NEW
Font size
WorksheetsChemistry Quiz
Total questions: 40
Worksheet time: 48mins
Antara berikut bahan manakah terdiri daripada atom?
Gas helium
Oksigen
Plumbum (II) bromida
Naftalena
Antara berikut sebatian manakah merupakan sebatian ion?
H2O
SO3
NH3
MgBr2
Antara berikut garam manakah yang boleh disediakan melalui tindak balas penguraian ganda dua?
Zink nitrat
Barium sulfat
Kalium karbonat
Magnesium klorida
CaCO3 + 2HCl --> CaCl2 + CO2 + H2O
Berdasarkan persamaan kimia di atas, apakah perubahan yang dapat diperhatikan untuk menentukan kadar tindak balas?
Pertambahan isipadu gas CO2 yang terbebas
Pertambahan jisim CaCO3
Pengurangan isipadu HCl
Pembentukan mendakan CaCl2
Antara berikut rajah manakah menunjukkan susunan zarah dalam aloi?
Jadual menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi unsur E. Di manakah letaknya unsur E dalam Jadual Berkala?
Kumpulan 2 Kala 3
Kumpulan 3 Kala 2
Kumpulan 2 Kala 13
Kumpulan 13 Kala 2
Jadual menunjukkan susunan elektron atom S dan T. Apakah formula dan jenis ikatan bagi sebatian yang terbentuk antara S dan T?
Ikatan kovalen ST4
Ikatan ionik S4T
Ikatan ionik ST4
Ikatan kovalen S4T
Antara berikut ion manakah akan menghasilkan mendakan putih yang larut dalam larutan ammonia berlebihan?
Mg2+
Al3+
Zn2+
Pb2+
Rajah menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi suatu tindak balas. Antara A, B, C dan D yang manakah menunjukkan tenaga pengaktifan?
A
B
C
D
Logam Y bertindak balas dengan klorin menghasilkan pepejal hijau YCl2 atau pepejal perang YCl3. Berdasarkan hasil tindak balas ini di manakah kedudukan logam Y dalam Jadual Berkala?
Kumpulan logam alkali
Kumpulan halogen
Kumpulan logam peralihan
Kumpulan gas adi
Rajah menunjukkan satu siri ujian yang telah dijalankan ke atas larutan Y. Apakah kemungkinan larutan Y?
Ferum (II) sulfat
Plumbum (II) sulfat
Ferum (II) klorida
Kuprum (II) karbonat
Rajah menunjukkan kesan satu pemberat dijatuhkan ke atas bebola keluli yang terletak di atas bongkah gangsa dan kuprum. Apakah sifat yang ditunjukkan oleh bongkah gangsa?
Berkilat
Ringan
Kuat dan keras
Boleh menahan kakisan
0.2 mol pita magnesium bertindak balas dengan asid nitrik berlebihan. Selepas 30 saat, didapati 0.05 mol magnesium tertinggal sebagai baki. Berapakah kadar tindak balas purata ekperimen ini?
1.7x10-3 mol s-1
1.5x10-3 mol s-1
2.3x10-3 mol s-1
5.0x10-3 mol s-1
Antara berikut bahan manakah merupakan asid monoprotik?
Asid etanoik CH3COOH
Asid fosforik H3PO4
Asid sulfurik H2SO4
Asid karbonik H2CO3
Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji tindak balas antara logam dengan oksigen. Warna hasil yang terbentuk adalah kuning apabila panas dan putih apabila sejuk. Apakah logam itu?
Ferum
Zink
Plumbum
Kuprum
Antara isotop berikut yang manakah digunakan untuk mengganggarkan usia artifak?
Karbon-14
Iodin-131
Fosforus-32
Natrium-24
Jisim formula relatif bagi Y3(PO4)2 ialah 310. Tentukan jisim atom relatif bagi unsur Y.
[Jisim atom relatif : O = 16, P = 31]
12
23
40
65
Rajah menunjukkan susunan elektron atom T. Atom T dan U terletak dalam kala yang sama. Saiz atom U lebih besar dari atom T. Apakah susunan elektron yang mungkin bagi U?
2.8.2
2.8.6
2.8.8
2.8.8.4
Rajah menunjukkan susunan elektron sebatian yang terbentuk antara atom P dan atom Q. Manakah antara pernyataan berikut yang benar mengenai sebatian itu?
Merupakan sebatian ionik
Tidak dapat mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan
Mempunyai takat didih yang tinggi
Terbentuk melalui perpindahan elektron
Persamaan berikut menunjukkan tindak balas antara serbuk zink dengan 25 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3.
Zn + 2HCl --> ZnCl2 + H2
Bagaimanakah kadar penghasilan gas hidrogen boleh ditingkatkan?
Menggantikan serbuk zink dengan ketulan zink
Menambahkan isi padu asid hidroklorik
Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik
Mengurangkan tenaga pengaktifan dengan menambahkan larutan kuprum (II) sulfat
Rajah menunjukkan kaedah penyediaan suatu garam terlarutkan. Apakah X?
