NEW
Font size
WorksheetsTahun 5 BM
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
tengik amat
busuk sekali
hapak sungguh
hanyir sekali
Muthu: ___________ awam di negara itu masih belum memuaskan.
Perkhidmatan
Pemuliharaan
Pencarian
Penawaran
Balan dibenarkan keluar dari hospital setelah ____________ daripada demam panas.
bebas
segar
habis
pulih
Hanya ____________ belia kampung yang telah menyertai program gotong-royong membersihkan sungai.
tiap-tiap
sekalian
segelintir
masing-masing
Arjun berasa ____________ apabila melalui lorong yang gelap itu.
sugul
haru
gerun
sayu
Kisah seorang tua yang meninggal akibat jangkitan wabak Covid 19 adalah benar
Ayat penyata
Ayat perintah
Ayat penegas
Jagalah kebersihan diri dan persekitaran selalu.
Ayat seru
Ayat perintah
Ayat penyata
Wah, kelakarnya pelawak dari negeri Kelantan itu!
Ayat penyata
Ayat perintah
Ayat seruan
Sampah sarap itu terapung di ____ air menyebabkan air sungai semakin tercemar.
dasar
dalam
permukaaan
celah
Dalam majlis itu, baginda _________ bahawa semua penduduk harus bekerjasama dalam menjaga kebersihan kampung.
bertitah
bersiram
berkenan
berangkat
Setelah bermesyuarat, penduduk Kampung Pulai bersepakat untuk mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
bulat hati
bulat kata
buah mulut
buah tangan
Memasak atau memanaskan sesuatu dengan wap air.
mengukus
merendam
merebus
menyimbah
Vincent _ buku itu lalu menyusunnya di rak.
merampas
menggigit
mengambil
mengelap
Ikan itu sudah___________ kerana dipanggang terlalu lama.
tenat
lembam
becak
hangus
Muthu dan keluarganya menziarahi datuk yang sakit _____________ di hospital petang ini.
tenat
lembam
becak
hangus
Kanak-kanak itu masih bermain bola di padang, ____________ hujan turun dengan lebatnya.
walhal
tambahan pula
biarpun demikian
kemudian
Mak Cik Lina menanam beberapa __________ serai di belakang rumahnya.
pohon
ikat
rumpun
tangkai
Kakak memasukkan tiga __________ serai ke dalam masakannya.
batang
pokok
rumpun
tangkai
Siew Li dan keluarganya menangkap beberapa __________ gambar semasa melancong ke Pulau Pinang.
keping
lembar
buah
helai
Dia mendengar muzik itu sebagai ………………….sebelum tidur.
telinga nipis
pasang telinga
halwa telinga
telinga lintah
Walaupun sudah tua tetapi petani itu masih rajin bekerja seperti ………………….
menarik rambut dalam tepung
anai-anai makan kayu
bulan jatuh ke riba
kera kana balacan
Buku yang ditulis oleh Zaidi meriwayatkan sejarah hidup seorang tokoh terkenal.
Pilih perkataan sinonim bagi meriwayatkan.
mengisahkan
menyatakan
mendedahkan
menggambarkan
Pilih ayat yang betul.
I EncikRauf mengumpulkan selonggok daun nangka untuk diberi kepada kambing-kambingnya.
II Ramesh mencatat pesanan guru kelasnya di atas sepucuk kertas.
III Nenek membentangkan segelung tikar di ruang tamu.
IV Abang makan nasi berlaukkan seketul ayam goreng.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat yang betul.
A. Sila mengecil-ngecilkan kebolehan adik kamu itu.
B. Jemput jangan kalian sentuh peralatan berbahaya di bengkel ini.
C. Jangan haraplah dia hendak datang kalau ayahnya tiada di rumah.
D. Tolong minta jemput mereka yang tidak berkaitan keluar sekarang.
Pokok duit-duit tumbuh subur dengan menumpang ……… batang pokok rambutan.
dengan
demi
sejak
pada
Rozi belajar menyelesaikan masalah Matematik itu ………. kakak angkatnya.
dengan
demi
sejak
pada
Hashim semakin gigih belajar ……… dicabar untuk lulus oleh rakan karibnya.
dengan
demi
sejak
pada
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dan tulis pada ruang yang disediakan.
Walaupun tidak berkasut tetapi Raju menjadi pemain harapan pasukannya.
ayam tambatan
kaki bangku
cakar ayam
lipas kudung
kaki ayam
Encik Samad _____ roti canai sebelum membentukkannya di atas permukaan yang telah digris.
menguli
menebar
mengecap
membakar
Kak Hana _____ songket menggunakan beberapa lembar benang emas.
menjahit
menyembat
menenun
melembar
Tukang kebun itu ______ ranting pokok yang tumbuh merimbun.
menghiris
mencanting
memangkas
menebang
Pak Lang ______ sotong bersama rakan-rakannya di tengah laut pada waktu malam.
menjala
memancing
mancandat
mengail
Saya hanya ___ perut dengan memakan sekeping roti.
mengalas
mengisi
memenuhi
memakan
Ibu ____ nasi sebaik sahaja tiba di rumah.
menjerang
menggoreng
merebus
menanak
Pak Dollah terpaksa ______ pokok kelapa itu untuk mengambil buah kelapa muda.
menebang
mengait
memotong
menakik
Angsa peliharaan datuk sedang ___ makanan di dalam parit.
menyudu
mematuk
meragut
menggigit
