wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI KSSM TINGKATAN 1

Total questions: 85

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.

Empat arah mata angin utama mengikut arah jam ialah

a)

Utara, Timur, Tenggara, Barat laut

b)

Utara, Timur, Selatan, Barat daya

c)

Utara, Timur, Selatan, Barat

d)

Utara, Selatan, Barat daya, Barat

2.

Empat mata angin perantaraan mengikut arah pusingan jam ialah

a)

Timur laut, Tenggara, Barat, Utara

b)

Tenggara, Selatan, Barat daya, Barat laut

c)

Timur laut, Tenggara, Barat daya, Selatan

d)

Timur laut, Tenggara, Barat daya, Barat laut

3.

Kompas magnetik terdiri dari 3 bahagian iaitu

a)

Jarum kompas, Pelindung dan Pemuka

b)

Perumah, Jarum kompas dan Pendinding

c)

Perumah, Pemuka dan Penjarum

d)

Perumah, Pemuka dan Jarum Kompas

4.

Apakah nama alatan dalam gambar?

a)

Jangka lukis

b)

Jangka tolok

c)

Jangka sudut

d)

Jangka pendek

5.

Apakah nama mata angin 'h'?

a)

Selatan

b)

Tenggara

c)

Timur laut

d)

Barat laut

6.

Kedudukan ialah _________________________

a)

tempat di mana individu membeli barangan keperluan harian

b)

tempat manusia berkumpul

c)

tempat yang perlu diukur

d)

tempat letaknya sesuatu objek dalam sesebuah kawasan

7.

Kedudukan terbahagi kepada dua iaitu kedudukan relatif dan kedudukan ____________________________.

a)

primatif

b)

berdasarkan latitud dan longitud

c)

titik rujukan

d)

arah

8.

Apakah kedudukan relatif?

a)

Kedudukan yang dinyatakan menggunakan nombor dan angka

b)

Kedudukan tidak berubah

c)

Kedudukan yang dinyatakan berdasarkan satu titik rujukan

d)

Kedudukan duduk di rumah

9.

Kedudukan relatif dinyatakan sama ada sesuatu objek terletak di hadapan, belakang, kiri dan ___________________

a)

kanan

b)

tepi

c)

selisih

d)

berselerak

10.

Kedudukan relatif dinyatakan sama ada sesuatu objek terletak di hadapan, belakang, kiri dan ___________________

a)

kanan

b)

tepi

c)

selisih

d)

berselerak

11.

Berdasarkan rajah, Suhaida duduk di hadapan _________________

a)

Su

b)

Liza

c)

Zuha

d)

Kuna

12.

Apakah peta lakar?

a)

Peta yang menunjukkan ciri-ciri pandang darat fizikal sahaja

b)

Peta yang dilakar menggunakan ciri budaya sahaja

c)

Peta yang dilakar berdasarkan pemerhatian sahaja dan tidak menggunakan simbol

d)

Gambaran permukaan bumi yang dilukis dari pandangan atas bagi menggambarkan ciri pandang darat fizikal dan ciri pandang darat budaya di sesuatu kawasan

13.

Apakah yang perlu ada dalam sesebuah peta yang lengkap?

a)

Arah mata angin

b)

Warna

c)

Singkatan

d)

Petunjuk

14.

Apakah maklumat yang perlu ada pada peta lakar yang lengkap selain tajuk, arah mata angin, dan petunjuk?

a)

Pemidang

b)

Ruang kosong

c)

Titik

d)

Simbol

15.

Apakah maksud simbol?

a)

Gambar yang digunakan dalam peta lakar

b)

Lakaran yang menunjukkan kedudukan

c)

Tanda yang menunjukkan sesuatu

d)

Lambang yang mewakili ciri-ciri dalam peta lakar

16.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang simbol-simbol yang biasa digunakan dalam peta lakar?

a)

Simbol titik, simbol bulat, simbol garisan, dan simbol kawasan

b)

singkatan perkataan, simbol kawasan, simbol titik, dan simbol gambar

c)

Simbol kawasan, simbol titik, simbol garisan, dan singkatan perkataan

d)

simbol garisan, simbol tulisan, simbol gambar, dan simbol titik

17.

