Font size
WorksheetsB7: KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELANGOR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Siapakah yang dilantik sebagai wakil Kesultanan Melayu Melaka untuk mentadbir Pahang pada abad ke-15?
Seri Bija Diraja
Raja Muhammad
Raja Muda Abdullah
Bendahara Wan Ahmad
Pusat pemerintahan Raja Muhammad yang mengasaskan Kesultanan Pahang pada tahun 1470 ialah ...............
Raub
Pekan
Kuantan
Temerloh
Sultan Pahang yang masyhur. Baginda mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Kesultanan Melayu Melaka. Berjaya mempertahankan Pahang daripada serangan Siam.
Sultan Muhammad Shah
Sultan Abdul Jamil Shah
Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah
Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah
Di manakah lokasi pusat pemerintahan pertama Sultan Muzaffar Shah di Perak?
Teluk Intan
Tanah Abang
Kuala Kangsar
Tanjung Malim
Surat Ciri merupakan alat kebesaran Kesultanan Perak. Apakah Surat Ciri tersebut?
Ikrar taat setia sebagai ketua kerajaan negeri
Identiti kedaulatan dan kemegahan Raja Perak
Simbol kepada kewujudan institusi kesultanan
Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu
Negeri-negeri Melayu menggunakan alat regalia semasa pertabalan Raja-Raja Melayu. Apakah maksud alat regalia?
Adat protokol
Pakaian diraja
Alat kebesaran
Kenderaan diraja
Susur galur pemerintah Kesultanan Melayu Pahang dan Perak merupakan keturunan langsung ......
Kesultanan Brunei
Kerajaan Melayu Patani
Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Apakah kesan penggubalan Undang-Undang 99 Perak terhadap negeri Perak?
Memajukan sistem ekonomi
Memelihara kebajikan rakyat
Melicinkan sistem pentadbiran
Mengukuhkan institusi kesultanan
Tun Zainal Abidin telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1708. Siapakah yang telah melaksanakan pertabalan tersebut?
Tun Saban
Raja Patani
Sultan Melaka
Bendahara Terengganu
Sultan Mahmud Shah dari Perak telah memberi anugerah kepada Raja Lumu setelah ditabalkan sebagai Sultan Selangor. Apakah DUA anugerah yang diterima oleh Raja Lumu?
Kesultanan Pahang mengamalkan sistem pewarisan takhta. Apakah gelaran terhadap waris ganti sultan tersebut?
Raja Muda
Raja Di Hilir
Tengku Mahkota
Yang Di-Pertuan Muda
Apakah peranan Dewan di-Raja di negeri Selangor?
Mentadbir negeri
Menasihati sultan
Memilih pembesar
Meluluskan undang-undang
DUA warisan Hukum Kanun Melaka yang menjadi asas kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu.
Hukum jual beli
Larangan istana
Peraturan pelayaran
Tanggungjawab syahbandar
Negeri manakah yang memberikan gelaran "Orang Kaya Indera Segara" kepada pembesar?
Perak
Pahang
Selangor
Terengganu
Gelaran yang digunakan oleh waris ganti Kesultanan Terengganu.
Raja Muda
Tengku Mahkota
Raja Kecil Bongsu
Yang Di-Pertuan Muda
Gelaran yang digunakan oleh waris ganti Kesultanan Selangor.
Raja Muda
Tengku Mahkota
Raja Kecil Bongsu
Yang Di-Pertuan Muda
Negeri manakah yang memberikan gelaran "Orang Kaya Menteri Paduka Tuan" kepada pembesar?
Perak
Pahang
Selangor
Terengganu
Antara istiadat berikut, istiadat manakah yang melarang permainan nobat dilakukan?
Istiadat keputeraan
Istiadat pemakaman
Istiadat perkahwinan
Istiadat pertabalan
Kitab Tib telah disalin oleh Haji Mahmud di Jawi, Terengganu pada tahun 1819. Apakah isi kandungan karya tersebut?
Perubatan
Pendidikan
Salasilah raja
Sastera rakyat
Mengapakah penghasilan karya sejarah penting dalam institusi kesultanan Melayu?
Mewujudkan teladan dan jenaka
Menunjukkan keagungan pembesar
Menunjukkan sejarah kesultanan Melayu
Pengkisahan hubungan antara kerajaan Melayu
