NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA 3
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Ibu sedang _________ air menggunakan cerek yang baru dibelinya di pasar raya.
memasak
merebus
menjerang
menggoreng
Mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG _______ sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
dimansuhkan
dihentikan
dibubarkan
ditangguhkan
Pegawai yang baru bertugas di pejabat ayah itu ________ dengan senyuman.
banyak
murah
mewah
subur
“Sila lekatkan setem ________ sebelah kanan sampul surat awak,” kata posmen kepada budak itu.
di
atas
pada
ke
Budaya ________ semakin kurang diamalkan oleh masyarakat hari ini kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
kunjung-mengunjung
masak-memasak
kata-mengata
datang-mendatang
Nelayan tua itu tidur ________tikar mengkuang lusuh untuk menghilangkan penat selepas seharian di laut.
bertilamkan
bersandarkan
berbantalkan
beralaskan
Kejayaan cemerlang segelintir pelajar di luar negara membuktikan bahawa keupayaan dan _______ yang tinggi dalam kalangan mereka.
daya cipta
daya maju
daya saing
daya tarikan
Pilih ayat yang betul.
I Pemuda itu memberitahu bahawa kamera Canon itu kepunyaannya.
II Sejak kematian ayah, ibu asyik bermenung sahaja di jendela.
III Sikap suka membaca harus dipupuk sejak anak-anak kecil lagi.
IV Walaupun berjawatan tinggi, Ani tetap menjaga kedua orang tuanya yang uzur.
I & III
II & IV
I, II ,& III
II, III, & IV
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Ramai belia desa berhijrah ke bandar-bandar besar kerana terdapat peluang pekerjaan yang banyak di sana. Hal ini tidak menghairankan kerana...
di mana ada kemahuan di situ, ada jalan
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
di mana ada gula, di situ ada semut
baik berjagung-jagung sementara padi masak
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit akan menyebabkan mereka menghadapi masalah jika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan. Keadaan tersebut seperti...
mendukung biawak hidup
melepaskan anjing tersepit
menghitung bulu kambing
melepaskan batok di tangga