Apakah simbol dalam rajah tersebut ?

a)

Hutan

b)

Pokok bakau

c)

Sawah padi

d)

Kelapa sawit

18.

Antara berikut, kampung manakah yang melakukan aktiviti penanaman kelapa sawit?

a)

Kampung Batu

b)

Kampung Flora

c)

Kampung Suria

d)

Kampung Maju

19.

Apakah maksud simbol berikut?

a)

sawah padi

b)

tali air

c)

sungai

20.

Malaysia terletak di bahagian

a)

Asia Barat

b)

Asia Tenggara

c)

Asia Timur

21.

Malaysia terdiri daripada ____ dan ____ buah wilayah persekutuan

a)

13 buah negeri dan 3

b)

14 buah negeri dan 3

22.

Wilayah Persekutuan terbahagi kepada

a)

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyber Jaya

b)

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

23.

Antara berikut, negeri manakah yang terletak di Pulau Borneo?

a)

Perlis

b)

Sabah

c)

Johor

d)

Sarawak

e)

Pahang

24.

Pusat pentadbiran negara Malaysia terletak di

(a)  

25.

Apakah negeri bagi peta yang bertanda?

a)

Pahang

b)

Kelantan

26.

Negeri Sarawak juga dikenali sebagai

a)

Bumi kenyalang

b)

Neri di bawah bayu

c)

Bumi bertuah

d)

Burung Kenyalang

27.

Apakah nama negeri yang terletak di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara Thailand?

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Johor

28.

Di lapisan manakah yang mengandungi mineral bijih besi ?

a)

Atmosfera

b)

Termosfera

c)

Litosfera

d)

Biosfera

29.

Lapisan atmosfera yang manakah dapat di kaitkan dengan Kapal Terbang Supersonik?

a)

Eksosfera

b)

Termosfera

c)

Stratosfera

d)

Troposfera

30.

Apakah kesan berlakunya gempa bumi

a)

Peningkatan aras air laut

b)

Penghakisan cat-cat bangunan

c)

Kemusnahan harta benda dan meragut nyawa

d)

Kesuburan hasil tanaman

31.

Biosfera merujuk kepada

a)

lapisan udara di permukaan bumi

b)

kawasan air di permukaan bumi

c)

semua benda hidup di permukaan bumi

d)

batuan dan mineral di permukaan bumi

32.

Namakan Struktur bumi yang bertanda A di atas

a)

Kerak bumi

b)

Mantel

c)

Teras Luar

d)

Teras Dalam

33.

Benua yang terbesar ialah

a)

Amerika Selatan

b)

Amerika Utara

c)

Asia

d)

Eropah

34.

Antara berikut 4 bentuk muka bumi manakah yang terdapat di Malaysia

a)

Gunung berapi

b)

Tanah tinggi

c)

Tanah pamah

d)

Pinggir laut

e)

Saliran

35.

Kawasan yang mempunyai ketinggian lebih dari 180 meter dari aras laut. Pernyataan di atas merujuk kepada bentu muka bumi ______________.

a)

Tanah pamah

b)

Tanah tinggi

c)

Saliran

d)

Pinggir laut

36.

Kawasan yang mempunyai ketinggian kurang dari 180 meter dari aras laut. Pernyataan di atas merujuk kepada bentu muka bumi ______________.

a)

Tanah pamah

b)

Tanah tinggi

c)

Saliran

d)

Pinggir laut

37.

Antara berikut yang manakah contoh bentuk muka bumi pinggir laut di Malaysia

a)

Teluk

b)

Tajung

c)

Tebing Tinggi

d)

Tasik Volkanik

38.

Rajah menunjukkan bentuk muka bumi __________________________

a)

Tanjung

b)

Teluk

c)

Beting pasir

d)

Batu tunggul

39.

Pernyataan berkaitan pandang darat fizikal dalam rajah di bawah ialah

a)

Delta di hilir sungai

b)

Lubang periuk akibat hakisan

c)

Tetambak di tengah sungai

d)

Sebuah Tasik Ladam

40.

Lurah bentuk v terletak di peringkat sungai ________________

a)

peringkat hulu

b)

peringkat tengah

c)

peringkat hilir

41.

