Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN DUA

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut merupakan pandangan tokoh tentang konsep Alam Melayu dari sudut budaya.


Pandangan tersebut merujuk kepada

I seni bina candi

II karya persuratan

III pembuatan gangsa

IV seni mempertahankan diri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Kerajaan Alam Melayu berikut mempunyai persamaan dari segi lokasi.


Dimanakah lokasi tersebut?

a)

Lembah Sungai Brantas

b)

Lembah Sungai Mekong

c)

Selatan dan tengah Vietnam

d)

Sungai Mas dan Sungai Bujang

3.

Patih Gajah Mada telah dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan Majapahit oleh Tribuana Tunggadewi.


Apakah sumbangan beliau terhadap kerajaan Majapahit?

I Menghalang ancaman Dai Viet

II Perluasan kawasan tanah jajahan

III Mengembalikan keamanan Majapahit

IV Penguasaan Selat Melaka dan Selat Sunda

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan Alam Melayu?

a)

Menyebarkan agama Hindu

b)

Menyebarkan agama Buddha

c)

Mengetuai upacara keagamaan

d)

Menjalinkan hubungan perdagangan

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya.


Apakah peranan datu dalam sistem pentadbiran tersebut?

a)

Ketua agama

b)

Memungut cukai

c)

Mentadbir wilayah

d)

Penjaga harta kerajaan

6.

Antara berikut, kerajaan manakah yang melibatkan wanita dalam pentadbiran kerajaan Alam Melayu?

a)

Funan

b)

Angkor

c)

Srivijaya

d)

Kedah Tua

7.

Gambar di atas menunjukkan baray.

Apakah kepentingan baray bagi kerajaan Angkor?

a)

Tempat takungan air

b)

Kawasan penanaman padi

c)

Benteng pertahanan Angkor

d)

Lambang kekuatan pemerintah

8.

Apakah faktor yang menyebabkan perkembangan kegiatan perdagangan di Alam Melayu?

I Jaminan keselamatan

II Cukai pelabuhan yang rendah

III Mempunyai kemudahan pelabuhan

IV Kedudukan Alam Melayu yang strategik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Rajah di atas menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem tulisan sebuah kerajaan Alam Melayu.


Apakah X?

a)

Tulisan Jawi

b)

Tulisan Pegon

c)

Tulisan Khmer

d)

Tulisan Palava

10.

Senarai berikut adalah bukti kegiatan persuratan sebuah kerajaan Alam Melayu.


Apakah maklumat yang terdapat pada batu bersurat tersebut?

a)

Tanggungjawab pemerintah

b)

Doa dan amalan agama Buddha

c)

Hukuman rakyat yang menderhaka

d)

Kepentingan taat setia rakyat terhadap raja

11.

Maklumat berikut merupakan hasil seni bina masyarakat sebuah kerajaan Alam Melayu.


X adalah

a)

pusat binaan kapal

b)

arca Hindu dan Buddha

c)

kapal besar dan perahu panjang

d)

pintu gerbang Gapura Wringin Lawang

12.

Rajah di atas menunjukkan asas struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu.


Apakah kepentingan struktur sosial tersebut?

a)

perluasan wilayah kekuasaan

b)

Mengelakkan perpecahan rakyat

c)

Memajukan kegiatan perdagangan

d)

Pengukuhan kedudukan pemerintah

13.

Animisme ialah

I amalan penyembahan roh nenek moyang

II percaya kuasa raja adalah mandat Tuhan

III kepercayaan orang yang mati akan hidup semula

IV kepercayaan setiap makhluk memiliki roh atau semangat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Antara berikut, yang manakah bukti penyebaran agama Islam di Majapahit?

a)

Penggunaan tulisan Jawi

b)

Pengislaman pemerintah Majapahit

c)

Penemuan batu bersurat bertarikh 1035

d)

Lantikan pegawai kerajaan beragama Islam

15.

Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan pelabuhan di kerajaan Alam Melayu.


Pelabuhan X merujuk kepada

a)

pelabuhan bebas

b)

pelabuhan utama

c)

pelabuhan kerajaan

d)

pelabuhan perdagangan

16.

Senarai berikut merupakan candi yang terdapat di kerajaan Alam Melayu.


Apakah fungsi candi tersebut?

a)

Tempat menyembah raja

b)

Pusat pentadbiran kerajaan

c)

Tempat persemayaman raja

d)

Pusat perhimpunan para pendeta

17.

Maklumat berikut merupakan ciri- ciri yang terdapat di muara Sungai Bertam.


Apakah keistimewaan ciri- ciri tersebut?

I Terlindung daripada angin monsun

II Menjadi petunjuk untuk pedagang

III Sesuai dijadikan benteng pertahanan

IV Mudah memperoleh sumber makanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan empayar kekuasaannya?

I Naungan

II Perkahwinan

III Pemberian ufti

IV Hubungan diplomatik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Mengapakah Melaka menjadi pelabuhan entrepot di Alam Melayu?

a)

Cukai pelabuhan yang rendah

b)

Pusat pengumpulan dan pengedaran barang

c)

Terlindung daripada tiupan angin monsun

d)

Menyediakan pelbagai kemudahan pelabuhan

20.

Mengapakah Portugis berhasrat menakluki Melaka?

I Penguasaan perdagangan rempah

II Ingin menyebarkan agama Kristian

III Dikenakan cukai pelabuhan yang tinggi

IV Pertelingkahan antara Lopez de Sequeira dengan Sultan Mahmud Shah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Rajah di atas menunjukkan perubahan pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau.


