Font size
WorksheetsEkonomi: Tingkatan 4 (Ujian Akhir Tahun)
Total questions: 40
Worksheet time: 38mins
Bidang ilmu ekonomi mengkaji tentang
tindakan manusia untuk memenuhi pelbagai keperluan yang tidak terhad
usaha manusia meningkatkan taraf hidup dengan barangan yang sedia ada
cara individu meningkatkan tahap kepuasan dengan sumber yang tidak terhad
usaha individu mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memenuhi kehendak
Pilih pernyataan yang menjelaskan konsep kehendak manusia dalam ekonomi.
Adalah sama bagi setiap individu
Senang dipenuhi dengan sepenuhnya
Kehendak manusia adalah tidak terhad
Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan
Pilih pernyataan yang tepat menerangkan sumber ekonomi, iaitu tanah
I Tidak mempunyai mobiliti geografi
II Mempunyai penawaran yang terhad
III Menyumbang tenaga fizikal dan mental
IV Untuk meningkatkan daya dan kecekapan pengeluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah ekonomi.
Apakah yang akan terjadi jika kombinasi pengeluaran berlaku di titik T?
Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai
Faktor pengeluaran digunakna secara optimum
Berlaku pembaziran faktor pengeluaran dalam ekonomi
Tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh
Apakah tujuan seseorang individu membuat pilihan dengan cekap dalam perbelanjaannya?
Mengelakkan daripada berhutang
Berjimat cermat dalam berbelanja
Memperoleh kepuasan yang maksimum
Menggunakan pendapatan secara berhemah
Maklumat ini berkaitan dengan pengeluaran Syarikat AA.
"Syarikat AA merancang untuk mengeluarkan minyak wangi 'Blu' untuk sasaran penggina wanita di sektor korporat. Dengan itu, syarikat telah memperuntukkan modal sebanyak RM2 juta untuk menjayakan projek tersebut."
Apakah masalah asas ekonomi yang perlu diselesaikan oleh Syarikat AA?
(Lebih dari 1 jawapan)
Untuk siapa dikeluarkan
Apa yang hendak dikeluarkan
Bagaimana hendak dikeluarkan
Berapa yang hendak dikeluarkan
Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri suatu sistem ekonomi.
- Kerajaan mengawal pemilikan faktor pengeluaran melalui undang-undang dan peraturan.
- Pengeluaran barang bermotifkan keuntungan yang maksimum.
Pilih sistem ekonomi yang digambarkan oleh ciri-ciri di atas.
Ekonomi Islam
Sistem ekonomi campuran
Sistem ekonomi pasaran bebas
Sistem ekonomi perancangan pusat
Pernyataan ini menunjukkan ciri ekonomi sebuah negara.
- Segala kegiatan dan keputusan ekonomi adalah berdasarkan AL-Quran dan Hadis
Pilih ciri lain yang menggambarkan ekonomi negara tersebut.
Kepentingan masyarakat adalah lebih diutamakan
Individu bebas memilih semua barang yangn ingin dibeli
Harga barang ditentukan melalui badan perancangan pusat
Pengeluaran barang bermatlamatkan keuntungan yang maksimum
Masalah "Apa yang hendak dikeluarkan" dalam sistem ekonomi pasaran bebas diselesaikan melalui
kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran
corak agihan pendapatan semua lapisan masyarakat
mekanisme pasaran yang berlandaskan hukum Islam
teknik pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan
Rajah menunjukkan keluk permintaan individu terhadap telefon pintar jenama 'Supreemo'.
Pilih faktor yang menyebabkan perubahan kuantiti dari Q0 ke Q1 dan Q0 ke Q2.
Dari Q0 ke Q1: Harga barang pengganti jatuh
Dari Q0 ke Q2: Harga barang itu jatuh
Dari Q0 ke Q1: Harga barang penggenap naik
Dari Q0 ke Q2: Harga barang dijangka jatuh padan masa akan datang
Dari Q0 ke Q1: Perubahan cita rasa pengguna
Dari Q0 ke Q2: Harga barang pengganti naik
Dari Q0 ke Q1: Harga barang itu jatuh
Dari Q0 ke Q2: Penurunan cukai pendapatan individu
Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat?
(Lebih dari 1 jawapan)
Pilihan pengguna yang terhad
Kurang inovasi dan teknologi
Agihan pendapatan yang tidak setara
Kecekapan dalam penggunaan sumber
Pernyataan ini berkaitan dengan penentu permintaan.
