wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S1 Q7

Total questions: 50

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah tujuan mengadakan doktrin pengasingan kuasa?

a)

Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang

b)

Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana cabang kerajaan

c)

Menghadkan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan kehakiman

d)

Mengagihkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri

2.

Antara berikut yang manakah tindakan disifatkan sebagai melanggar hak asasi individu?

a)

Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah

b)

Seseorang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam pembunuhan

c)

Penduduk Sabah dan Sarawak dihalang bermastautin di semenanjung Malaysia

d)

Seseorang yang ditangkap dan ditahan reman selama 7 hari tanpa dihadapkan ke hadapan Majistret

3.

Antara berikut, yang manakah benar tentang Majlis Raja-Raja?

a)

Mesyuarat diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Rabu

b)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara bergilir

c)

Setiausaha Majlis Raja-Raja memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja

d)

Majlis Raja-Raja boleh menimbangkan soal-soal tentang dasar negara dan perkara lain yang difikirkan patut

4.

Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja atau Sultan?

a)

Melantik Ketua Kerajaan Negeri

b)

Melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

c)

Mengurniakan bintang kebesaran, pangkat, kemuliaan kepada mereka yang berjasa

d)

Memberi pengampunan kepada pesalah jenayah yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah

5.

Antara berikut, yang manakah benar tentang jawatan Yang di-Pertua Negeri?

a)

Dilantik oleh Majlis Raja-raja

b)

Bertindak sebagai Ketua Agama Islam

c)

Mestilah warganegara Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang

d)

Boleh dipecat dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga Badan Perundangan Negeri

6.

Yang manakah yang termasuk dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Mempersempadankan kawasan pilihan raya

b)

Menyemak dan mendaftarkan nama pemilih

c)

Menentukan calon bertanding

d)

Memastikan pilihan raya dilaksanakan pada setiap 5 tahun

7.

Antara berikut yang manakah termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

a)

Kesihatan

b)

Kebajikan orang asli

c)

Lesen untuk melombong galian

d)

Kutu rayau dan penjaja beredar

8.

Antara berikut, kementerian manakah yang membuat dan menyimpan akaun kewangan sendiri?

a)

Kementerian Pelajaran

b)

Kementerian Sumber Manusia

c)

Kementerian Belia dan Sukan

d)

Kementerian Kesihatan

9.

Yang manakah penyataan yang benar tentang tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

a)

Membayar gaji dan pencen kakitangan awam

b)

Mengesahkan jawatan seseorang kakitangan awam

c)

Menukar atau memindahkan seseorang kakitangan awam

d)

Menyediakan rekod perkhidmatan seseorang kakitangan awam

10.

Antara berikut, yang manakah benar tentang Majlis Tanah Negara?

a)

Dipengerusikan oleh Perdana Menteri

b)

Pengerusi mempunyai kuasa undi pemutus

c)

Wakil-wakil kerajaan Persekutuan tidak boleh melebihi 10 orang

d)

Setiap negeri diwakili oleh seorang wakil yang dilantik oleh raja atau Yang Dipertua Negeri

11.

Yang manakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung?

a)

Memberi peluang kepada penduduk untuk menceriakan kampung

b)

Memberi peluang kepada masyarakat akar umbi mentadbir kampung

c)

Memberi pelbagai kemudahan kepada penduduk kampung supaya mereka berdikari

d)

Memberipeluang kepada penduduk kampung merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan

12.

• Mendengar kes rayuan yang dibicarakan.

• Mentafsir Perlembagaan dan Undang-undang.

• Menyelesaikan pertikaian antara kerajaan negeri.


Yang manakah antara mahkamah berikut mempunyai kuasa seperti yang tersenarai di

atas?

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Mahkamah Persekutuan

13.

Yang manakah penyataan yang benar tentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)?

a)

Saraan ditentukan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri

b)

ADUN boleh menjadi ahli Dewan Rakyat pada masa yang sama

c)

ADUN dilantik oleh raja atau yang DiPertua Negeri daripada kalangan rakyat negeri yang berjasa

d)

ADUN mesti meletakkan jawatan sebagai ADUN jika dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara

14.

Yang manakah sumber kewangan kerajaan negeri?

a)

Bayaran cukai jalan

b)

Bayaran cukai tanah

c)

Hasil kutipan zakat dan fitrah

d)

Bayaran denda di Mahkamah Tinggi

15.

Yang manakah ciri-ciri negara berdaulat?

a)

Tidak dijajah oleh kuasa luar

b)

Mempunyai sempadan yang tetap

c)

Kerajaan yang teratur

d)

Berupaya menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain

16.

Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia?

a)

Menghalang penyebaran ideologi komunis

b)

Mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura

c)

Meningkatkan jumlah penduduk di Tanah Melayu

d)

Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura

17.

Yang manakah benar tentang doktrin pengasingan kuasa?

a)

Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama

b)

Orang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa

c)

Setiap komponen kerajaan terlibat tanpa diganggu oleh pihak berkuasa yang lain

d)

Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberikan kepada bahagian lain

18.

Perlembagaan ialah sebuah dokumen yang mengandungi

a)

Semua undang-undang tertinggi negara

b)

hak-hak asasi rakyat

c)

sejarah negara

d)

asal usul pelbagai kaum

19.

Semua yang berikut ialah keistimewaan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong, kecuali

a)

baginda tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia

b)

keutamaan baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan

c)

baginda adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera

d)

baginda berhak menolak pembubaran Parlimen

20.

• Sumbangannya yang cemerlang dalam perkhidmatan awam.

• Telah mencapai kepujian dalam lapangan tertentu.

• Mewakili kaum minoriti.


Kriteria di atas adalah pelantikan jawatan

a)

Ahli Dewan Undangan Negeri

b)

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

c)

Speaker Dewan Rakyat

d)

Ahli Dewan Negara

21.

Yang manakah prosedur untuk membolehkan pihak yang tertuduh dihadapkan ke mahkamah?

a)

Melalui waran tangkap

b)

Melalui writ habeas corpus

c)

Melalui laporan polis

d)

Melalui perintah saman oleh mahkamah

22.

• Kuasa mentafsir Perlembagaan.

• Kuasa mentafsir undang-undang.


Kuasa di atas diperuntukkan oleh

a)

Mahkamah Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi

b)

Majlis Raja-Raja kepada pihak mahkamah

c)

Perlembagaan Malaysia kepada pihak mahkamah

d)

Perlembagaan Malaysia kepada pihak Parlimen

23.

Yang berikut ialah bidang kuasa Dewan Negara kecuali

a)

menolak rang undang-undang

b)

mengkaji rang undang-undang

c)

menangguh rang undang-undang

d)

membahaskan rang undang-undang

24.

Yang manakah merupakan bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Menentukan pembahagian kawasan pilihan raya

b)

Menentukan calon yang bertanding

c)

Menentukan tarikh pilihan raya

d)

Memutuskan aduan tentang keputusan pilihan raya

25.

Yang manakah benar tentang ahli Kabinet?

a)

Perlu bertindak secara kolektif

b)

Dilantik oleh Perdana Menteri

c)

Merupakan ahli Parlimen

d)

Memegang jawatan sehingga umur 60 tahun

26.

• Menyelaraskan dasar pinjaman luar.

• Meluluskan pinjaman perumahan pekerja awam.

• Mentadbir peraturan.


Pernyataan di atas merupakan tanggungjawab dan bidang kuasa

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Perbendaharaan Malaysia

c)

Unit Perancangan Ekonomi

d)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan

27.

Yang manakah merupakan punca-punca hasil Kerajaan Negeri?

a)

Hasil duti rokok dan minuman alkohol

b)

Hasil daripada harta karun

c)

Hasil tanah, galian dan hutan

d)

Denda daripada mahkamah awam

28.

Pernyataan yang manakah benar tentang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Mengarah pernutupan tempat perniagaan yang kotor

b)

Mendaftar dan mengeluarkan lesen perniagaan

c)

Mengenakan kompaun terhadap kesalahan yang melibatkan papan iklan perniagaan

d)

Menggubal undang-undang kecil berkaitan tanah negeri bagi kegunaan premis perniagaan

29.

Kesan pengurangan karenah birokrasi dalam urusan kaunter dipejabat kerajaan ialah

a)

Tahap kepuasan pelanggan meningkat

b)

Bilangan pegawai kaunter bertambah

c)

Waktu berurusan di kaunter dipendekkan

d)

Keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik

30.

Yang manakah ciri konsep sebuah negara?

a)

Penduduk yang tetap

b)

Mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar

c)

Mempunyai sistem kerajaan yang teratur

d)

Sistem ekonomi yang kukuh

31.

Yang manakah bidang kuasa tambahan negeri bagi Sabah dan Sarawak?

a)

Undang-undang dan adat negeri

b)

Perkhidmatan bomba

c)

Undang-undang diri

d)

Pelabuhan dan pengkalan

32.