Mengapakah pusat pemerintahan tersebut sering berubah?

a)

Konflik pembesar

b)

Strategi pertahanan

c)

Ancaman Raja Kechil

d)

Menerima serangan kerajaan Jambi

22.

Antara berikut, yang manakah kesan daripada perjanjian persahabatan antara Kesultanan Johor Riau dan Belanda?

a)

Penguasaan wilayah Tungkal

b)

Kejayaan menewaskan Portugis

c)

Bantuan untuk membina kota pertahanan

d)

Belanda menyelesaikan konflik pembesar

23.

Maklumat berikut berkaitan kegemilangan yang dicapai Kesultanan Johor Riau pada abad ke-16 dan ke-17.


Apakah keistimewaan Johor?

I Pengeluar utama tanaman padi

II Pusat pertukaran barangan dagangan

III Mengawal perdagangan di Selat Melaka

IV Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Jadual berikut menunjukkan karya persuratan yang dihasilkan semasa zaman Kesultanan Johor Riau.


Karya X menceritakan tentang

a)

Ketaatan rakyat kepada raja

b)

Sejarah Kesultanan Johor Riau

c)

Hukuman rakyat yang menderhaka

d)

Asal usul keturunan raja- raja Melaka

25.

Maklumat berikut berkenaan dengan sejarah pengasasan sebuah negeri Melayu.


Pernyataan di atas tentang Kesultanan

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Terengganu

26.

Antara berikut, hal- hal yang manakah diberi penekanan oleh Sultan Zainal Abidin III?

I Seni bina

II Teknologi

III Keselamatan

IV Undang- undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Rajah di atas menunjukkan negeri yang mempunyai persamaan dari segi warisan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.


X merujuk kepada

a)

Sistem penggiliran

b)

Amalan Adat Pepatih

c)

Sistem perwarisan takhta

d)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

28.

Rajah di atas menunjukkan adat istiadat dalam majlis perkahwinan diraja yang diamalkan oleh Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor.


X adalah

a)

Pernikahan

b)

Berinai besar

c)

Santap beradab

d)

Khatam al-Quran

29.

Bagaimanakah Long Yunus mengasaskan kerajaan Kelantan?

a)

Penyatuan wilayah

b)

Mendapatkan bantuan luar

c)

Perluasan wilayah pengaruh

d)

Pembukaan pusat pentadbiran baharu

30.

Maklumat berikut mengenai perubahan cara perlantikan pemerintah yang berlaku pada tahun 1830 di Negeri Sembilan.


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Campur tangan kuasa luar

b)

Perubahan pusat pentadbiran

c)

Kemangkatan Yamtuan Lenggang

d)

Tidak mendapat pengiktirafan pemerintah Kesultanan Johor Riau

31.

Apakah kepentingan sungai tersebut kepada kerajaan berikut?

a)

Laluan perdagangan

b)

Lokasi petempatan awal

c)

Sumber pengairan tanaman

d)

Pusat pengumpulan hasil laut

32.

Tokoh berikut telah membantu mengukuhkan kerajaan Kelantan.


Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Mengekalkan keamanan Kelantan

b)

Menghantar utusan ke negeri Melayu

c)

Menjalin hubungan diplomatik dengan negeri Melayu

d)

Mendapatkan bantuan ketenteraan daripada kerajaan Terengganu

33.

Apakah kepentingan adat istiadat berikut kepada sistem pemerintahan beraja?

a)

Mengekalkan warisan tradisi

b)

Mengabsahkan kedaulatan raja

c)

Membentuk kerajaan demokrasi

d)

Meningkatkan kecekapan pemerintah

34.

Senarai berikut adalah undang- undang tubuh kerajaan Melayu.


Apakah persamaan kandungan kedua- dua undang- undang tubuh tersebut?

a)

Penguatkuasaan cukai tanah

b)

Enakmen undang- undang jenayah

c)

Lantikan Raja melalui sistem giliran

d)

Kedudukan Raja sebagai Ketua Negeri

35.

Antara berikut, yang manakah ciri- ciri Adat Perpatih?

I Hukuman bersifat pemulihan

II Wanita mewarisi harta pusaka

III Menggalakkan perkahwinan sesama suku

IV Mementingkan jurai keturunan sebelah bapa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

I Melantik Buapak

II Memilih Undang

III Menjaga keamanan

IV Menjadi ketua agama

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Apakah kesan hubungan antara Sarawak dan Sabah dengan kerajaan Alam Melayu?

a)

Penyebaran agama Islam

b)

Wujud hubungan diplomatik

c)

Eksploitasi hasil hutan dan laut

d)

Kemerosotan kerajaan Majapahit

38.

Bagaimanakah pemerintahan di Sarawak dilaksanakan?

a)

Wakil raja mengurus soal adat

b)

Ketua bebas mentadbir lembah sungai

c)

Pentadbiran kerajaan di ketuai wakil raja dan ketua bebas

d)

Penduduk lembah sungai ditadbir oleh kerajaan dan wakil raja

39.

Antara berikut, yang manakah kegiatan ekonomi dijalankan di Sabah?

I Penanaman padi

II Perusahaan sagu

III Memburu haiwan liar

IV Mengutip sarang burung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Apakah kepentingan seni bina berikut terhadap masyarakat Sarawak?

a)

Kubu pertahanan

b)

Pusat amalan ritual

c)

Tempat menyimpan senjata

d)

Tempat berkumpul untuk majlis sosial