Antara berikut, bentuk muka bumi yang manakah terbentuk di peringkat hilir sungai

a)
b)
c)
d)
42.

Antara berikut, sungai manakah berfungsi sebagai sempadan antara negeri Perak dan Selangor

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Golok

c)

Sungai Bernam

d)

Sungai Endau

43.

Terdapat dua jenis tasik di Malaysia iaitu

a)

tasik semula jadi

b)

tasik buatan manusia

c)

tasik volkanik

44.

Apakah pandang darat fizikal bagi gambar ini?

a)

Likuan sungai

b)

Tasik ladam

c)

Air terjun

d)

Susuh bukit berpanca

45.

Pilih penyataan yang betul berdasarkan ciri yang diberikan.

Lebih daripada 200 orang bagi sekilometer persegi

a)

Penduduk padat

b)

Penduduk sederhana

c)

Penduduk jarang

46.

Pilih penyataan yang betul berdasarkan ciri yang diberikan.

50 hingga 200 orang bagi sekilometer persegi

a)

Penduduk padat

b)

Penduduk sederhana

c)

Penduduk jarang

47.

Pilih penyataan yang betul berdasarkan ciri yang diberikan.

Kurang daripada 50 orang bagi sekilometer persegi

a)

Penduduk padat

b)

Penduduk sederhana

c)

Penduduk jarang

48.

Antara bandar berpenduduk padat ialah

a)

Kapit, Sarawak

b)

Shah Alam , Selangor

c)

Dungun, Terengganu

49.

Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu berpenduduk

a)

Padat

b)

Sederhana

c)

Jarang

50.

Tumpat dan Dungun mempunyai penduduk

a)

Padat

b)

Sederhana

c)

Jarang

51.

Kepadatan penduduk jarang ialah

a)

lebih 200 orang setiap 1 km persegi

b)

50-200 orang setiap 1 km persegi

c)

kurang 50 orang setiap 1 km persegi

52.

Kenapakah kawasan tanah tinggi kurang penduduk ?

a)

sesuai untuk membina empangan

b)

sesuai untuk kegiatan pertanian

c)

darjah ketersampaian yang rendah

53.

Semporna dan Tumpat menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan

a)

pertanian

b)

perniagaan

c)

perikanan

54.

Perbezaan petempatan luar bandar dan bandar adalah dari segi?

a)

Bilangan penduduk

b)

Pola petempatan

c)

Iklim dan suhu

d)

Tumbuh-tumbuhan semula jadi

55.

Terdapat 4 pola petempatan iaitu

a)

Petempatan bandar

b)

Petempatan berpusat

c)

Petempatan Berjajar

d)

Petempatan Berkelompok

e)

Petempatan Berselerak

56.

Antara berikut yang manakah menunjukkan pola petempatan berkelompok

a)
b)
c)
d)
57.

Antara berikut yang manakah menunjukkan pola petempatan berselerak

a)
b)
c)
d)
58.

Antara berikut yang manakah menunjukkan pola petempatan berjajar

a)
b)
c)
d)
59.

Ibu negara Myanmar

a)

Bangkok

b)

Phnom Penh

c)

Hanoi

d)

Naypyidaw

60.

Sungai yang terpanjang di Asia tenggara

a)

Sungai Irrawady

b)

Sungai Mekong

61.

Bandar raya ini dikenali sebagai 'Venice timur'

a)

Hanoi

b)

Bangkok

62.

Tasik yang merupakan tasik vulkanik

a)

Danau Toba

b)

Tonle Sap

63.

Sungai ini penting untuk mengangkut barangan pukal

a)

Sungai Irrawady

b)

Sungai Mekong

c)

Sungai Menam Chao Phraya

64.

Kawasan yang berpenduduk padat di Asia Tenggara ialah ...

a)

Pinggir laut

b)

Pusat bandar

c)

Tanah tinggi

d)

Muara sungai

65.

Kawasan manakah yang mempunyai taburan penduduk padat di Asia Tenggara?

a)

Pulau Jawa

b)

Pantai Arakan Yoma

c)

Pinggir Sungai Mekong

d)

Banjaran Annam

66.

