WorksheetsKEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Siapakah yang menjadikan aktiviti mencuri sebagai pekerjaan bagi menyara kehidupannya?
Kertala Sari
Laksamana
Patih Gajah Mada
Petala Bumi
Siapakah yang memberikan semua hadiah yang diterima daripada para saudagar akibat kecurian kepada fakir miskin dan pegawai rendah serta pegawai-pegawainya?
Kertala Sari
Laksamana Melaka
Patih Gajah Mada
Seri Betara Majapahit
Siapakah Petala Bumi?
anak Kertala sari
ayah Kertala Sari
anak angkat Patih Gajah Mada
Isteri Patih Gajah Mada
"Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya. Laksamana mengawal kawasan negeri Melaka dengan berpakaian hitam untuk menangkap penjurit"
Apakah latar masa yang boleh dikaitkan dengan peristiwa di atas?
siang
malam
pagi
petang
Di manakah Kertala Sari dibunuh oleh Laksamana?
di tengah padang
di tengah pasar
di tengah dewan
di istana
Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala sari?
Pilih 2 jawapan.
memaafkan dan memberikan nasihat kepada orang tersebut
memancung kepala mereka
orang tersebut dijatuhkan hukuman penjara
mencabuli isteri mereka
Sultan telah mengagihkan harta kepada siapa?
Pilih 2 jawapan.
Laksamana
Pemilik asal harta
Rakyat miskin
Hulubalang
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh seseorang jika terlihat pembunuhan berlaku di kawasan berdekatan?
Pilih lebih daripada 1 jawapan
meminta bantuan orang ramai untuk memberitahu ahli keluarga mangsa
menelefon pihak polis untuk menyiasat dengan lebih lanjut
memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan memberikan keterangan lanjut
cuba sedaya upaya untuk menangkap penjenayah tersebut
Laksamana ialah orang yang membunuh bapa Kertala Sari.
Jika anda Kertala Sari, bagaimanakah anda mahu mengalahkan Laksamana?
Pilih lebih daripada 1 jawapan
meminta bantuan atau bekerjasama dengan pihak lain untuk mengalahkannya
menggunakan alatan atau senjata yang lebih baik daripada Laksamana
berguru dengan orang yang lebih bijak dan berilmu
membunuh ahli keluarga Laksamana supaya dia hilang semangat untuk berjuang
Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.
Berikan maksud rangkai kata penjurit besar lagi kepetangan.
pahlawan yang berpangkat besar dan kaya
hulubalang yang hebat dan cerdik
askar yang berbadan besar dan kacak
perajurit yang licik dan tinggi
Kertala sari begitu marah apabila mendengar ibunya memberitahu bahawa ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana.
Pada pendapat anda, mengapakah Kertala sari begitu marah?
Pilih lebih daripada 1 jawapan
dia sangat sayang akan ayahnya
tidak sanggup melihat ibunya menjadi balu
tidak dapat menerima bahawa Laksamana lebih hebat daripada ayahnya.
ayah Kertala sari seorang yang bertanggungjawab
Pada pendapat anda, selain pemberian harta, apakah cara lain untuk menghargai jasa seseorang?
Pilih lebih daripada 1 jawapan
tidak memberikan hukuman kepadanya apabila berbuat salah
memberikan gelaran atau menaikkan pangkat
memberikan bantuan ketika mereka berada dalam kesusahan
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
Berikan maksud diperjamunya makan minum
menyuruhnya memasak
meminta minuman
dihidangkan dengan jamuan
menyuruhnya membancuh minuman
Berikan maksud terlalu banyak dengan lembing perisai
pakaian yang banyak
senjata yang banyak
makanan yang banyak
peralatan yang banyak
Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian semalam.
Nyatakan reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut?
baginda tidak berkata apa-apa
baginda berasa hairan
baginda berasa pelik
baginda menjadi murka
Sekiranya saya seorang raja, perkara yang akan saya lakukan untuk memastikan Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan saya ialah ....
mengekalkan jawatan yang disandangnya
menaikkan pangkat dan memberikan gelaran tertinggi dalam kerajaan
mengurungnya supaya tidak lari ke negeri lain
Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam prosa ini.
Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air
kita mestilah menyokong segala dasar kerajaan demi kemajuan bangsa
kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh
Bagaimanakah cara Laksamana membunuh Kertala Sari?
menikam Kertala Sari di tengah pasar pada waktu malam
memakai pakaian yang bersih dan baring di tengah pasar
melompat lalu menikam dada hingga ke belakang
berbaring di tengah jalan
Berikut adalah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu mencuri KECUALI
berasa puas hati apabila berjaya melakukan kejahatan
mempunyai kehendak yang tinggi
memiliki kemewahan
desakan hidup
Apakah makna firasat?
dapat menelan seekor lembu
dapat memukul orang dari jarak jauh
dapat menampak orang jarak jauh
dapat meramal masa depan