"Kenaikan harga barang X telah menyebabkan kuantiti permintaan terhadap barang Y berkurang sebanyak 10 peratus."
Pilih padanan barang X dan Y yang betul.
Barang X: Kopi
Barang Y: Teh
Barang X: Sayur sawi
Barang Y: Daging ayam
Barang X: Pakaian
Barang Y: Kasut
Barang X: Minyak petrol
Barang Y: Kereta
Pernyataan berikut berkaitan dengan permintaan terhadap pakaian kemeja lelaki.
"Harga baju kemeja lelaki dijangka menurun sebanyak 30 peratus sempena ulang tahun syarikat pengeluar yang ke-10."
Pilih keluk permintaan yang menggambarkan situasi tersebut.
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kanan?
Kejatuhan pendapatan individu
Kenaikan harga barang pengganti
Harga faktor pengeluaran telah menurun
Harga barang dijangka menurun pada masa depan
Apakah kesan terhadap penawaran barang apabila kerajaan mengenakan levi ke atas pekerja asing di Malaysia?
(Lebih dari 1 jawapan)
Harga barang akan menurun
Harga barang akan meningkat
Penawaran barang akan berkurang
Berlaku kurangan permintaan dalam pasaran
Rajah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran sesuatu barang.
Apakah yang akan berlaku dalam pasaran apabila harga dicapai pada tingkat RM18 seunit?
Berlaku lebihan permintaan
Harga barang akan menurun
Harga barang akan meningkat
Keseimbangan pasaran tercapai
Rajah menunjukkan peralihan keluk permintaan.
Apakah yang akan terjadi jika berlaku peralihan keluk permintaan yang sedemikian?
Harga keseimbangan akan menurun
Harga keseimbangan akan meningkat
Kuantiti keseimbangan akan meningkat
Wujud kurangan penawaran dalam pasaran
Pilih pernyataan yang benar mengenai penentu keanjalan harga permintaan?
Barang yang mempunyai banyak pengganti adalah anjal
Barang yang tahan lama biasanya tak anjal permintaannya
Barang yang mempunyai banyak kegunaan adalah tak anjal
Barang mewah mempunyai keanjalan harga permintaan yang tak anjal
Rajah menunjukkan keluk permintaan suatu barang.
Pilih pernyataan yang tepat menerangkan keadaan pasaran tersebut.
Barang tersebut merupakan barang mewah
Keanjalan harga permintaan barang adalah anjal
Keanjalan harga permintaan barang adalah tak anjal
Nilai keanjalan harga permintaan barang melebihi satu
Pernyataan berikut berkaitan dengan fungsi wang dalam ekonomi.
"Zaleha dalam dilema sama ada mahu membeli sehelai skirt yang berharga RM20 atau sehelai gaun yang berharga RM38."
Pilih fungsi wang yang berkaitan dengan situasi di atas.
Alat ukuran nilai
Alat simpanan nilai
Alat bayaran tertunda
Alat perantaraan pertukaran
Rajah menunjukkan keluk permintaan sesuatu barang.
Pilih pernyataan yang tepat menjelaskan keanjalan harga permintaan barang tersebut.
Jumlah hasil meningkat apabila harga barang menurun
Jumlah hasil pengeluar telah meningkat sebanyak RM80
Barang tersebut mempunyai keanjalan harga permintaan yang tak anjal
Peratus penurunan harga kurang daripada peratus pertambahan kuantiti diminta
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan?
(Lebih dari 1 jawapan)
Mengawal kadar faedah
Mengawal rizab berkanun
Mentadbir akaun kerajaan
Memberikan pendahuluan sementara
Pilih ciri kemudahan akaun deposit semasa bank perdagangan.
Kadar faedah yang lebih tinggi
Boleh memohon kemudahan overdraf
Mempunyai tempoh matang simpanan
Pemegang akaun diberikan sijil simpanan
Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu fungsi bank perdagangan.
Arahan pemegang akaun semasa kepada pihak bank untuk membuat bayaran yang tidak tetap jumlahnya pada tarikh tertentu.
Kemudahan pembayaran di atas merupakan
draf bank
kad kredit
debit langsung
perintah sedia ada
Apakah kelebihan perbankan internet kepada pelanggan pada masa kini?
