wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GOLONGAN KATA

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan golongan kata dalam bahasa Melayu, kecuali

a)

Kata Nama

b)

Kata Ganti Nama

c)

Kata Kerja

d)

Peribahasa

2.

Kata nama merupakan golongan kata yang telah anda pelajari. Kata nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a)

Kata Nama Am

b)

Kata Adjektif

c)

Kata Nama Khas

d)

Kata Sendi Nama

3.

Kata Nama Khas kecuali

a)

Menara Kuala Lumpur

b)

kasut Bata

c)

kucing

d)

SMK St Mary

4.

Kata Ganti Nama terbahagi kepada tiga jenis :

a)

Kata Adjektif

b)

Kata Ganti Nama Diri Pertama

c)

Kata Ganti Nama Diri Kedua

d)

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

5.

Pilih satu contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama

a)

kami

b)

kamu

c)

engkau

d)

mereka

6.

Antara contoh Kata Kerja ialah

a)

mengait

b)

memanggil

c)

melompat

d)

mampat

7.

Kata Adjektif merupakan kata yang menggambarkan ...

a)

perbuatan seseorang

b)

gerakan yang dilakukan

c)

susunan kata

d)

sifat atau keadaan sesuatu perkara.

8.

Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama. Antara contoh Kata Sendi Nama ...

a)

di

b)

ke

c)

jingga

d)

daripada

9.

Berapakah golongan kata yang terdapat dalam tatabahasa bahasa Melayu?

a)

empat

b)

tiga

c)

dua

d)

satu

10.

Kata kerja terbahagi kepada dua jenis. Nyatakan dua jenis kata kerja tersebut.

a)

kata kerja transitif

b)

kata kerja formatif

c)

kata kerja tak transitif

d)

kata kerja tak formatif

11.

Antara ayat berikut yang manakah merupakan ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif?

a)

Atan mendengar radio.

b)

Perempuan itu menjual sayur.

c)

Azman sedang menganyam tikar.

d)

Nabila sedang tidur.

12.

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja transitif.

a)

Adila sedang menyanyi.

b)

Mereka tinggal di Kuala Lumpur.

c)

Kucing itu sedang tidur.

d)

Pekerja itu membersihkan longkang.

13.

Nyatakan kata kerja yang terdapat dalam teks tersebut.

a)

memakai, mendekati

b)

terjumpa, kawanan

c)

memakai, biri-biri

d)

usang, mendekati

14.

Perkataan yang bergaris merupakan kata ganti nama iaitu _________

a)

kata ganti nama diri pertama

b)

kata ganti nama diri kedua

c)

kata ganti nama diri tanya

d)

kata ganti tunjuk

15.

Berikut merupakan penggolongan Kata Kerja Tak Transitif, kecuali

a)

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

b)

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

c)

kata Kerja Tak transitif keterangan

d)

Kata Kerja Tak Transitif Berpenerang

16.

Berapakah golongan kata adjektif?

a)

enam

b)

tujuh

c)

lapan

d)

sembilan

17.

Manakah antara kata adjektif di bawah tergolong dalam golongan kata adjektif jarak?

a)

Pantas

b)

Biru

c)

Jauh

d)

Lembut

18.

Manakah antara kata adjektif di bawah tergolong dalam golongan kata adjektif sifat/keadaan?

a)

Pendek

b)

Lewat

c)

Awal

d)

Sihat

19.

Manakah antara kata adjektif di bawah tergolong dalam golongan kata adjektif perasaan?

a)

Kelabu

b)

Ungu

c)

Lambat

d)

Sayang

20.

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menyatakan

a)

perasaan

b)

perbuatan

c)

perkataan

d)

perbandingan

21.

Kata kerja transitif ialah

a)

kata kerja yang memerlukan pelengkap

b)

kata kerja yang tidak memerlukan pelengkap

22.

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif.

a)

Ayah memotong rumput di halam rumah.

b)

Ibu dan kakak saya sedang memasak di dapur.

c)

Semua guru mula mengajar dari rumah sejak minggu lepas.

d)

Cikgu Liza hanya tersenyum melihat telatah anak muridnya.

23.

