NEW
Font size
WorksheetsPendidikan Moral (Nilai-nilai Murni)
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Tuhan menciptakan manusia untuk
mensia-siakan kehidupan
menangisi kekurangan diri
melakukan sesuatu perkara yang buruk
menjalani kehidupan dengan lebih sempurna
Yang manakah berikut TIDAK menggambarkan amalan bersikap amanah dalam kehidupan seharian pelajar?
Menyimpan rahsia kawan
Memulangkan wang yang dipinjam
Menyampaikan pesanan kepada guru
Menumpukan perhatian semasa guru mengajar
Hazman : Dev, kenapa keputusan peperiksaan kamu merosot?
Dev : Saya banyak ketinggalan kelas kerana menghadiri
latihan bola baling.
Dev perlu mengamalkan nilai...
Kerajinan
Hemah Tinggi
Kesederhanaan
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Ayah : Max, ayah harap kamu janganlah terlibat dalam akitiviti yang menjejaskan nama baik diri dan keluarga.
Nilai yang perlu diamalkan oleh Max ialah...
Jujur
Toleransi
Kerajinan
Harga diri
Setiap agama, baik Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian menuntut penganutnya agar
berusaha mencari kekayaan dengan pelbagai cara
mengasingkan diri daripada orang yang tidak sama agama
mematuhi ajaran agama dan menjadikan ajaran agama sebagai pedoman hidup
berdoa untuk diri sendiri dan keluarga sahaja
Antara pernyataan berikut, manakah memperlihatkan kelakuan seseorang yang memiliki nilai kasih sayang?
Menderma baju kepada mangsa-mangsa kebakaran
Menebang pokok jiran untuk membalas dendam kepada jiran
Memburu binatang liar untuk mendapatkan keuntungan
Memfitnah orang lain tanpa kawalan
Ciri utama keadilan ialah
bertindak secara saksama dan tidak berat sebelah
memberi layanan yang sama kepada dengan rakan-rakan
mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat keputusan
memberi ganjaran bagi setiap kebaikan
Orang yang mempunyai nilai kepercayaan kepada Tuhan ialah
Bersyukur kepada Tuhan
Amanah
Bebas dari segala kesusahan di bumi
pasrah dengan takdir
Orang yang bersikap adil akan melayan setiap individu
berat sebelah
pilih kasih
sama rata
suka hati
Hubungan harmoni sesama manusia boleh terjejas jika yang telah diamanahkan tidak dijaga.
iman
restu
kepercayaan
maruah
Kita patut menunjukkan sikap terhadap orang yang lebih tua daripada kita.
sayang
hormat
rendah diri
toleransi
Seorang anak yang tidak menurut kata ibu bapa akan dianggap .
sopan
derhaka
hormat
mulia
Anak yang baik, tidak akan melukakan hati orang tuanya dengan menjatuhkan nama baik dan mereka.
impian
jati diri
maruah diri
nilai diri
Semasa membeli di koperasi, Darren tidak berebut-rebut, malah dia beratur bersama rakan-rakan. Nilai yang diamalkan oleh Darren ialah
hemah tinggi
rendah diri
adil
tanggungjawab
Orang yang tidak boleh menimbulkan kepercayaan kepada orang lain dianggap sebagai seorang yang
ingkar
tidak peka
tidak amanah
suka berbohong
Aktiviti-aktiviti seperti ____________ dapat menjana pemikiran remaja
bersukan
ziarah-menziarahi
tidur sepanjang masa
bermain permainan online sepanjang cuti
“Remaja berwawasan dan berakhlak mulia merupakan asset Negara.” Pernyataan ini merujuk kepada
Kesanggupan diri untuk melaksanakan tugas dengan sempurna
Membuat keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah
Keupayaan diri agar mampu menjaga maruah diri
Beradab sopan dan berbudi pekerti
Apakah kepentingan adat dan tradisi yang menjadi amalan sesuatu masyarakat?
Untuk mengingati ahli keluarga
Untuk mengekalkan amalan
untuk menunjuk-nunjuk
sumber kewangan
Tidak mudah putus asa merupakan ciri-ciri orang yang
Berdikari
Berinovasi
Berdedikasi
Bertoleransi
Pilih tingkah laku yang tidak menunjukkan amalan hemah tinggi.
Berjabat tangan
Bercakap sopan
Berlagak sombong
Merendahkan suara
Yang berikut merupakan sikap yang membolehkan seseorang mengecapi kejayaan dalam hidup, kecuali
malas
Berwawasan
Gigih berusaha
Berkeyakinan diri
Pernyataan di bawah merupakan matlamat hidup individu, kecuali
Bercita-cita tinggi
Hidup dengan selesa
Mengehadkan pendidikan
Memajukan diri dan keluarga
Pilih pernyataan yang tidak benar.
Memberi makan kepada haiwan merupakan sikap yang mulia
Menganiaya haiwan adalah perbuatan yang menghargai nyawa
Sikap prihatin terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak dari kecil
Pencemaran alam akan membantutkan pembiakan flora dan fauna
Rasional bermaksud
Membuat keputusan yang cepat
Berfikir secara pantas dan mengambil tindakan
Mengemukakan alasan yang tidak munasabah
Berfikir dan mengambil tindakan berdasarkan pertimbangan wajar
Konsep keadilan ialah
Tidak berat memikul beban
Tidak berat mata memandang
Berat sebelah dalam semua hal
Tidak berat sebelah dalam tindakan dan
perasaan
Mengapakah sikap kesederhanaan penting kepada Brian?
Melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri dan orang lain
Menolong orang tanpa merosakkan diri sendiri
Supaya dapat menegakkan kebenaran
Dapat mengawal perasaan
Shi Er ingin mendermakan wang kepada mangsa-mangsa tsunami. Berapakah jumlah wang yang sepatutnya didermakan?
Semua sekali
Separuh sahaja
Mengikut kemampuan diri
Mengikut jumlah yang didermakan oleh orang lain
Amalan yang mempunyai kaitan dengan nilai harga diri ialah
melibatkan diri dalam aktivtiti kokurikulum
menurut kemahuan rakan sebaya
menyerahkan hala tuju Negara kepada pemimpin sahaja
tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah
Apakah yang anda faham tentang nilai toleransi?
Menjaga hubungan dengan ahli keluarga
Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
Perbincangan dengan rakan dan guru
Nasihat-menasihati antara satu sama lain
Bagaimanakah cara anda menyedarkan rakan-rakan anda yang tidak mengamalkan toleransi?
menyindir
berbincang
menghantar surat layang
memberitahu orang lain