Dikenakan caj tambahan pembelian
Harga jualan yang sangat tinggi
Melakukan transaksi pada bila-bila masa
Masalah penyelewengan semasa pembayaran
Pernyataan berikut berkaitan dengan prinsip skim perbankan Islam.
Puan Anis membeli rumah melalui konsep pindah hak milik harta yang disewa dengan Bank Islam Malaysia Berhad.
Apakah prinsip skim perbankan Islam tersebut?
Takjiri
Wadiah
Mudharabah
Bai Bithaman Ajil
Gambar menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran dalam ekonomi.
Apakah sektor ekonomi bagi aktiviti pengeluaran tersebut?
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
Sektor perkilangan
Berikut merupakan suatu iklan jawatan kosong.
Pilih faktor yang akan dipertimbangkan oleh Encik Muzammil yang baru tamat pengajian dalam bidang perbankan dan tinggal di Rawang, Selangor.
Upah wang
Kelayakan akademik
Suasana tempat kerja
Lokasi tempat kerja
Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan individu.
Encik Wan Aliff seorang pengurus di sebuah syarikat kilang papan lapis. Beliau mempunyai simpanan amanah saham sebanyak RM15 000 di Maybank. Setiap bulan, beliau akan membuat bayaran ansuran rumah dan yuran tuisyen pendidikan anak sebanyak RM680 dan RM380 masing-masing.
Pilih jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Aliff.
(Lebih dari 1 jawapan)
Dividen
Upah wang
Yuran tuisyen
Bayaran ansuran rumah
Logo ini berkaitan dengan sebuah institusi kewangan di Malaysia. Apakah peranan institusi kewangan tersebut?
Menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya
Memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja
Mengagihkan wang bantuan kepada golongan kurang berkemampuan
Memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang berkelayakan
Antara berikut, yang manakah adalah kepentingan belanjawan peribadi?
Mendahulukan barang kehendak
Mengelakkan individu berhutang
Menampung kekurangan wang semasa
Membolehkan pembelian secara kredit
Pernyataan manakah yang betul tentang konsep jangka masa pendek dalam pengeluaran?
Kos berubah tidak wujud apabila output sifar
Contoh kos berubah ialah bayaran sewa kilang
Input tetap boleh diubah menjadi input berubah
Jumlah keluaran berubah secara langsung dengan input tetap
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran Firma X yang mengeluarakan kasut jenama LASAK.
Jumlah keluaran - 50 unit
Kos purata - RM120.00
Kos tetap - RM2 000.00
Berapakah kos berubah purata?
RM42.20
RM80.00
RM120.00
RM160.00
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.
Output: 600 unit
Harga jualan seunit: RM12.00
Kos purata: RM7:00
Berapakah untung firma tersebut?
RM3 000.00
RM4 200.00
RM7 200.00
RM11 200.00
Pilih faktor yang akan meningkatkan tahap produktiviti sesebuah organisasi.
Prosedur kerja yang rumit
Persekitaran kerja yang kondusif
Penggunaan teknologi yang mundur
Kepimpinan pengurusan yang autokratik
Antara kos sosial pembinaan sebuah kilang petrokimia ialah
pencemaran alam sekitar
penyediaan kemudahan asas
peningkatan peluang pekerjaan
kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pendapatan individu.
Pendapatan individu = Upah + X + Faedah + Dividen + Untung + Bayaran Pindahan
Situasi manakah yang menerangkan X?
Rahim menerima Baucar Buku bernilai RM250
Yao menerima RM5 000 atas penggunaan rumah kedai miliknya
Syakilla memperoleh RM450 sebulan daripada perniagaan keropok udang
Dyna menerima RM4 000 setahun daripada simpanan Akaun AManah Saham Bumiputera
Pernyataan yang manakah betul tentang jumlah kos?
Berkadar langsung dengan kos tetap
Tidak bertambah apabila kos berubah bertambah
Sama dengan kos tetap pada tingkat output sifar
Merupakan perbelanjaan ke atas penggunaan input tetap
Jadual ini berkaitan dengan kos pengeluaran bagi suatu barang.
Pada tingkat keluaran berapakah kos berubah purata adalah minimum?
1 unit
2 unit
3 unit
4 unit
Jadual menunjukkan kos pengeluaran bagi sebuah firma.
Berapakah kos marginal apabila jumlah keluaran meningkat daripada 80 unit kepada 85 unit?
RM12.00
RM21.00
RM13.50
RM11.00
