wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

QUIZ JPN (semua bab F5)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?

a)

Memupuk keamanan dunia

b)

Mengeratkan hubungan perdagangan

c)

Menggalakkan kerjasama pendidikan

d)

Meningkatkan kerjasama kebudayaan

2.

Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku.

Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Perang Dingin

b)

Perang Saudara

c)

Perang Dunia Pertama

d)

Pembentukan Pakatan Bertiga

3.

Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun 1971.

Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk

a)

Mengekalkan keamanan dunia

b)

Meningkatkan perhubungan sosiobudaya

c)

Mengekalkan perdamaian antara negara Islam

d)

Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan

4.

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.

Apakah sumbangan tersebut?

I Menentang dasar aparteid

II Menghantar pasukan pemerhati

III Membebaskan negara yang dijajah

IV Menyarankan pembentukan tentera pelbagai negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.

Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?

a)

Menguji senjata

b)

Permintaan Britain

c)

Mempertahankan Serbia

d)

Menyekat ideologi komunis

6.

Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin.

  • Blok kapitalis
  • Blok komunis

Apakah ciri blok kapitalis ?

I Mengamalkan pemerintahan demokratik

II Mengamalkan sistem satu parti

III Memiliknegarakan perniagaan

IV Menjamin kebebasan individu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.


Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?

a)

Penyelarasan bantuan teknikal

b)

Menyediakan dana pendidikan

c)

Mengatasi masalah pencemaran

d)

Membanteras penyalahgunaan dadah

8.

Pada tahun 1929, Jerman mengalami masalah kemelesetan ekonomi akibat kegagalan Amerika Syarikat menyediakan pinjaman.

Apakah tindakan kerajaan Jerman untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah tersebut?

a)

Mendapatkan pinjaman luar

b)

Mewujudkan kerjasama serantau

c)

Memperkuat bidang ketenteraan

d)

Melaksanakan pilihan raya

9.

Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

  • Komanwel
  • Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
  • Negara-Negara Selatan

Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?

I Ekonomi maju

II Keselamatan terjamin

III Identiti bangsa mantap

IV Kawasan perairan terkawal

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut

  • Britain
  • Australia
  • New Zealand


Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?

a)

Memperkuat pertahanan

b)

Menambah aset ketenteraan

c)

Mengekalkan hubungan diplomatik

d)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

11.

Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.

Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?

a)

Pengekalan pemerintahan beraja

b)

Pelantikan pembesar daerah

c)

Pengenalan sistem ufti

d)

Pentadbiran melalui biro

12.

Rajah menunjukkan perubahan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.


Tahap Pertama

Bercorak sederhana


Tahap Kedua

Bercorak Radikal


Mengapakah gerakan tersebut bercorak radikal pada tahap kedua?

a)

Sokongan pemerintah tempatan

b)

Kekurangan sumber kewangan

c)

Sekatan pengaruh dari luar

d)

Perjuangan tidak berkesan

13.

Apakah kesan pengenalan akta berikut terhadap Burma? T5


1887 Akta Kampung Ulu Burma

1889 Akta Perkampungan Burma

a)

Pengaruh golongan agama meningkat

b)

Sistem pentadbiran tradisional terhapus

c)

Pendapatan penduduk tempatan merosot

d)

Kedudukan raja semakin kukuh

14.

Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang hebat oleh orang Melayu. T5 B4 ms 96 [ SUDUT MAKLUMAT ]ms 108 [ P2 B2-B3 ]

Jus soli

Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa

sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura


Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

a)

Kesamarataan agihan ekonomi

b)

Pelaksanaan perkongsian kuasa

c)

Mengehadkan kemasukan imigran

d)

Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

15.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948? T5 B4 ms 103 [ P1 B4-B5 ]

a)

Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

Pertambahan bilangan kaum imigran

c)

Memenuhi desakan orang dagang

d)

Akur tuntutan golongan radikal

16.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli.

Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut ?

T5 B4 ms 99 [ P2 B3 ]

a)

Menggugat kedudukan raja

b)

Memusnahkan status quo

c)

Pembentukan pelbagai budaya

d)

Penghapusan ekonomi tradisional

17.

Senarai berikut adalah peperangan yang melibatkan Jerman pada abad ke-19.

  • 1864 – Perang dengan Denmark
  • 1866 – Perang dengan Austria
  • 1870 – Perang dengan Perancis


Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Jerman?

a)

Kehilangan wilayah

b)

Keselamatan terjamin

c)

Penamatan sistem monarki

d)

Pembentukan negara bangsa

18.

Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.

  • Count Camillo Benso di Cavour
  • Otto Eduard von Bismarck


Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Mengenepikan perbezaan warna kulit

b)

Menyatukan masyarakat majmuk

c)

Menggunakan kaedah realpolitik

d)

Membina empayar yang luas

19.

Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?


I Desakan kumpulan radikal

II Pemimpin dan rakyat bermuafakat

III Semangat toleransi menjadi amalan

IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 iaitu AWAS, API dan PKMM.

Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?

T5 B4 ms 99 [ P4 B5 ]

a)

Mengekalkan sistem beraja

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Mempertahankan hak penduduk tempatan

d)

Mengukuhkan pemerintahan tradisional

21.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union? T5 B4 ms 99 [ P3 B1-B2 ]

a)

Mempertahankan tamadun bangsa

b)

Melemahkan golongan radikal

c)

Meningkatkan kos pentadbiran

d)

Kesukaran mendapatkan kerakyatan

22.

Apakah kesan peristiwa pengenalan Malayan Union 1946 terhadap orang Melayu? T5 B4 ms 102 [ P2 B1-B2]

a)

Perpaduan kukuh

b)

Ekonomi meningkat

c)

Budaya berkembang

d)

Kuasa sultan bertambah

23.

Apakah peranan akhbar Utusan Melayu Majlis Warta Negara semasa Malayan Union diperkenalkan? T5 B4 ms 100, 101 [ JADUAL ]

a)

Menyeru orang Melayu bersatu

b)

Menganjurkan pertubuhan politik

c)

Menyebarkan ideologi demokrasi

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

24.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union? T5 B4 ms 99 [ P3 B1-B2 ]

a)

Mempertahankan tamadun bangsa

b)

Melemahkan golongan radikal

c)

Meningkatkan kos pentadbiran

d)

Kesukaran mendapatkan kerakyatan

25.

Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?

a)

Menyusun semula masyarakat

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

Memartabatkan bahasa kebangsaan

26.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaya Pertama.

Apakah matlamat agensi tersebut?

a)

Menstabilkan harga pasaran

b)

Menggalakkan pelaburan modal asing

c)

Merangsang penglibatan sektor swasta

d)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar

27.

Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.

Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

a)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengawal kemasukan buruh luar

d)

Menyusun semula masyarakat

28.

Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu.

Berdasarkan ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai?

a)

Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah

c)

Memberikan pendidikan percuma kepada semua murid sekolah rendah

d)

Memperkenalkan kursus aliran kemahiran di sekolah bantuan kerajaan

29.

Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

I Melalui permohonan

II Kuat kuasa undang-undang

III Perkenan Raja-Raja Melayu

IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I danIV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik.

Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?

a)

Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya

b)

Mendapat bantuan kewangan daripada British

c)

Gagal mendapat sokongan semua kaum

d)

Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.


Fungsi Suruhanjaya ReidMerangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.


Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?

a)

Hal kerakyatan

b)

Penetapan sempadan

c)

Hal ehwal imigresen

d)

Peruntukan kewangan

32.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

Memujuk Singapura menyertai persekutuan

b)

Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan

c)

Melaksanakan sistem Birokrasi Barat

d)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

33.

Perlembagaan Malaysia menetapkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa baginda?


I Membubarkan Parlimen

II Mengisytiharkan darurat

III Mengetuai Kerajaan Persekutuan

IV Mempengerusikan perkhidmatan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Apakah syarat pindaan perlembagaan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu?

a)

Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen

b)

Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen

c)

Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja

d)

Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak

35.

Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?

a)

Membubarkan Parlimen

b)

Menggubal undang-undang

c)

Memilih ahli Dewan Rakyat

d)

Menetapkan tarikh pilihan raya

36.

Apakah syarat untuk menjadi Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia?

a)

Menang dalam pilihan raya

b)

Aktif dalam pertubuhan politik

c)

Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun

d)

Cemerlang dalam perkhidmatan awam

37.

Pilihan raya kecil diadakan di mana-mana kawasan di negara kita sekiranya wakil rakyat

a)

Meninggal dunia

b)

Dipecat dari parti

c)

Menyertai parti lain

d)

Hilang sokongan

38.

Petikan berikut menerangkan tentang ancaman komunis di Asia Tenggara.


Teori Domino berpengaruh dalam politik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960an. Menurut teori ini, komunis yang sudah bertapak di Indo-China akan menguasai negara-negara lain di Asia Tenggara.

Sumber : Sejarah Malaysia 1800-1963

Mohd Isa Othman


Apakah tindakan pemimpin kita untuk mengelakkan ancaman tersebut?

a)

Menubuhkan Majlis Gerakan Negara

b)

Membentuk Persekutuan Malaysia

c)

Menyekat kemasukan imigran

d)

Meminda perlembagaan

39.

Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 .

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

40.

Dato Onn Ja'afar yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an.

Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?

a)

Memantapkan kedudukan UMNO

b)

Mendapatkan bantuan daripada British

c)

Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum

d)

Melemahkan ancaman pengganas komunis