NEW
Font size
Worksheetsbahasa melayu tahun 4
Total questions: 50
Worksheet time: 31mins
Kita hendaklah menyesuaikan diri __________ berada di tempat orang.
apabila
sementara
supaya
kecuali
"Ampun, tuanku. _________ ialah seorang pedagang kain dari Kuala Sendili," kata lelaki itu kepada sultan.
Aku
Patik
Saya
Baginda
Pak Hussin tidak mampu __________ rumahnya yang rosak selepas banjir kerana kesempitan wang.
membuka
membina
membaiki
membasuh
Juruacara itu mengucapkan __________ kepada tetamu yang baru sampai ke majlis itu.
terima kasih
tutur kata
selamat datang
tingkah laku
Hutang itu akan dibayar oleh Karim secara __________ kepada kawannya.
bertalu-talu
berpusu-pusu
bergilir-gilir
beransur-ansur
Cikgu Rashid sedang ___________ di perhimpunan sekolah.
berbincang
berucap
berbual
berkata
Kerja menebas semak samun itu ____________ siap kerana dilakukan dengan cara bergotong-royong.
laju
deras
cepat
pantas
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan "menebarkan"
mencampakkan
menyerahkan
membesarkan
menjatuhkan
Pilih perkataan antonim bagi "tewas".
berjaya
menang
gagal
kalah
Aziymei menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
Keluarga Encik Zainal hanya mampu ______ setelah semua barangan mereka hangus terbakar setelah kediaman mereka dijilat api pada pagi tadi.
ringan tulang
ayam tambatan
berputih mata
mata keranjang
Setiap hari Encik Rahman ________ bagi menyara keluarganya setelah kematian isterinya beberapa bulan yang lepas.
mandi kerbau
mandi peluh
hidung belang
hidung tinggi
Perilaku Aminah yang kurang sopan tempoh hari menjadi ________ masyarakat kampung.
buah mulut
buah fikiran
buah cakap
buah-buahan
Sejak dari kecil Jacob tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.
ulat buku
ayam tambatan
lipas kudung
kaki bangku
Sakinah digelar sebagai ________________ oleh rakan-rakannya kerana sering mengambil semula barang-barang atau pemberian yang telah diberikan kepada orang lain.
tangkai jering
keras kepala
hati batu
buruk siku
Amira merasa ______________ terhadap Susan yang menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan lagi dengannya.
kecil hati
sakit hati
hati batu
besar hati
9.Kempen kesedaran ______ kebersihan dan pencemaran alam sedang giat dijalankan di seluruh negara.
A terhadap
B akan
C dan
D tentang
10.Penyakit demam denggi telah menjadi wabak utama di negara kita. _______ , orang ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini.
A Namun demikian
B Tambahan pula
C Dalam pada itu
D Lebih-lebih lagi
Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin
di
pada
ke
dari
_______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan majlis itu.
Aku
Saya
Awak
Anda
“Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah disiapkan tadi”, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
kalian
kamu
anda
kita
Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________ bas yang ada di hadapannya.
melanggar
menyelit
memotong
menyusup
Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau berasal _____________ negeri Pahang.
pada
dari
kepada
daripada
Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di Universiti Malaya.
bagi
untuk
kepada
daripada
Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________ berjaya dalam pelajaran.
oleh
hingga
sambil
supaya
Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
jua
sahaja
hanya
memang
17 Ramli terpaksa berakit di ________________ jambatan Sungai Jelai untuk pergi ke kebunnya.
bawah
atas
tengah
tepi
Rosdah membeli sebuah kereta __________________ di Kuala Lumpur dengan harga RM15,000.
terlaris
terbaru
terbuang
terpakai
7.Bapa Amin telah meninggal dunia .Kini hidup Amin ___________________.
A.bagai aur dengan tebing
B.seperti isi dengan kuku
C.seperti layang - layang putus tali
D.berat sama dipikul ringan sama dijinjing
9.Nama gerai saya sudah menular melalui_________.
A.sosial media
B.makanan
C.media sosial
D.sosial
14._____________ di pejabat ayah saya sangat rajin.
A.Kakitangan
B.Antarabangsa
C.Pengurus besar
D.Kerjasama
18.Saya membuka _______________nasi lemak pada pukul empat petang di hadapan rumah saya..ger
A.gerai
B. kedai
C. pasar
D. sekolah
20._______________pijak rumput di padang ini.
A.Usah
B. Jangan
C. Sila
Harap