Antara yang berikut, kawasan manakah yang berpenduduk sederhana di Asia Tenggara?

a)

Hanoi

b)

Banjaran Bilaktaung

c)

Pantai Barat Sumatera

d)

Kuala Lumpur

67.

Apakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Singapura?

a)

Tanah subur

b)

Peluang pekerjaan

c)

Terlindung daripada bencana alam

d)

Kaya dengan petroleum

68.

Antara berikut, bandar manakah merupakan ibu negara Filipina?

a)

Manila

b)

Luzon

c)

Pulau Cebu

d)

Mindanao

69.

Apakah persamaan fungsi antara bandar-bandar utama di Asia Tenggara?

a)

Pusat kewangan antarabangsa

b)

Pusat industri desa

c)

Ibu negara

d)

Pusat pengumpulan hasil pertanian

70.

Apakah yang dimaksdukan dengan sumber air bawah tanah?

a)

Air yang didapati di permukaan daratan

b)

Air yang jatuh ke daratan tetapi tidak menyerap ke dalam tanah

c)

Air permukaan daratan menyerap ke dalam tanah

d)

Air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi

71.

Manakah sumber air utama bagi penduduk Malaysia?

a)

Tasik

b)

Laut

c)

Sungai

d)

Telaga

72.

Antara berikut, manakah sumber air di Semenanjung Malaysia?

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Kinabatangan

c)

Sungai Muda

d)

Sungai Pinang

73.

Apakah kesan kegiatan manusia dalam rajah tersebut boleh memberi KESAN TERHADAP KRISIS AIR?

a)

Pulau Haba

b)

Hakisan Tanah

c)

Penggunaan air banyak

d)

Kekurangan tadahan air

74.

Antara yang berikut, yang manakah adalah jenis sumber air?

I- air paip

II- telaga tiub

III- air permukaan

IV- air bawah tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

75.

Berdasarkan gambar tersebut, apakah punca yang menyebabkan fenomena berikut berlaku?

a)

Akar tumbuhan bertambah panjang

b)

Hujan tidak turun untuk jangka masa yang lama

c)

Perubahan suhu secara mendadak

d)

Tanaman bergilir tidakdijalankan oleh petani

76.

Apakah jenis penyakit yang dapat dikaitkan dengan pencemaran air?

a)

Taun

b)

Demam panas

c)

Kanser

d)

Sakit kulit

77.

Anatara berikut yang manakah langkah-langkah mengurangkan kesan krisis air?

a)

Catuan air

b)

Menggunakan penapis asap

c)

Menyalurkan sisa ke dalam sungai

d)

Meneroka air bawah tanah

78.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sisa Domestik

a)

Sisa yang terhasil dari kawasan perindustrian

b)

Sisa yang terhasil dari kawasan perumahan

c)

Sisa yang terhasil dari kawasan perdagangang

d)

Sisa yang terhasil dari kawasan pertanian

79.

Sisa domestik boleh di kategorikan kepada dua iaitu....

a)

Bahan kotor dan bahan bukan kotor

b)

Bahan organik dan bahan bukan organik

80.

Yang manakah antara berikut bukan sisa domestik - bahan organik

a)

Sisa makanan

b)

Besi buruk

c)

Sisa Kebun

d)

Kertas

81.

Bahan organik ialah...

a)

Bahan yang boleh di urai dan dilupuskan

b)

Bahan yang sukar di urai dan dilupuskan

82.

Yang berikut merupakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik

a)

Amalan 3R

b)

Loji Waste To Energy

c)

Kempen

d)

Pendidikan

83.

Apakah yang dimaksudkan dengan 3R?

a)

Reduce, Rethink, Reuse

b)

Repair, Reduce, Reuse

c)

Reduce, Reuse, Recycle

d)

Recycle, Reduce, Repair

84.

Yang manakah padanan warna tong sampah kitar semula yang betul

a)

Biru - kaca

b)

Biru - kertas

c)

Biru - Plastik

85.

Yang berikut yang manakah bukan merupakan kesan-kesan pembuangan sisa domestik di Malaysia.

a)

Penularan wabak penyakit

b)

Pengurangan kos penyelenggaraan

c)

Pencemaran udara

d)

Banjir kilat