wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHAN KOMPOSIT

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bahan Komposit merupakan bahan yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang Bukan HOMOGEN iaitu,

a)

Bahan Bukan Organik dan Bahan Bukan Logam

b)

Bahan Bukan Organik dan Bahan Pengukuhan

c)

Bahan Matriks dan Bahan Pengukuhan

d)

Bahan Matriks dan Bahan Bukan Logam

2.

Antara yang berikut yang manakah BUKAN bahan komposit?

a)

Kaca Gentian

b)

Konkrit Diperkukuhkan

c)

Superkonduktor

d)

Kaca Borosilikat

3.

Gentian optik ialah bahan komposit.

Ia digunakan dalam

a)

Industri telekomunikasi

b)

Membuat peralatan sukan

c)

Industri pembinaan

d)

Membuat kanta

4.

Siling plastik ialah bahan komposit yang diperbuat daripada kalsium seskuihidrat diperkuatkan dengan

a)

Gentian karbon

b)

Dawai besi

c)

Serat kaca

d)

Polimer

5.

Matriks gentian kaca ialah

a)

Plastik

b)

Simen

c)

Seramik

d)

Wul kaca

6.

Raket badminton ialah bahan komposit yang diperbuat daripada plastik diperkuatkan dengan gentian karbon.

Gentian karbon digunakan pada dawai keluli untuk menguatkan raket kerana karbon

a)

Tahan kakisan

b)

Lebih ringan daripada keluli

c)

Lebih kuat daripada keluli

d)

Tidak mudah pecah berbanding keluli

7.

AgCl digabungkan dengan kaca atau polimer lut sinar.

Pernyataan berikut menerangkan mengenai?

a)

Superkonduktor

b)

Konkrit yang diperkukuhkan

c)

Kaca gentian

d)

Kaca fotokromik

8.

Manakah bahan komposit serta sifat-sifatnya adalah betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Komunikasi digital memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan moden. Penghantaran data, suara dan imej secara berkesan dalam format digital memerlukan bahan yang sesuai. Apakah bahan yang digunakan?

a)

Kaca fotokromik

b)

Gentian optik

c)

Kaca gentian

d)

Superkonduktor

10.

Bahan komposit yang digunakan untuk membuat badan kereta lumba F1 ialah

a)

Plastik diperkuatkan dengan dawai besi

b)

Plastik diperkuatkan dengan gentian kaca

c)

Plastik diperkuatkan dengan gentian karbon

d)

Plastik diperkuatkan dengan kaca dan gentian karbon

11.

Palang besi dalam konkrit bertualang menyumbangkan ………. kepada konkrit.

a)

Kekuatan

b)

Kemuluran

c)

Kekuatan tegangan

d)

Tahan kakisan

12.

Konkrit diperkukuhkan hasil daripada gabungan konkrit dan keluli telah digunakan untuk membina Jambatan Pulau Pinang.

Mengapakah konkrit tidak sesuai digunakan untuk membina jambatan tersebut?

a)

Konkrit mudah terkakis

b)

Kos Penghasilan konkrit adalah sangat tinggi

c)

Konkrit tidak mampu menahan beban yang sangat berat

d)

Konkrit sangat tahan mampatan tetapi tidak tahan tegangan

13.

Mengapakah sebuah kapal yang diperbuat daripada kaca gentian adalah lebih baik daripada keluli

a)

Lebih berat

b)

Lebih tahan dan fleksibel

c)

Kekuatan tegangan yang lebih rendah

d)

Lebih lembut dan lemah

14.

Antara bahan komposit yang berikut,manakah padan dengan sifatnya?

a)

Bahan Komposit (Konkrit yang diperkukuhkan) /

Sifat (Lembut dan lemah)

b)

Bahan Komposit (Superkonduktor) /

Sifat (Lutsinar dan tidak memantulkan sinar cahaya)

c)

Bahan Komposit (Kaca fotokromik) /

Sifat (Penebat elektrik)

d)

Bahan Komposit (Kaca gentian) /

Sifat (Ringan dan kuat)

15.

Antara yang berikut,manakah benar tentang bahan komposit ?

I) Bahan terbentuk daripada gabungan dua atau lebih bahan

II) Dibina untuk tujuan dan kegunaan khusus

III) Mempunyai sifat yang lebih baik daripada komponen asalnya

IV) Konkrit yang diperkukuhkan,superkonduktor dan kaca fotokromik ialah contoh bahan komposit

a)

I,II dan III sahaja

b)

I,II dan IV sahaja

c)

II,III dan IV sahaja

d)

I,II,III dan IV

16.

Rajah menunjukkan mesin imej resonans bermagnet (MRI) yang digunakan di hospital. MRI digunakan untuk menghasilkan gambar organ dalaman organisma hidup.


Antara kelebihan MRI :

(i)Tidak berbahaya kepada pesakit kerana tidak menggunakan radiasi

(ii)Kualiti imej yang lebih baik


Suatu bahan komposit dengan ciri yang istimewa merupakan komponen penting di dalam MRI.Apakah ciri istimewa bahan komposit tersebut?

a)

Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi

b)

Dapat menghantar data digital dalam kapasiti yang tinggi dengan kelajuan yang tinggi

c)

Mampu mengalirkan arus elektrik tanpa sebarang rintangan apabila disejukkan kepada suhu yang rendah

d)

Mempunyai kekuatan yang tinggi tetapi ketumpatan yang agak rendah yang memudahkannya untuk dibentuk mengikut keperluan

17.

Apakah bahan komposit yang tiada rintangan elektrik pada suhu yang sangat rendah

a)

Gentian optik

b)

Superkonduktor

c)

Seramik termaju

d)

Kaca fotokromik

18.

Gambar menunjukkan raket badminton yang digunakan oleh pemain negara yang mampu menghasilkan kelajuan pukulan badminton selaju 408km j-1


Antara bahan buatan industri yang berikut, yang manakah paling sesuai digunakan dalam raket badminton di atas?

a)

Aloi

b)

Seramik termaju

c)

Bahan komposit

d)

Kaca

19.

Antara yang berikut, padanan manakah yang SALAH?

a)

Konkrit diperkukuhkan = Konkrit + Tetulang Keluli

b)

Kaca Gentian = Plastik + Gentian Kaca

c)

Gentian Optik = Plastik + Gentian Kaca

d)

Kaca Fotokromik = Kaca + Gentian Kaca

20.

Antara yang berikut, bahan komposit manakah yang terbentuk hasil gabungan lebih dari 2 bahan?

a)

Konkrit diperkukuhkan

b)

Kaca Gentian

c)

Superkonduktor (YBCO)

d)

Kaca Fotokromik