Font size
WorksheetsMASTERI BM SIRI VI
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Pilih ayat-ayat yang betul tatabahasa dan penggunaan katanya.
I Dia memakan lagi nasi goreng.
II Rumah batu itu kini dijadikan Restoran Lazat .
III Selepas makan goreng mi, adik ke sekolah.
IV. Sate kajang mahal harganya.
I, II
II, IV
I, III, IV
I, II, III, IV
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Suhaila dipelihara oleh ibu dan ayahnya dengan penuh kasih sayang.
bagai anjing beranak enam
bagai sirih pulang ke gagang
bagai anjing dengan kucing
bagai menatang minyak yang penuh
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Hidup pengemis itu dalam serba kedaifan.
seperti rumput di tepi jalan
seperti pungguk merindukan bulan
seperti ular kena palu
seperti pahat dengan penukul
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Baru setahun berkahwin, kasih sayangnya
terhadap isterinya telah hilang.
seperti telinga kuali
seperti embun di hujung rumput
seperti kaca terhempas ke batu
seperti kera mendapat bunga
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Tauke Hong ____________kerana meminjamkan
wang dengan mengenakan kadar bunga yang
tinggi.
seperti ikan kena tuba
seperti rusa masuk kampung
seperti lintah menghisap darah
seperti mentimun dengan durian
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Wajah penggantin yang _____________telah
menjadi tumpuan tetamu pada malam itu.
seperti emas baru disepuh
bagai gunting makan di hujung
seperti kera mendapat bunga
seperti bertih direndang
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Para pelajar dari perkampungan orang asli itu terpinga-pinga __________ apabila mengunjungi pusat membeli-belah Mega Mall.
seperti rusa masuk ke kampung
seperti katak di bawah tempurung
seperti anak ayam kehilangan ibu
seperti kerbau dicucuk hidung
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Encik Mansur hanya menurut saja kata-kata isterinya.
seperti api dalam sekam
seperti ayam berak kapur
seperti kera sumbang
seperti kerbau dicucuk hidung
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Encik Khalid sebagai Penghulu Kampung Cempaka berusaha menangani masalah itu dengan berhati-hati supaya beliau dapat memuaskan hati semua pihak.
seperti gergaji dua mata
seperti aur ditarik songsang
bagai melepaskan anjing tersepit
bagai menarik rambut dalam tepung
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Sikap anaknya yang ____________ telah
menyebabkan kedua-dua ibu bapanya sering bersedih dan kecewa.
bagai kaduk naik junjung
bagai enau dalam belukar
bagai kacang lupakan kulit
bagai anjing dengan kucing
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Pengantin itu___________kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.
bagai pinang dibelah dua
bagai kera mendapat cincin
seperti bulan dipagar bintang
bagai buluh perindu
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Janganlah jadi____________kerana
menyembunyikan pendatang tanpa izin selepas tamat tempoh pengampunan itu.Tindakan itu akan menyusahkan diri mereka kelak.
seperti tikus membaiki labu
seperti lembu dicucuk hidung
seperti mendukung biawak hidup
seperti kambing dihalau ke air
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Sejak kecil aku menabung, kini wang itu dapat aku gunakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Mandur di ladang itu berusaha untuk menangani masalah tuntutan kenaikan gaji oleh pekerja ladang itu dengan berhati-hati supaya semua pihak berpuas hati.
Seperti aur ditarik songsang
Seperti gergaji dua mata
Bagai menarik rambut dalam tepung
Bagai melepaskan anjing tersepit
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Mesyuarat pada petang itu tidak dapat
diteruskan kerana menemui___________.
langkah kanan
hilang akal
hilang arah
jalan buntu
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________ .
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing buruk kepala
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ .
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________ .
bumi dengan langit
aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah
melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti hujan jatuh ke pasir
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________________________ .
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
harapkan pagar, pagar makan padi
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika
mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat,
namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
tepuk dada tanya selera
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong
bagai ____________________________________.
cincin dengan permata
kucing dengan anjing
aur dengan tebing
isi dengan kuku
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin ________________________________.
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
seperti lembu dicucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya _____________ kerana semua nasihatnya tidak diendahkan oleh mereka.
bagai haruan makan anak
bagai kambing dihalau ke air
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur di hujung tanduk
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabut ekor
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________
bagai menatang minyak yang penuh
bagai kucing kehilangan anak
bagai kacang lupakan kulit
bagai aur dengan tebing
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu
____________ kepada jiran tetangganya.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti menanam tebu di bibir
seperti membuka pekung di dada
seperti musuh dalam selimut
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana
setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menyusu kera di hutan
bagai anjing menyalak bukit
bagai menanam tebu di bibir
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________ .
seperti rusa masuk kampung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
seperti si buta kehilangan tongkat
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ____________________________ .
seperti tikus jatuh ke beras
seperti langit dengan bumi
seperti pungguk rindukan bulan
seperti mentimun dengan durian
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Rahman seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.
katak disimbah air
gagak pulang ke benua
melukut di tepi gantang
harimau menyembunyikan kukunya
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.
umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Air mukanya _______ apabila mendapat tahu dirinya telah dijangkiti penyakit H1N1.
seperti isi dengan kuku
seperti ayam berak kapur
begai tikus membaiki labu
bagai dakwat dengan kertas
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
bagai dihiris sembilu
bagai murai tercabut ekor
bagai menarik rambut di dalam tepung
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
bagai bulan jatuh ke riba
bagai dakwat dengan kertas
bagai bulan penuh purnama
bagai melepaskan batuk di tangga
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Ismail dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
bagai pahat dengan penukul
bagai ayam disambar helang
bagai menatang minyak yang penuh
bagai menarik rambut di dalam tepung
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Sikap Suraya yang menganiaya Hamidah yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
bagai kumbang putus tali
seperti cincin dengan permata
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai melepaskan anjing tersepit
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang diberikan.
Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____.
seperti api dalam sekam
seperti gajah masuk kampung
bagai Belanda meminta tanah
bagai menatang minyak yang penuh
