wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Teknologi Pertanian Tahun 6 SKTU

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan tanaman hidroponik?

a)

Tanaman khas untuk sayur-sayuran

b)

Tanaman yang tidak menggunakan air

c)

Tanaman yang menggunakan medium air tanpa tanah

d)

Tanaman yang menggunakan medium tanah tanpa air

2.

Rayyan ingin menggunakan bahan kitar semula untuk dijadikan peralatan penanaman hidroponik. Apakah yang boleh digunakan olehnya?

a)

Tayar buruk

b)

Balang kaca

c)

Tin aluminium

d)

Botol plastik air mineral

3.

Berikut adalah benar tentang hidroponik kecuali ____________

a)

Menggunakan air sebagai medium

b)

Hasil tanaman tidak berkualiti

c)

Boleh menanam sayuran berdaun, sayuran berbuah,tanaman hiasan berbunga serta ulam-ulaman dan herba

d)

Alatan yang digunakan mudah dipasang

4.

Mengapakah kita menggunakan bahan seperti span atau reja benang untuk menyemai biji benih?

a)

Boleh menyerap larutan nutrien dengan baik

b)

Kos yang murah

c)

Mudah diperolehi

d)

Senang dikendalikan

5.

Gambar di atas menunjukkan salah satu peralatan hidroponik iaitu__________________

a)

Takung

b)

Pasu plastik

c)

Raga tanaman

d)

Penutup takung

6.

Apakah fungsi lubang pada bahagian gabus tersebut?


a)

Tempat menuang air

b)

Sebagai tempat untuk mencampurkan larutan nutrien

c)

Tempat meletakkan raga tanaman

d)

Sebagai tempat untuk menyukat kandungan cecair Stok A dan Stok B

7.

Peralatan hidroponik terutamanya takung tidak boleh dibasuh menggunakan sabun.Mengapa?

a)

Mengelakkan pereputan alatan hidroponik

b)

Mengelakkan pokok yang ditanam layu dan mati

c)

Supaya larutan cecair stok tidak rosak

d)

Supaya larutan nutrien yang dibancuh tidak bertindakbalas dengan sisa sabun

8.

1. Apakah teknik hidroponik di atas?

a)

Teknik hidroponik takung

b)

Teknik hidroponik cetek

c)

Teknik hidroponik nutrien dalam

d)

Teknik hidroponik tinggi

9.

1. Apakah nama alatan di atas?

a)

Biji benih

b)

Reja benang

c)

Raga tanaman

d)

Dulang semaian

10.

Apakah kelemahan kaedah penanaman secara hidroponik?

a)

Menghasilkan sayur lebih banyak

b)

Memerlukan kos yang tinggi pada awal penanamannya

c)

Tidak berpenyakit

d)

Memerlukan tanah sebagai tapak penanaman

11.

Mengapakah kita perlu memastikan akar anak benih mencecah larutan nutrien ketika diletakkan pada takung tanaman?

a)

Anak benih akan berubah warna

b)

Anak benih akan hidup dan membesar dengan subur

c)

Anak benih akan menggugurkan daun selepas seminggu

d)

Anak benih akan mengeluarkan pucuk daun yang banyak

12.

Salah satu cara menuai hasil tanaman hidroponik ialah dengan memetik.Pilih jenis sayuran yang bukan dituai dengan cara memetik.

a)

Cili

b)

Timun

c)

Kangkung

d)

Terung

13.

Hasil tuaian perlu ditimbang. Mengapakah proses ini dilakukan?

a)

Untuk mengasingkan tanaman

b)

Untuk merekodkan hasil tanaman

c)

Untuk membungkus

d)

Untuk dijual dengan mudah

14.

Apakah proses di atas?

a)

Menggred

b)

Memilih dan mengasingkan

c)

Menyimpan

d)

Mengumpul