wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz P.Moral Tingkatan 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ketagihan atau dalam keadaan ketagih yang membawa maksud perlakuan atau amalan yang

a)

suka dilakukan

b)

sukar untuk ditinggalkan

c)

sesekali ditinggalkan

d)

tidak suka dilakukan

2.

Jenis ketagihan yang melibatkan remaja;

a)

minum arak

b)

berjudi

c)

merokok

d)

internet

3.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan berjudi

a)

Permainan yang menggunakan wang atau harta sebagai taruhan

b)

Pihak yang kalah akan kehilangan hasil taruhan

c)

Tabiat berjudi digalakkan dalam agama

4.

Pilih pernyataan yang benar tentang arak

a)

Sejenis minuman beralkohol atau dikenali juga sebagai minuman keras

b)

Minuman yang boleh meningkatkan tahap kesihatan.

c)

Ajaran agama seperti Islam melarang penganutnya meminumnya atau terlibat dengan apa jua yang berkaitan dengannya seperti menjual atau menghidangkannya

5.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang rokok

a)

Mengandungi banyak bahan beracun

b)

Mengandungi bahan nikotin yang menyebabkan ketagihan

c)

Merupakan punca kematian kepada 90% pesakit kanser paru-paru

d)

Membebaskan asap yang tidak berbahaya semasa menghisapnya

6.

Berikut adalah pernyataan yang benar berhubung penggunaan internet yang membimbangkan oleh kebanyakan remaja

a)

Melayari internet terlalu lama

b)

Melayari laman yang merosakkan minda

c)

Melayari internet tanpa had

d)

Menggunakan internet untuk pembelajaran

7.

Antara penyataan berikut, yang manakah boleh menunjukkan yang seorang itu ketagihan internet?

a)

Berasa murung dan tertekan apabila tidak dapat melayari media sosial

b)

Selalu mengabaikan tugas dan tanggung jawab yang diberikan apabila melayari media sosial

c)

Kerap memilih untuk terus melayari media sosial daripada makan atau keluar bersama-sama keluarga

d)

Menghadkan masa tertentu untuk melayari media sosial

8.

Berikut adalah kesan ketagihan berjudi

a)

Kehabisan wang

b)

Rasa bahagia

c)

Menyebabkan berhutang

d)

Dipandang mulia

9.

Remaja boleh menangani masalah ketagihan internet dengan cara

a)

hadkan masa penggunaan internet

b)

bahagikan masa yang sewajarnya semasa melayari internet

c)

tetapkan matlamat dan tujuan anda melayari internet

d)

jadikan internet sebagai sumber pengetahuan

10.

Antara cara yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah ketagihan arak ialah

a)

berpegang teguh kepada ajaran agama

b)

melakukan aktiviti yang menenangkan diri

c)

mendapatkan sokongan sosial

d)

mengikut kehendak nafsu diri

11.

Peraturan yang baik dan telah ditetapkan serta harus dipatuhi dipanggil sebagai

a)

Kelancaran

b)

Budi Bicara

c)

Tatacara

d)

Perhubungan sosial

12.

Ini boleh terjadi bila kita melanggar peraturan sekolah kecuali ...

a)

Dibuang atau digantung sekolah

b)

dilibatkan dalam program dan ceramah yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah

c)

Dihukum seperti tinggal di kawasan terpinggir

d)

Dirotan atau didenda

e)

Diminta berjumpa dengan kaunselor untuk bimbingan kaunseling

13.

PeraturanSekolah adalah untuk membentuk ..... murid yang terpuji dan berdisilplin

a)

akhlak

b)

jiwa

c)

hidup

d)

perangai

14.

Peraturan dan undang-undang sekolah sangat penting bagi memastikan ........ di sekolah dapat dilaksanakan secara ......... dan mencapai matlamat yang dirancang.

a)

kejayaan , baik

b)

pendapatan , sistematik

c)

penjagaan murid, bersistematik

d)

pengurusan , teratur

15.

Jika Nathen tidak hadir ke sekolah, ibu bapanya perlu menyerahkan ..... kepada pihak sekolah.

a)

buku kerja

b)

surat rasmi

c)

kerja rumah

d)

alasan benar

16.

Murid yang berdisiplin akan mudah memberi .......terhadap pelajaran dan mencapai .... dalam pelbagai perkara yang diceburinya

a)

kepentingan , kemampuan

b)

anggaran , situasi terbaik

c)

tumpuan , kejayaan

d)

jiwanya , impian

17.

Membawa ..... ke sekolah boleh memberikan ...... dan perasaan ...... kepada rakan yang tidak mempunyai benda yang serupa.

a)

pakaian mahal , kebongkakan , sunyi

b)

peralatan , iri hati , tidak selesa

c)

telefon bimbit , tekanan , rendah diri

d)

barang kemas , kejutan , angkuh

18.

Antara yang berikut, yang manakah bukan peraturan sekolah?

a)

Penampilan yang kemas dan lengkap

b)

Berada di sekolah 10 minit lebih awal

c)

Ponteng sekolah jika lewat bangun pagi

d)

Meningkatkan imej dengan sentiasa menghormati warga sekolah

19.

Berikut merupakan akibat melanggar peraturan sekolah kecuali

a)

dihukum dan didenda

b)

digantung atau dibuang sekolah

c)

diminta berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk sesi kaunseling

d)

meningkatkan imej diri dan dikenali oleh semua warga sekolah

20.

Kepentingan mematuhi peraturan sekolah ialah

a)

ibu bapa gembira

b)

meningkatkan imej keluarga

c)

perpaduan antara kaum terjejas

d)

proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar