wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3 Bab 1 dan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

12 saga = 1 mayam

16 mayam = 1 bungkal

12 bungkal = 1 kati

.

Apakah barang dagangan yang ditimbang melalui sistem timbangan tersebut?

a)

Beras

b)

Emas

c)

Minyak

d)

Batu permata

2.

" - Si Tanggang Anak Derhaka

- Anjing dengan Bayang-bayang"

.

Apakah peranan cerita tersebut dalam sistem pendidikan tidak formal masyarakat Melayu tradisional?

a)

Berkarya

b)

Menghibur

c)

Menasihat

d)

Menghafal

3.

Bagaimanakah kuasa Portugis berjaya tiba di benua Asia?

a)

Bersaing dengan Belanda

b)

Menandatangani perjanjian

c)

Menubuhkan syarikat perdagangan

d)

Menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi

4.

Mengapakah kuasa Barat memerlukan sebuah pelabuhan persinggahan di Alam Melayu?

a)

Persediaan ke Canton

b)

Mengumpul hasil bumi

c)

Menjalankan perdagangan

d)

Mendapatkan barang dagangan

5.

Mengapakah pada abad ke -19 dan ke-20 memperlihatkan kuasa Barat berlumba-lumba datang ke negara kita untuk mendapatkan getah asli?

a)

Mutu getah asli negara kita terbaik

b)

Kemunculan perusahaan kereta di Eropah

c)

Negara kita pengeluar getah terbesar di dunia

d)

Pembesar tempatan berjaya memajukan perusahaan getah

6.

Apakah kesan pembukaan Terusan Suez terhadap negara kita?

(Jawapan lebih dari satu)

a)

Perusahaan getah meningkat

b)

Perkembangan industri perkapalan

c)

Menggalakkan kedatangan kuasa Barat

d)

Mempercepatkan urusan perdagangan

7.

"Belanda telah menandatangani perjanjian dengan negeri Perak pada tahun 1650. Pada tahun 1786 pula, Belanda telah menandatangani perjanjian dengan negeri Selangor."

Apakah tujuan perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

Pertahanan

b)

Penyerahan kuasa

c)

Semangat setiakawan

d)

Perdagangan bijih timah

8.

Antara berikut yang manakah berjaya menguasai negara kita melalui strategi pajakan?

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

James Brooke

d)

Syarikat British Utara Borneo

9.

Apakah peristiwa yang menunjukkan strategi pakatan dalam penguasaan negara kita?

a)

British mendapatkan Melaka

b)

Kejadian di Tanjung Rachado

c)

Konflik pembesar di Sungai Ujong

d)

Penyerahan Singapura kepada British

10.

"Britain - Belanda - Perancis"

Negara-negara di atas merupakan kuasa Barat yang bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di Timur pada abad ke-18.

Apakah yang hendak dicapai melalui persaingan tersebut?

a)

Menguasai kekayaan

b)

Menyebarkan tamadun

c)

Mengembangkan agama

d)

Memperkenalkan sistem pendidikan

11.

Apakah faktor yang menyebabkan Pulau Pinang sebagai lokasi yang strategik kepada British?

a)

Pusat bandaraya

b)

Pusat kebudayaan

c)

Pusat pentadbiran

d)

Pusat pengumpulan barang

12.

Siapakah yang membuat tipu helah untuk menduduki Pulau Pinang?

a)

SHTI

b)

JWW Birch

c)

Francis Light

d)

Stamford Raffles

13.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi membolehkan beliau menduduki Singapura?

a)

Mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan

b)

Memulau pelantikan Tengku Abdul Rahman

c)

Menawarkan bantuan ketenteraan kepada Tengku Hussein

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Abdul Rahman

14.

Bagiamanakah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memberi kesan kepada Alam Melayu?

a)

Menghapuskan institusi kesultanan

b)

Melaksanakan undang-undang Barat

c)

Mengambil alih pemerintahan tradisional

d)

Membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

15.

Apakah syarat Perjanjian London 1824?

a)

British berundur di Singapura

b)

Belanda menyerahkan Bangkahulu kepada British

c)

Belanda menyerahkan Melaka kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatan di Tanah Melayu dengan izin British

16.

Apakah persamaan yang dimainkan oleh negeri Pulau Pinang Singapura dan Melaka sebelum menjadi negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

17.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kepentingan pembentukan Negeri-Negeri Selat kepada British?

a)

Kos pentadbiran sifar

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menguasai keseluruhan Selat Melaka

d)

Kejayaan mengatasi perdagangan Belanda

18.

Mengapakah pentadbiran Negeri-negeri Selat dan Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan saudagar Negeri-negeri Selat?

(Jawapan lebih dari satu)

a)

Tidak melindungi saudagar Negeri-negeri Selat

b)

Tiada undang-undang berkaitan Negeri-negeri Selat

c)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor

d)

Menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pembuangan banduan

19.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London.

Apakah kesan langkah tersebut kepada status Negeri-negeri Selat?

a)

Dijanjikan kemerdekaan

b)

Menjadi tanah jajahan British

c)

Mendapat perlindungan British

d)

Mengamalkan pentadbiran British

20.

Apakah tugas pembesar daerah?

a)

Menjaga keamanan

b)

Mengetuai pentadbiran

c)

Melantik pengganti sultan

d)

Meluaskan kawasan jajahan