NEW
Font size
WorksheetsUJIAN PENGUKUHAN AKHIR TAHUN ASK TING. 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, pernyataan manakah betul mengenai teknik linear search?
Teknik pengisihan dalam satu senarai linear
Item yang dikehendaki dibandingkan dengan item di tengah senarai
Carian akan bermula dengan menggunakan item pertengahan dalam senarai
Jika item pertama bukan yang dikehendaki, carian akan diteruskan dengan item kedua.
Baca pernyataan di bawah.
"X merupakan satu teknik untuk mendapatkan item
dalam senarai yang melibatkan keputusan dwipilihan."
Antara yang berikut, manakah yang mewakili X?
Bubble sort
Bucket Sort
Linear search
Binary search
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang mengaplikasikan teknik sort?
I. Wahid pergi ke kedai untuk membeli beras
II. Ibu menyemak buku latihan adik mengikut subjek
III. Abu mengisih barangan terpakai mengikut kategori yang ditetapkan
IV. Ain menyuruh anaknya untuk mengenal pasti dan menyusun baju mengikut warna
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Lili merupakan bendahari persatuan ICT di sekolahnya. Dia ingin menyemak senarai ahli yang sudah menjelaskan yuran dan kemudian mengisih mengikut tarikh pembayaran. Antara yang berikut, teknik sort dan search manakah yang perlu digunakan?
Bucket sort dan binary search
Bucket sort dan linear search
Bubble sort dan linear search
Bubble sort dan binary search
Dalam bidang pengkomputeran, apakah yang dimaksudkan dengan “search”?
Mencari benda yang hilang
Mencari item dalam senarai
Mencari dan mengisih item dalam senarai
Mencari suatu item dalam senarai yang diisih
Antara berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang benar tentang maksud pangkalan data?
Pangkalan data adalah ingatan komputer yang digunakan untuk menyimpan maklumat.
Pangkalan data merupakan satu tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat bagi sistem maklumat yang berasaskan komputer
Pangkalan data merupakan storan utama penyipanan data
Pangkalan data dapat memudahkan data dan maklumat untuk disimpan, dicapai dan dikemas kini
Antara berikut, yang manakah adalah benar mengenai sistem fail secara elektronik?
Menggunakan komputer
Data direkodkan dalam fail komputer
Data disimpan dalam peranti storan komputer
Semua di atas
Capaian data dan maklumat dalam pangkalan data dilakukan melalui penggunaan bahasa pengaturcaraan seperti __________________
Scratch
Python
SQL
C
Dalam pangkalan data hubungan, setiap entiti diwakili oleh satu _____________
jadual
borang
hasil pertanyaan (query)
laporan
Apakah kepentingan kekunci primer dalam sistem pangkalan data?
Memberi nilai unik untuk simpanan data
Menjimatkan ruang storan komputer
Memelihara integriti data
Semua di atas
Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?
3
4
5
6
Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah?
Pemikiran kritis
Pemikiran kreatif
Pemikiran aras tinggi
Pemikiran komputasional
Apakah fasa pembangunan atur cara yang terlibat semasa mengenal pasti input, proses dan output?
Analisis masalah
Rekabentuk atur cara
Pengkodan
Dokumentasi
Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan semasa menulis kod arahan yang mengambil kira arahan input dan output serta penggunaan pemboleh ubah yang betul?
Teknik pengitlakan
Teknik pengecaman corak
Teknik peniskalaan
Teknik leraian
Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan dalam penghasilan dokumen pustaka dan panduan pengguna berdasarkan aspek- aspek penting pada fasa dokumentasi?
Teknik pengitlakan
Teknik pengecaman corak
Teknik peniskalaan
Teknik leraian
Antara yang berikut, manakah pernyataan yang betul mengenai kriptografi?
Berasal daripada bahasa Perancis
Satu contoh kriptografi ialah tulisan Graphein
Bertujuan mengelakkan tulisan daripada diubah suai.
Kajian tentang teknk kerahsiaaan atau dikenali sebagai keselamatan komunikasi data
Antara yang berikut, pasangan algoritma manakah yang digunakan untuk penyulitan dan nyahsulit dalam kriptografi?
Kunci (keys)
Teks biasa (plaintext)
Teks sifer (ciphertext)
Algoritma kriptografi
Apakah nama bagi sistem sifer yang menyusun semula aksara- aksara dalam mesej biasa untuk menghasilkan teks sifer?
Reverse Cipher
Encryption Cipher
Subsitution Cipher
Transposition Cipher
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah sifer (cipher)?
Mesej yang disulitkan
Keselamatan komputer
Algoritma untuk menukar teks biasa kepada teks sifer
Kajian kaedah- kaedah menyulitkan dan menyahsulitkan mesej rahsia
Apakah item yang diperlukan untuk menyulitkan atau menyahsulit mesej rahsia?
Kata laluan (password)
Kunci sifer (Cipher key)
Sijil digital (Digital certificate)
Tandatangan (e-signature)
