wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tahun 4 BM

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.
Ayah ..............................surat perjanjian itu petang kelmarin.
a)
melukis
b)
menandatangani
c)
memetik
d)
membeli
2.
"__________ akan berangkat ke Eropah pada minggu hadapan," titah Sultan Kelantan.
a)
Beta
b)
Saya
c)
Patik
d)
Tuanku
3.
"__________ harap pasukan kita akan menang," kata jurulatih ragbi itu.
a)
Beta
b)
Saya
c)
Beliau
d)
Mereka
4.
Barang-barang perhiasan tembaga itu ___________ oleh Puan Suraya sehingga berkilat
a)
dilap
b)
disapu
c)
dicalit
d)
digilap
5.
Berapa harikah kita di sana, ayah?
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
6.
Anak perempuan Mak Usu akan berkahwin hujung bulan ini.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
7.
Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.
a)
mengelek
b)
menjinjing
c)
membimbit
d)
menggalas
8.
Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.
a)
marah
b)
geram
c)
malu
d)
sedih
9.
…………………….., malang sungguh nasibku ini!
a)
Wah
b)
Cis
c)
Amboi
d)
Aduhai
10.
Baju yang baharu dibeli oleh Nabila ada ………………..kakaknya.
a)
akan
b)
pada
c)
dengan
d)
di
11.
Puan Diana berasa kesal kerana ……………….anaknya tanpa usul periksa.
a)
kemarahan
b)
memarahi
c)
memarahkan
d)
marahkan
12.

Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.

a)

setelah

b)

hingga

c)

agar

d)

manakala

13.

Kenal pasti tiga kata sendi nama.

a)

daripada

b)

kepada

c)

sambil

d)

di

e)

tetapi

14.

Pesalah itu (a)   membuat sebarang pengakuan ketika dihadapkan ke mahkamah.

15.

Kedatangan pegawai kesihatan itu (a)   untuk memeriksa kebersihan di kawasan taman itu.

16.

Bola ragbi itu (a)   bulat tetapi lonjong.

17.

Kenyataan yang dikeluarkan di media elektronik itu (a)   benar belaka.

18.

_____ penduduk Taman Murni terlibat dalam mesyuarat untuk membincangkan cadangan memperbesar masjid.

a)

Beribu

b)

Berjuta

c)

Segala

d)

Semua

19.

"Adam, _____ daripada surat khabar dan majalah-majalah lama ini kamu mahu jual atau dikitar semula?" tanya Suraya.

a)

semua

b)

setiap

c)

seluruh

d)

sebahagian

20.

Tanah Tinggi Cameron pernah Wai Choong __________ pada tahun lepas.

a)

lawati

b)

lawatan

c)

lawatkan

d)

lawatlah

21.

Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.

a)

dan

b)

tetapi

c)

walaupun

d)

manakala

22.
 Jurutera itu menggunakan _____________ untuk melukis sudut 90 darjah.
a)
pembaris
b)
sesiku
c)
jejari
d)
lelabah
23.

Pilih ayat tunggal yang betul. (Jawapan boleh lebih daripada satu )

a)

Aiman memenangi anugerah Pelajar Cemerlang.

b)

Longkang itu tersumbat kerana dipenuhi sampah.

c)

Kakak mengikut ibu ke pasar.

d)

Ayam jantan berkokok apabila masuk waktu subuh.

24.

Pilih ayat majmuk yang betul. (Jawapan boleh lebih daripada satu )

a)

Kek itu tidak boleh kami makan kerana telah hangus.

b)

Farhana menjerit dengan lntang.

c)

Ayah memandu kereta baharunya pergi bekerja.

d)

Encik Gopal menderma wang kepada anak yatim itu.

25.

Pilih ayat majmuk yang betul. (Jawapan boleh lebih daripada satu )

a)

Buku-buku di atas meja disusun dengan rapi.

b)

Siva memasak kari ayam di dapur.

c)

Wei Han hendak menjadi doktor apabila dewasa nanti.

d)

Beego melarang adiknya bermain di tepi jalan kerana bahaya.

26.

Xin Yin membantu ayahnya membersihkan sarang ___________ yang melekat di siling rumah.

a)

lelabah

b)

lelangit

c)

kekuda

d)

lelabi

27.

Bunyi muzik yang terlalu kuat itu amat menyakitkan ______________ telinga saya.

a)

gegendang

b)

kekunci

c)

jejala

d)

peparu

28.

Keadaan di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin. "Tukarkan kepada ayat songsang."

a)

Keadaan suhu di atas gunung sungguh dingin pada awal pagi.

b)

Pada awal pagi, keadaan suhu belum tentu dingin di atas gunung.

c)

Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

29.

Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu. "Apakah jenis ayat yang dinyatakan ?"

(a)  

30.

Atan bekerja pada setiap hari . "Pilih ayat yang sesuai."

a)

Bekerja Atan setiap hari.

b)

Bekerja setiap hari Atan.

31.

Ke perpustakaan Karim pergi. "Pilih ayat yang sesuai. "

a)

Karim pergi ke perpustakaan.

b)

Pergi ke perpustakaan Karim.

c)

Pergi ke perpustakaan, Karim.

32.

Pilih contoh ayat susunan songsang.

a)

Adik menonton drama di saluran televisyen Netflix.

b)

Berkejar-kejaran kucing dan anjing itu di padang.

33.
     ____________ adalah sejenis binatang yang suka duduk di celah-celah tilam dan bantal.
a)
Pepijat
b)
Rerama
c)
Jejentik
d)
Pijat-pijat
34.
 Pejalan kaki dinasihat menggunakan _________________ di jalan raya yang sibuk itu.
a)
lintasan belang
b)
jambatan
c)
jejambat
d)
jejantas
35.

____________ Puan Siti boleh menaip dengan cepat sekali

a)

Jejari

b)

Jari jemari

c)

Tetingkap

d)

Lelabah

36.
Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan pembiakan ____________ di takung air.
a)
pepijat
b)
rerama
c)
jejentik
d)
lelabah
37.

Apakah jenis ayat ini?

Ibu menyimpan kek coklat itu di dalam peti sejuk.

a)

Ayat aktif

b)

Ayat pasir

38.

Apakah jenis ayat ini?

Hadiah-hadiah itu telah disampaikan oleh Datuk Lee.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

39.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Han Jian memenangi acara lumba lari 100 meter itu.

a)

Acara lumba lari dimenangi oleh Han Jian 100 meter itu.

b)

Han Jian lumba lari dimenangi 100 meter itu.

c)

Acara lumba lari 100 meter itu dimenangi oleh Han Jian.

40.

Tukar ayat pasif ini kepada ayat aktif yang betul.


Buku itu dihadiahkan oleh ayah kepada adik sempena hari jadinya.

a)

Buku itu menghadiahkan ayah kepada adik sempena hari jadinya.

b)

Ayah menghadiahkan buku itu kepada adik sempena hari jadinya.

c)

Ayah sempena hari jadinya menghadiahkan buku itu kepada adik.