Pilih jawapan yang betul bagi padanan perkataan & golongan kata di bawah.

a)

Membaca - Kata Adjektif

b)

Gelisah - Kata Adjektif

c)

Kucing - Kata Nama

d)

Merentas - Kata Kerja

24.

Pilih jawapan yang betul bagi padanan perkataan dan golongan kata di bawah.

a)

Daripada - Kata Sendi Nama

b)

Berani - Kata Adjektif

c)

Bagaimana - Kata Perintah

d)

Separuh - Kata Bilangan

25.

Manakah padanan yang betul tentang fungsi kata 'lalu' dalam ayat di atas?

a)

A. Sebagai kata kerja ( I dan II)

Sebagai kata tugas ( III dan IV )

b)

B. Sebagai kata kerja ( I dan IV )

Sebagai kata tugas ( II dan III )

c)

C. Sebagai kata kerja ( II dan IV )

Sebagai kata tugas ( I dan III )

d)

D. Sebagai kata kerja ( I dan III)

Sebagai kata tugas ( II dan IV )

26.

Yang manakah ayat yang kata kerjanya merupakan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap?

a)

A. Kami sekeluarga hanya berpegang pada janji mulutnya sahaja.

b)

B. Amar kerap bersiar-siar di tepi pantai dengan rakan-rakannya

c)

C. Dia bersujud kepada Tuhan dengan penuh kesyukuran

d)

D. Mereka bergurau senda di beranda rumah.

27.

Pilih ayat yang menggunakan kata kerja adjektif dan kata penguat untuk menunjukkan darjah penghabisan dengan betul.

I Adik awal yang kecil itu paling cerdik sekali

II Gadis itu antara yang tercantik sekali di kampungnya

III Tiupan angin pada waktu petang sungguu nyaman sekali

IV Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan.

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

28.

Yang manakah ayat yang kata adjektifnya membawa maksud ukuran?

a)

A. Buku tebal itu mahal harganya

b)

B. Muka ibu dan kakak sama-sama bujur

c)

C. Hubungan Ali dan abangnya rapat sekali

d)

D. Masa untuk menyiapkan kerja itu sudah hampir.

29.
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada orang, benda, tempat, perkara dan...
a)
sifat
b)
konsep
c)
unsur
d)
inti
30.
Mereka, beliau , dia
 
Perkataan berikut merujuk kepada 
a)
kata ganti nama diri pertama
b)
kata ganti nama diri kedua
c)
kata ganti nama diri ketiga
d)
kata ganti nama diri tanya
31.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa objek bagi melengkapkan maksud ayat. Contoh perkataan tersebut
a)
berdoa
b)
memukul
c)
digosok
d)
terpijak
32.
Kata kerja transitif memerlukan  ________ untukmelengkapkan maksudnya.
a)
benda
b)
perkara
c)
sesuatu
d)
objek
33.

Peserta lumba lari itu berjalan_______selepas kakinya tersadung pada akar pokok.

a)

terincut-incut

b)

terhuyung-hayang

c)

tercungap-cungap

d)

terumbang-ambing

34.

Azri kelihatan_________untuk mencapai dahan pokok itu ketika mahu menyelamatkan rakannya yang lemas itu.

a)

tertarik-tarik

b)

terkapai-kapai

c)

terhuyung-hayang

d)

terhegeh-hegeh

35.

Maklumat yang diperoleh____________laman sesawang perlu diperiksa kesahihannya sebelum disebarkan kepada orang lain.

a)

di

b)

dari

c)

daripada

d)

pada

36.

Badan Faezah berbau_______________selepas menamatkan latihan bola jaring di sekolahnya.

a)

hapak

b)

hanyir

c)

hamis

d)

hancing

37.

Tindakan undang-undang akan diambil _______orang ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

a)

oleh

b)

terhadap

c)

kepada

d)

pada

38.

Kita haruslah berbelanja secara berhemat ____tidak berlaku kesempitan wang pada hujung bulan.

a)

untuk

b)

demi

c)

kerana

d)

supaya

39.

Dimaklumkan ... Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua telah bermula pada 1 April 2020.

a)

agar

b)

yang

c)

bahawa

d)

iaitu

40.

Ampun tuanku, ... datang mengadap,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

a)

daku

b)

hamba

c)

saya

d)

patik