NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 5
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Harga ______ sabun mandi lebih murah daripada harga _____ akhbar.
sebiji ... sebuah
sebuku ... senaskhah
sekotak ... segulung
segelung ... selonggok
“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.
wawasan
gagasan
cita-cita
hobi
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Setiap orang murid diberi peluang untuk menyatakan _______ masing-masing.
pendapat
dorongan
hebahan
arahan
_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Sokongan
Imbuhan
Tawaran
Huluran
Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung
lantaran
malahan
manakala
walaupun
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Jam itu tergantung ___________ dinding.
dari
pada
kepada
di
Sazali seperti kerana suka mengasingkan diri.
alim kucing
Abu Nawas
kera sumbang
bodoh sepat
Penduduk kampung mula marah dengan peraih-peraih ikan itu yang bersikap seperti .
lintah darat
hidung tinggi
telinga kuali
muka tembok
Ayah mahu mengusahakan tanah sawahnya yang telah lama terbiar.
bulat suara
bulat mata
bulat rasa
bulat kata
Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
hutang darah
naik darah
hisap darah
mabuk darah
Benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
jambak
keping
garis
baris
Rumah kayu di kampungitu terbakar dijilat api.
Sinonim bagi terbakar.
panggang
hangus
rentung
hangit
Saya melihat seekor ular menelan seekor katak.
Sinonim menelan.
melulur
menjilat
menerkam
meratah
Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa
Perkataan sinonim bagi malu
ajaib
ajak
akal
aib
Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, “Izinkan ______ masuk mengadap ______ untuk menyampaikan khabar gembira.”
patik ………. baginda
hamba …… tuan hamba
hamba …….. baginda
patik …. …. tuan hamba
Bendahara : Baginda akan _____ untuk bertemu rakyat jelata di balairung pada petang esok.
Panglima : Baiklan, segala persiapan akan hamba uruskan segera.
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung titah
menerima mengadap
Struktur tiang bangunan itu diperkuat dengan _______ besi agar bangunan itu kukuh.
tetulang
kekuda
kekisi
lelangit
Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan ‘Dapur Kita’ menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut ______ yang betul.
tatatertib
tatarakyat
tatakerja
tatacara
Sarah _____ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
kekeliruan
kepenatan
kebuntuan
kepekaan
Kumpulan pengakap itu perlu merentas sungai kerana sampai ke tapak perkhemahan di seberang sungai.
betul
salah
Pengawal keselamatan itu menyandang ______ senapang semasa bertugas di pondok pengawal.
sedas
sebatang
selaras
sebidang
Tok Wan dan cucunya membakar lemang menggunakan se__________ kayu api.
pohoh
bekas
berkas
rumpun
Majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini dilaksanakan dengan ________ dan meriah.
lancar
laju
pantas
cergas
Tin minuman itu menjadi _______ setelah dipijak oleh adik.
kemik
ketot
kejur
kasar
Ibu terpaksa membuang buah pisang itu kerana masak terlalu _______.
lama
tawar
ranum
muda
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Othman duduk berlunjur sambil menahan kesakitan pada kakinya akibat kemalangan.
beriba
bersila
bersandar
bersimpuh
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
"Parang yang tajam itu mesti disimpan dalam laci," pesan Pak Long.
ngilu
tumpul
runcing
buruk
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Beberapa orang gadis yang menyertai pertandingan itu sudah kandas pada pusingan awal lagi.
dapat
gagal
berjaya
mengalah
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Pokok-pokok renek ini sudah berusia hampir 10 tahun.
tinggi
pendek
besar
lonjong
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Anak pertama seerti dengan ________.
anak angkat
anak tunggal
anak menantu
anak sulung
