kerana perbuatan tersebut boleh merenggangkan ikatan persaudaraan.

a)

betul

b)

salah

25.

Setiap anak mesti membalas jasa ibu bapanya dengan membiarkan mereka bersendirian di kampung.

a)

betul

b)

salah

26.

Sambutan hari istimewa keluarga tidak perlu diraikan kerana membazir masa dan wang.

a)

betul

b)

salah

27.

Setiap ahli keluarga perlu meluangkan masa untuk berkumpul pada saat-saat tertentu seperti hari perayaan.

a)

betul

b)

salah

28.

Kita tidak perlu melibatkan diri dalam aktiviti keluarga yang diadakan.

a)

betul

b)

salah

29.

Sebagai anak, kita berhak untuk melakukan sesuatu perkara mengikut kehendak sendiri.

a)

betul

b)

salah

30.

Anak-anak boleh lari dari rumah sekiranya tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa.

a)

betul

b)

salah

31.

Kita mestilah menggunakan kata yang sesuai sewaktu berkomunikasi dengan ibu bapa supaya tidak menyinggung perasaan mereka.

a)

betul

b)

salah

32.

Salah satu cara untuk membalas jasa ibu bapa ialah dengan menggembirakan hati mereka.

a)

salah

b)

betul

33.

Kita hanya perlu menghormati anggota keluarga yang lebih tua daripada kita.

a)

betul

b)

salah

34.

Kita dibenarkan memanggil adik-beradik kita dengan pelbagai panggilan atau gelaran yang memalukan jika hanya untuk tujuan bergurau.

a)

salah

b)

betul

35.

Kita perlulah mendengar pandangan dan pendapat anggota keluarga kerana mereka berhak memberikan pandangan mereka.

a)

betul

b)

salah

36.

Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.

a)

betul

b)

salah

37.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, saya bertanggungjawab mengawasi adik-beradik dan menasihati mereka.

a)

salah

b)

betul

38.

Sebuah keluarga asas terdiri daripada ibu bapa, anak-anak, datuk serta nenek.

a)

salah

b)

betul

39.

Anak-anak perlu mematuhi arahan dan nasihat ibu bapa hanya apabila mereka belum berkahwin

a)

betul

b)

salah

40.

Apabila keluarga ditimpa kesusahan atau menghadapi masalah kita harus bersama-sama menyelesaikannya.

a)

betul

b)

salah

41.

Bagaimanakah cara anda menyayangi anggota keluarga?

a)

Mengambil berat akan masalah keluarga

b)

Tidak memberikan sokongan moral

c)

Membiarkan ahli keluarga berduka

42.

Patuh kepada nasihat dan larangan keluarga merupakan ................

a)

Kepentingan menyayangi anggota keluarga

b)

Cara menyayangi anggota keluarga

c)

Ciri keluarga bahagia

43.

Apakah kepentingan menyayangi anggota keluarga?

a)

Memberikan sokongan moral

b)

Saling menyayangi

c)

Mengelakkan daripada menyakiti dan menyinggung perasaan anggota keluarga

44.

Wajarkah ibu bapa dihantar ke rumah orang tua?

a)

Tidak wajar

b)

Wajar

c)

Kurang wajar

45.

Nilai murni yang manakah harus anda terapkan untuk menunjukkan anda menyayangi ahli keluarga.

a)

Hormat, kasih sayang, bertanggungjawab

b)

Kebebasan, Patriotisme, Keberanian

46.

Zarina sentiasa menjaga hubungan sesama anggota keluarganya.

a)

Betul

b)

Salah

47.

Berikut merupakan ciri-ciri keluarga bahagia, kecuali

a)

Saling menyayangi

b)

Saling menghormati

c)

Saling iri hati

d)

Peka akan perasaan anggota keluarga

48.

Daniel akan memarahi ibunya jika dia terlewat bangun untuk ke sekolah.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

49.

Terdapat pelbagai etiket di rumah yang perlu diamalkan oleh anggota keluarga bagi menjaga _______________ dalam institusi keluarga.

a)

keharmonian

b)

kepincangan

c)

kekecohan

d)

kesederhanaan

50.

Berikut merupakan kepentingan menyayangi keluarga kecuali

a)

Mewujudkan kemesraan anggota keluarga

b)

Mengelakkan daripada menyakiti dan menyinggung perasaan anggota keluarga

c)

Membina keluarga bahagia

d)

Suasana menjadi porak peranda antara keluarga