wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRAKTIS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Total questions: 30

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Silat merupakan seni pertahanan diri yang tidak __________ ditelan zaman.

a)

lupus

b)

luput

c)

hapus

d)

hangus

2.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Monyet-monyet yang sedang bertenggek di atas pokok rambutan itu _________ lari apabila Pak Shukor melepaskan satu das tembakan.

a)

berserakan

b)

bertempiaran

c)

berkeliaran

d)

bertaburan

3.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Layang-layang yang putus tali itu ___________ di angkasa raya.

a)

terawang-awang

b)

terumbang-ambing

c)

terhuyung-hayang

d)

teralun-alun

4.

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


Bangunan usang itu _________ akibat daripada gempa bumi semalam.

a)

rebah

b)

jatuh

c)

runtuh

d)

tumbang

5.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Keuntungan syarikat kami makinA hari semakin berkurangan disebabkanB oleh kenaikanC kos bahan mentah. Tiada kesalahan.D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

6.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


Beberapa orang budak-budakA yang bermain bola di padang itu tidakB memakaiC kasut bola. Tiada kesalahan.D

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


i. Secara diam, Maya menyelesaikan masalah keluarganya.

ii. Suasana di dalam bas menjadi diam apabila sampai di kawasan itu.

iii. Semasa dileteri ibunya, Abang Haikal diam sahaja.

iv. Tidak ada sesiapa yang berani diam di rumah agam itu.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


i. Rumah Pak Usu dirobohkan kerana sudah matang.

ii. Cikgu Maisara sudah matang akan perangai murid-muridnya.

iii. Ayah memetik buah mangga yang sudah matang itu.

iv. Pemikiran Kamil lebih matang daripada abangnya.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

9.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.


Kata-kata pakar motivasi itu benar-benar menyedarkan akan kami.

a)

benar menyedarkan kami

b)

benar-benar menyedarkan kami

c)

menyedarkan kepada kami

d)

benar-benar menyedarkan akan kami

10.

Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.


Amalan saling kunjung-mengunjungi dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga.

a)

Amalan saling kunjung-berkunjung

b)

Amalan saling kunjung

c)

Amalan kunjung-mengunjungi

d)

Amalan saling kunjung-mengunjungi

11.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Amirul tampil ke pentas setelah namanya diumumkan oleh pengacara.

ii. Permintaan yang tinggi menyebabkan harga barangan meningkat.

iii. Sarah meneguk air sirap menggunakan straw.

iv. Pasukan keselamatan negara itu berkorban demi untuk negara.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i. Kenaikan harga minyak akan diumumkan pada setiap minggu.

ii. Walaupun miskin tetapi dia seorang yang pemurah.

iii. Suasana di pasar malam huru-hara dengan suara pelanggan.

iv. Kerja-kerja pedalaman sungai di kampung itu sedang dilakukan.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iii sahaja

d)

ii, iii, dan iv sahaja

13.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Peribahasa yang berikut bermaksud seseorang pulang ke negara asal setelah merantau jauh ke negara orang, kecuali

a)

seperti itik pulang petang.

b)

bagai ikan pulang ke lubuk.

c)

bagai sirih pulang ke gagang.

d)

setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.

14.

Nilai murni yang terdapat dalam rangkap kedua ialah

a)

kebijaksanaan.

b)

kefasihan.

c)

keberanian.

d)

budi bahasa.

15.

Yang berikut ialah persoalan yang hendak disampaikan dalam rangkap keempat.

a)

Persoalan harta menyebabkan budi bahasa tergadai

b)

Persoalan kepentingan harta dalam kehidupan

c)

Persoalan keutamaan emas berbanding dengan budi pekerti mulia

d)

Persoalan mengamalkan adat dalam kehidupan

16.

Pernyataan yang berikut adalah benar tentang pengajaran dalam Pantun Budi, kecuali

a)

budi yang baik akan dikenang sepanjang masa.

b)

bahasa melambangkan keperibadian sesuatu bangsa.

c)

kemiskinan tidak menghalang seseorang itu untuk berbudi bahasa.

d)

perpaduan kaum melalui amalan berbudi bahasa.

17.

Budi yang baik rasa nak junjung.


Gaya bahasa yang sesuai dengan baris Pantun Budi di atas ialah

a)

metafora.

b)

simile.

c)

sinkope.

d)

epifora.

18.

Apakah yang hendak dilakukan oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh Binjah?

a)

Memusnahkan kawasan huma

b)

Membunuh Tuk Sibat

c)

Memusnahkan rumah-rumah suku asli di kawasan tersebut

d)

Bergaduh dengan penduduk kampung

19.

Mengapakah Talia dan ahli-ahli sukunya kelihatan ceria?

a)

Berita kedatangan polis dapat meleraikan pergaduhan

b)

Binjah dan rakan-rakannya ditangkap oleh polis

c)

Tuk Sibat berjaya mengusir rakan-rakan Binjah

d)

Pondok-pondok kepunyaan suku Tuk Sibat dapat diselamatkan daripada dibakar

20.

Antara yang berikut ialah latar tempat yang terdapat dalam petikan di atas, kecuali

a)

kawasan huma.

b)

kawasan perkampungan.

c)

di dalam hutan.

d)

di tepi bandar.

21.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Peniaga atas talian itu baru sahaja mengposkan barang-barang yang dipesan oleh pelanggannya.

(a)  

22.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Ibu bapa amat bimbang akan jangkitan selsema kepada anak-anak kecil mereka.

(a)  

23.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Pelbagai kemudahan asas disediakan di stesyen kereta api yang baru siap dibina itu bagi kemudahan orang ramai.

(a)  

24.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Premis yang terletak di Jalan Anggerik itu menjual pelbagai perabut tempatan dan juga luar negara.

(a)  

25.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Kajian arkeologi banyak menemukan artifak yang membuktikan masyarakat pra sejarah pernah tinggal di gua tersebut.

(a)  

26.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Raja Muda dilantik sebaik-baik sahaja kemangkatan ayahanda baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

(a)  

27.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Bilik mesyuarat itu panas disebabkan oleh kerosakan alat penghawa dingin.

(a)  

28.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Atlet daripada negara seberang berjaya memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.

(a)  

29.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Senarai nama-nama murid yang dapat melanjutkan pelajaran ke asrama penuh sudah diterima oleh pengetua.

(a)  

30.

Dalam ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Sejak dari petang kakak menjahit baju kurung yang ditempah oleh rakannya, Maisarah.

(a)