Hang Li Po, seorang warganegara China, berkahwin dengan Hang Jebat, seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Hang Li Po menjadi warganegara Malaysia?

a)

Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun

b)

Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia

c)

Dia membuat permohonan melalui cara masukan

d)

Dia berkelakuan baik

33.

Yang manakah jawatan di bawah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan rundingan dengan Majlis Raja-raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Ketua Audit Negara

d)

Ketua Setiausaha Kementerian

34.

Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk

a)

Menggelakkan penyalahgunaan kuasa

b)

Melibatkan rakyat dalam pentadbiran

c)

Melaksankan sistem demokrasi tulen

d)

Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama

35.

Pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan hanya boleh diselesaikan oleh

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Rayuan

d)

Majlis Raja-raja

36.

Yang manakah anggota penjawat awam?

a)

Setiausaha politik

b)

Setiausaha kerajaan negeri

c)

Setiausaha Parlimen

d)

Ketua Setiausaha Negara

37.

• Memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung dengan hal pentadbiran awam

• Menyelaraskan pelaksanaan jentera pentadbiran antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri


Penyataan di atas menerangkan fungsi utama

a)

Ketua Audit Negara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Ketua Setiausaha Kementerian

d)

Ketua Setiausaha Negara

38.

Organisasi kerajaan yang merupakan pembentuk dasar tertinggi negara ialah

a)

Kementerian

b)

Kabinet

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Majlis Tertinggi Negara

39.

Pada peringkat manakah sesuatu rang undang-undang akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat untuk diluluskan selepas kajian terperinci dilaksanakan?

a)

Bacaan Kali Pertama

b)

Bacaan Kali Kedua

c)

Peringkat Jawatankuasa

d)

Bacaan Kali Ketiga

40.

Yang manakah berikut merupakan badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang dibentuk oleh kerajaan?

a)

Majlis Tanah Negara

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Ekonomi Negara

d)

Majlis Kewangan Negara

41.

• Menyelaras dasar pinjaman luar

• Mentadbir peraturan pinjaman kerajaan negeri

• Meluluskan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan


Pernyataan di atas merujuk kepada tugas

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Kementerian Kewangan Malaysia

c)

Perbendaharaan Negara

d)

Unit Perancang Ekonomi

42.

Antara berikut yang manakah tujuan utama Kerajaan Tempatan diwujudkan?

a)

Menjaga kebersihan kawasan sekitar

b)

Meningkatkan pendapatan melalui kutipan cukai pintu dan cukai lain

c)

Menjamin Indah Water Konsortium menjalankan pelupusan air kumbahan dengan baik

d)

Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang didiami oleh mereka

43.

Bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program, organisasi hendaklah memberikan penekanan kepada

a)

Proses kerja

b)

Bilangan tenaga kerja

c)

Peraturan pelaksanaan

d)

Sumber kos pengurusan

44.

Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?

a)

Penentuan skim gaji

b)

Pengaruh amalan tradisi

c)

Perkembangan teknologi

d)

Pendidikan yang rendah

45.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Menentukan calon pilihan raya

b)

Menentukan tarikh pilihan raya

c)

Membatalkan keputusan pilihan raya

d)

Membuat semakan sempadan pilihan raya

46.

Perintah Lelongan :

Hartanah : Sebuah banglo 3 tingkat Plaintif : Bank Y

Defendan : Puan X


Pihak yang mengeluarkan perintah lelongan bagi hartanah di atas ialah

a)

Mahkamah Tinggi

b)

Mahkamah Majistret

c)

Pejabat Tanah dan Galian

d)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

47.

Antara yang berikut yang manakah hasil Kerajaan Persekutuan?

a)

Cukai taksiran harta

b)

Cukai pendapatan

c)

Cukai tanah

d)

Cukai jalan

48.

Yang manakah tanggungjawab Kerajaan Negeri?

a)

Menukar status tanah pertanian kepada tanah perindustrian

b)

Mengeluarkan lesen pengendalian sekolah swasta

c)

Menentukan hubungan diplomatik dengan negara luar

d)

Menjalankan banci penduduk

49.

Tugas Ketua Audit Negara ialah

a)

Memeriksa akaun-akaun Persekutuan

b)

Membuat laporan tentang perbelanjaan Persekutuan

c)

Meluluskan perbelanjaan yang dibuat oleh Persekutuan

d)

Mengurus pemberian pinjaman wang Persekutuan kepada negeri

50.

Merupakan undang-undang bertulis yang digubal oleh agensi atau menteri yang diberi kuasa oleh Parlimen.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Akta

b)

Enakmen

c)

Perundangan Kecil

d)

Perlembagaan Persekutuan