wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GLOSARI MUZIK TAHUN 4

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah dimaksudkan dengan "aktiviti muzik" ?

a)

Aktiviti nyanyian.

b)

Aktiviti nyanyian dan permainan alat muzik

c)

Aktiviti nyanyian dan gerakan.

d)

Aktiviti nyanyian, permainan alat muzik dan gerakan.

2.

Apakah BALUK?

a)

Empat garisan selari yang digunakan dalam penulisan notasi muzik

b)

Lima garisan selari yang digunakan dalam penulisan notasi muzik

c)

Empat garisan sejajar yang digunakan dalam penulisan notasi muzik

d)

Lima garisan sejalur yang digunakan dalam penulisan notasi muzik

3.

Bentuk lagu merujuk kepada ___.

a)

Bahagian-bahagian dalam sesuatu lagu.

b)

Bahagian-bahagian dalam sesuatu irama.

c)

Bahagian-bahagian dalam sesuatu muzik.

d)

Bahagian-bahagian dalam sesuatu melodi.

4.

"Embouchure" ialah _______ .

a)

Teknik bibir atau gigi semasa memainkan alat muzik tiupan.

b)

Teknik bibir atau gusi semasa memainkan alat muzik tiupan.

c)

Teknik bibir atau mulut semasa memainkan alat muzik tiupan.

d)

Teknik bibir atau pipi semasa memainkan alat muzik tiupan.

5.

Perkataan "ensembel" dalam glosari muzik bermaksud _____.

a)

Kumpulan

b)

Pukulan

c)

Ketukan

d)

Nyanyian

6.

Irama ialah ______ .

a)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah.

b)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi dan nyanyian.

c)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi alatan perkusi.

d)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.

7.

"Legato" ______ .

a)

Dimainkan atau dinyanyikan secara lancar/licin.

b)

Dimainkan atau dinyanyikan secara berperingkat.

c)

Dimainkan atau dinyanyikan secara solo.

d)

Dimainkan atau dinyanyikan secara berkumpulan.

8.

Melodi merujuk kepada ______ .

a)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan pendek.

b)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah.

c)

Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah dengan bunyi panjang dan pendek.

d)

Pergerakan yang terhasil daripada gabungan bunyi tinggi dan rendah dengan bunyi panjang dan pendek.

9.

Yang manakah merupakan contoh alat perkusi?

a)

kastanet dan tamborin.

b)

kompang dan guitar

c)

kerincing dan piano

d)

tamborin dan rekoder

10.

" Bunyi tinggi, rendah dan sederhana "

Pernyataan di atas merujuk kepada ___ .

a)

Pic

b)

Skor

c)

Tempo

d)

Rentak

11.

"Staccato " _____ .

a)

Dimainkan atau dinyanyikan secara lancar/ licin.

b)

Dimainkan atau dinyanyikan secara tersekat-sekat/terputus-putus.

c)

Dimainkan atau dinyanyikan secara berperingkat/berpusu-pusu.

d)

Dimainkan atau dinyanyikan secara heretan pangjang/ lama.

12.

Apakah TEMPO ?

a)

Kelajuan sesuatu karya muzik, samada tempo cepat atau lambat.

b)

Kelajuan sesuatu karya muzik, samada tempo tinggi atau rendah.

c)

Kelajuan sesuatu karya muzik, samada tempo besar atau kecil.

d)

Kelajuan sesuatu karya muzik, samada tempo kuat atau lembut.

13.

Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa bernyanyi atau bermain alat muzik ialah ______ .

a)

Detik

b)

Petik

c)

Postur

d)

Poster

14.

Berikut ialah Modul kurikulum Seni Muzik, kecuali ____ .

a)

Modul Bahasa Muzik

b)

Modul Kemahiran Seni Visual

c)

Modul Kreativiti dan Inovasi Seni

d)

Modul Apresiasi Seni

15.

Apakah dimaksudkan dengan Warna Ton?

a)

Kualiti Bunyi Suara

b)

Kualiti bunyi alat muzik

c)

Kualiti bunyi lagu yang berbeza-beza

d)

Kualiti bunyi suara atau alat muzik yang berbeza-beza.