WorksheetsUPSR 2021
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
“Cikgu, _______ tidak dapat menghadiri latihan hoki pada petang ini kerana akan menziarahi nenek di hospital,” kata Nuraini dan adiknya.
mereka
dia
kami
saya
Iqbal berasa sungguh _______ apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.
mulia
dapat
tenteram
megah
Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, “Izinkan ______ masuk mengadap ______ untuk menyampaikan khabar gembira.”
patik ………. baginda
hamba …… tuan hamba
hamba …….. baginda
patik …. …. tuan hamba
Struktur tiang bangunan itu diperkuat dengan _______ besi agar bangunan itu kukuh.
tetulang
kekuda
kekisi
lelangit
Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan ‘Dapur Kita’ menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut ______ yang betul.
tatatertib
tatarakyat
tatakerja
tatacara
Pilih simpulan Bahasa yang sesuai.
Strategi pertahanan tidak menjadi akhirnya ______ . Pihak lawan berjaya menjaringkan beberapa gol.
makan hati
makan lawan
makan diri
makan suap
Atlet sekolah kami merangkul tiga pingat emas dalam acara olahraga peringkat daerah.
Pilih perkataan sinonim bagi merangkul.
menggondol
menerima
mempunyai
menyerahkan
Pilih perkataan bergaris yang betul
I. Pengalaman mentah itu sering terbayang dalam fikirannya.
II. Alat-alat mentah digunakan untuk menghasilkan reka bentuk rumah tradisional.
I sahaja
II sahaja
I dan II
Semua salah
Pak Hassan melepaskan lembu-lembunya untuk meragut rumput di waktu pagi
Betul
Salah
Puan Sarimah meletakkan ______ setem pada surat yang hendak diposkan kepada anaknya.
helai
naskah
pucuk
keping
Bolehkan ________ ambilkan keris di dalam almari itu? Kata Hang Mahmud kepada Tun Kudin.
awak
kamu
hamba
tuan hamba
Emak memasukkan beberapa ............. cecair perisa vanila ke dalam adunan kek itu.
titis
genggam
tompok
cubit
Semua dokumen di pejabat sekolah itu sedang ............ oleh ketua kerani agar segala urusan pentadbiran berjalan lancar.
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Adik hanya dapat makan ............... daripada kek-kek cawan itu kerana sudah kekenyangan.
sebilangan
segala
seluruh
setiap
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Badrul itu berbentuk .......... dan mempunyai ekor yang berbisa.
tirus
leper
bujur
lonjong
Ibu masih menyimpan koleksi barangan .................... milik nenek sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
lalu
Puan Zaleha .............. apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.
putih mata
gelap mata
mata duitan
rambang mata
Kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa dapat mendidik murid supaya lebih berdisiplin.
Pilih perkataan sinonim bagi pengurusan.
penyeliaan
pentadbiran
pengawasan
pengendalian
Penglihatan Ridhwan menjadi silau apabila terkena pantulan cahaya matahari.
Pilih perkataan antonim bagi silau.
cerah
kabur
kelam
jelas
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i. Kenangan pahit itu sering mengganggu fikirannya.
ii. Adik menangis kerana tidak mahu makan ubat yang pahit itu.
iii. Buah mangga itu rasanya pahit kerana belum masak.
iv. Adik tidak lalu makan nasi goreng yang pahit itu.
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
Piilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Pasukan Hijau .......... setelah ditewaskan oleh Pasukan Kuning dalam pertandingan bola keranjang itu.
patah kaki
putih mata
bulat hati
putih tulang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pesawat itu akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum berlepas ke Sarawak.
Pengawal trafik udara akan memberikan sebaik-baik arahan kepada pesawat yang akan berlepas ke Sarawak.
Pengawal trafik udara akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu.
Sebaik-baik sahaja arahan diberikan oleh pengawal trafik udara, pesawat itu akan berlepas ke Sarawak.
Pilih ayat yang betul.
Puan Mastura membeli berbagai barangan di pasar tani kerana harganya berpatutan.
Sebahagian besar produk kilang itu adalah untuk pasaran luar negara.
Tiap pemandu yang menghadapi kesesakan lalu lintas diminta supaya bersabar.
Banyak ikan-ikan yang mati di sungai itu akibat keracunan.
Dalam ucapannya, guru besar ............. agar murid-murid tahun enam sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
mengajak
mendesak
mengajarkan
menyarankan
Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi ............... pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
riuh-rendah
simpang-siur
kelam-kabut
bengkang-bengkok