Kuprum (II) nitrat
KUprum (II) oksida
Kuprum (II) klorida
Kuprum (II) bromida
Jadual menunjukkan nilai pH dan kepekatan bagi larutan P dan Q. Pernyataan manakah menerangkan perbezaan dalam nilai pH itu?
P adalah asid monoprotik manakala Q adalah asid diprotik
Kepekatan ion hidroksida dalam P lebih rendah dari Q
Bilangan mol ion hidroksida dalam P lebih rendah dari Q
P mengion lengkap dalam air manakala Q mengion separa dalam air
Antara berikut tindak balas manakah yang mempunyai kadar tindak balas paling tinggi?
Fotosintesis
Penapaian yis
Pembakaran kertas
Pengaratan besi
Antara tindak balas berikut yang manakah menghasilkan air dan larutan dengan nilai pH 7 sahaja?
Magnesium + larutan kuprum (II) nitrat
Asid sulfurik + zink
Asid sulfurik + natirum karbonat
Magnesium oksida + asid hidroklorik
Rajah menunjukkan tindak balas penghasilan garam plumbum (II) sulfat. Apakah bahan yang boleh ditambah kepada larutan plumbum (II) nitrat dalam tindak balas II?
Larutan natrium nitrat
Larutan natirum sulfat
Larutan natrium klorida
Larutan natrium karbonat
Antara berikut yang manakah membentuk oksida asid?
Natrium
Kalium
Nitrogen
Magnesium
Ion tiosulfat, S2O32- bertindak balas dengan satu unsur M dalam Kumpulan 1 untuk membentuk satu sebatian. M bukan simbol sebenar unsur itu. Apakah formula bagi sebatian tersebut?
MS2O3
M2S2O3
M(S2O3)2
M2(S2O3)3
Rajah menunjukkan cengkerang telur dalam bikar berisi cuka. Apakah X?
karbon dioksida
hidrogen
oksigen
nitrogen dioksida
Seorang pesakit mengadu sakit disebabkan lebihan asid di dalam perut. Bahan manakah yang akan membantu melegakan sakit itu?
Cuka
Asid etanoik
Natrium klorida
Magnesium hidroksida
Unsur manakah yang sesuai digunakan untuk mengisi mentol elektrik?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan perwakilan piawai atom X dan Y. Antara berikut yang manakah mewakili susunan elektron sebatian yang terhasil apabila X bertindak balas dengan Y?
Jadualu menunjukkan isipadu gas hidrogen yang terkumpul dalam tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik. Berapakah kadar tindak balas purata keseluruhan tindak balas ini?
0.21 cm3 min-1
0.28 cm3 min-1
12.50 cm3 min-1
16.67 cm3 min-1
Rajah menunjukkan formula struktur bagi sebatian T. Berapakah peratus nitrogen mengikut jisim dalam sebatian T?
14.00%
18.00%
46.67%
53.33%
Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan haba ke atas suatu garam. Yang manakah pemerhatian yang betul?
Pepejal perang terbentuk
Cecair tidak berwarna terbentuk
Wasap putih terhasil
Gas perang terbebas
Lengkung X terhasil apabila 5g ketulan zink bertindak balas dengan 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3. Antara berikut tindak balas manakah yang menghasilkan lengkung Y?
5g serbuk zink + 50 cm3 asid hidroklorik 2.0 mol dm-3
5g serbuk zink + 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3
5g ketulan zink + 100 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3
5g ketulan zink + 50 cm3 asid hidroklorik 2.0 mol dm-3
Berapakah jisim maksimum kalium oksida yang terbentuk apabila 19.5 g kalium dipanaskan dengan lengkap dalam oksigen seperti di bawah?
4K + O2 --> 2K2O
[Jisim atom relatif ; K=39, O=16]
15.5g
19.5g
23.5g
31.5g
Persamaan berikut mewakili pembakaran propana dalam oksigen berlebihan.
C3H8 + 5O2 --> 3CO2 + 4H2O
Berapakah isipadu gas karbon dioksida yang terhasil apabila 48 cm3 propana terbakar dengan lengkap?
28 cm3
48 cm3
96 cm3
144 cm3
Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas antara kuprum (II) oksida dengan asid sulfurik.
CuO + H2SO4 --> CuSO4 + H2O
6 g kuprum (II) oksida ditambah kepada 50 cm3 asid sulfurik 1 mol dm-3. Berapakah jisim kuprum (II) oksida yang tertinggal di akhir tindak balas?
[Jisim atom relatif ; Cu=64, O=16]
0.3 g
2.0 g
2.8 g
4.0 g
Rajah menunjukkan susunan radas bagi penitratan 20 cm3 larutan kalium hidroksida 0.1 mol dm-3 dengan asid sulfurik 0.1 mol dm-3. Berapakah isipadu asid sulfurik yang diperlukan untuk meneutralkan larutan kalium hidroksida?
10 cm3
20 cm3
30 cm3
40 cm3
Rajah menunjukkan komposisi suatu terumbu karang. Apakah formula empirik sebatian dalam terumbu karang tersebut?
[Jisim atom relatif ; X=40, Y=12, Z=16]
XYZ
XYZ3
XYZ4
X3YZ4
