NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN TATABAHASA TING. 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.
di
ke
pada
kepada
Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.
akan
untuk
dengan
tentang
Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.
dari
untuk
dengan
daripada
Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
Apakah perkataan yang sinonim dengan perkataan yang bergaris?
malu
sedih
kecewa
terkilan
Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.
Berikan maksud bagi perkataan yang bergaris.
petang
senja
malam
subuh
Cikgu Farah menegur perbuatan Shafiq dan Aidil. ______, beliau mengarahkan mereka beredar dari situ.
Selepas itu
Kalau begitu
Lebih-lebih lagi
Walaupun demikian
"Saya sudah memohon maaf daripadanya.________________, dia tetap tidak mahu bertegur sapa dengan saya," kata Rani kepada Radha.
Oleh sebab itu
Di samping itu
Namun begitu
Lantaran itu
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ___________ saya puji dia.
malahan
mungkin
lagipun
jadi
Guruh berdentum, kilat __________ menandakan hujan lebat akan turun membasahi bumi.
cuit-mencuit
tolak-menolak
sapa-menyapa
sabung-menyabung
Ibu mengusap __________ adik yang masih merah dengan penuh kasih sayang.
mata-mata
rambut-rambut
ubun-ubun
tulang-tulang
Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja menghadapi masalah sosial.
huru-hara
hingar-bingar
gundah-gulana
porak-peranda
_______ ,kasihan saya melihat nasib anak-anak yatim itu!
Oh
Syabas
Wahai
Aduhai
_______, saya memang tidak percaya!
Amboi
Wah
Hai
Ah
_______, kerana dipilih sebagai Tokoh Murid pada tahun ini!
Eh
Syabas
Amboi
Aduhai
Ubat ini amat..............................untuk sakit gigi.
hebat
mujarab
berperisa
berkhasiat
Dia tidak mengharapkan...................................atas pertolongannya.
balasan
kurniaan
pemberian
permintaan
Aktiviti memburu binatang yang dilindungi perlu dibendung untuk mengelakkan.................................nya.
kematian
kepupusan
kehilangan
kebinasaan
Mohamad Zuhairi merupakan ___________________ pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
lipas kudung
ayam tambatan
orang tengah
bekas tangan
Penanam tembakau itu ________________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.
curi tulang
tulang belakang
membanting tulang
ringan tulang
Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu
_____________________________ kepada jiran tetangganya.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti menanam tebu di pinggir bibir
seperti membuka pekung di dada
seperti musuh dalam selimut
