Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS UPSR (IMBAS KEMBALI)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi bagi mikroorganisma?

a)

Kuman kecil yang berbahaya

b)

Haiwan paling kecil di dunia ini

c)

Benda hidup yang sangat kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar

d)

Hidupan seni yang boleh dilihat dengan mata kasar

2.

Sebagai benda hidup mikroorganisma boleh menjalani proses hidup berikut kecuali

a)

Bertumbuh

b)

Bergerak

c)

Bernafas

d)

Bermain

3.

Rajah di bawah menunjukkan keadaan roti selepas dibiarkan selama 2 minggu. Apakah inferens tentang keadaan yang berlaku ke atas roti tersebut?

a)

Mikroorganisma bernafas

b)

Mikroorganisma bertumbuh

c)

Mikroorganisma bergerak

4.

Alat yang digunakan untuk memerhatikan mikroorganisma ialah

a)

Teleskop

b)

Mikroskop

c)

Periskop

5.

Berikut adalah haiwan yang hidup bersendirian kecuali...

a)

burung belatuk

b)

labah-labah

c)

beruang

d)

burung merpati

6.

Apakah jenis simbiosis pokok dedalu pada dahan pokok mangga?

a)

komensalisme

b)

parasitisme

c)

mutualisme

7.

Interaksi ialah perhubungan aktif antara haiwan yang saling bergantung antara satu sama lain

a)

Betul

b)

Salah

8.

Interaksi Intraspesis ialah interaksi antara hidupan berlainan spesies.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Berikut adalah contoh interaksi...

a)

Intraspesies

b)

Interspesies

10.

Gambar di bawah menunjukkan sejenis haiwan. Antara berikut yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dengan haiwan ini?

a)

Mamot

b)

Panda

c)

Penyu Hijau

d)

Harimau

11.

Apakah definisi bagi haiwan yang telah pupus?

a)

Haiwan yang sangat sedikit bilangannya di muka bumi

b)

Haiwan yang sudah tidak wujud lagi di dunia ini

c)

Haiwan yang berasal dari zaman purba

d)

Haiwan yang diancam kepupusan

12.

Berikut merupakan haiwan yang terancam kecuali.....

a)

Tenuk

b)

Dugong

c)

Penyu belimbing

d)

Kambing biri-biri

13.

Gambar di bawah menunjukkan sejenis tumbuhan yang terancam. Antara berikut yang turut tergolong dalam kumpulan ini KECUALI

a)

Orkid merpati

b)

Periuk api

c)

Kacip fatimah

d)

Tongkat ali

14.

Gambar di bawah menunjukkan suatu kawasan yang telah diisytiharkan sebaga Taman Negara. Apakah yang tidak boleh dilakukan di kawasan tersebut.

a)

Melakukan aktiviti pembalakan secara kecil-kecilan

b)

Mengadakan lawatan sambil belajar

c)

Menaiki bot menyusuri sungai

d)

Melakukan aktiviti "jungle trekking"

15.

Apakah maksud pemuliharaan?

a)

Mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan supaya tidak terjejas

b)

Mengembalikan semua keadaan sesuatu kawasan agar pulih seperti sedia kala

c)

Mengumpulkan data tentang kemusnahan hutan

d)

Menjaga orang utan di pusat rehabilitasi

16.

Apakah maksud daya?

a)

Daya tolakan

b)

Daya tarikan

c)

Daya geseran

d)

Tindakan yang melibatkan tarikan dan tolakan

17.

Antara berikut adalah berkaitan dengan daya geseran kecuali

a)

Geseran sentiasa melawan arah pergerakan

b)

Geseran melibatkan dua permukaan yang bersentuhan

c)

Geseran menyebabkan seseorang itu tergelincir di lantai

d)

Geseran menyebabkan sesuatu objek itu kekal pegun

18.

Encik Yasin mengalami masalah lantai bilik air yang agak licin. Cadangkan cara terbaik yang boleh dilakukan oleh beliau bagi mengatasi masalah tersebut.

a)

Memakai alas kaki ketika memasuki bilik aiR

b)

Membina bilik air yang baru

c)

Meletakkan pasir di lantai bilik airnya

d)

Menggunakan pelapik anti gelincir di atas permukaan lantai tersebut

19.

Apakah maksud kelajuan?

a)

Ukuran kelajuan sesuatu objek ke destinasi

b)

Jarak yang dilalui oleh sesuatu obek dalam satu tempoh masa

c)

Ukuran jarak sesuatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain

d)

Ukuran kepantasan pergerakan sesuatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain

20.

Apakah formula kelajuan?

a)

Jarak bahagi masa

b)

Jarak bahagi laju

c)

Jarak darab masa

d)

Jarak darab laju

21.

Hakimi mencatatkan masa 15 saat dalam acara 100 meter manakala Danial pula mencatatkan masa 16 saat? Siapakah yang lebih laju?

a)

Hakimi

b)

Danial

22.

Mengapakah kaedah pengawetan di atas menyebabkan ikan tahan lebih lama?

a)

Bakteria telah dimusnahkan.

b)

Bakteria tidak dapat hidup tanpa udara.

c)

Bakteria tidak aktif dalam keadaan panas dan lembap.

d)

Bakteria tidak dapat membiak dalam keadaan yang kering.

23.

Gambar di bawah menunjukkan sejenis makanan. Apakah jenis pengawetan yang sesuai bagi makanan ini?

a)

Pengeringan

b)

Penjerukan

c)

Penyejukkan

d)

Pemasinan

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bukan bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

Tulang ikan

b)

Nasi basi

c)

Botol air mineral

d)

Daun kering

25.

Apakah yang akan berlaku sekiranya penggunaan baja dan racun serangga tidak dikawal dalam bidang pertanian?

a)

Banjir kilat

b)

Hujan asid

c)

Hakisan tanah

d)

Pencemaran air

26.

Perkara-perkara berikut mungkin terjadi sekiranya semua bahan di bawah tidak terbiodegradasikan KECUALI

a)

mewujudkan bau yang tidak selesai

b)

menjadi tempat pembiakan haiwan perosak

c)

menjadi punca penyakit

d)

menceriakan pemandangan

27.

Penggunaan beg plastik semasa membeli belah telah diharamkan di beberapa buah negara di dunia. Adakah tindakan ini baik?

a)

Tidak, kerana ia menyusahkan pengguna

b)

Ya, kerana pengguna boleh menggunakan alternatif lain

c)

Tidak, kerana penggunaan beg plastik lebih mesra pengguna

28.

Apakah sifat cahaya yang menyebabkan berlakunya gerhana?

a)

Cahaya bergerak lurus

b)

Cahaya boleh menembusi objek legap

c)

Cahaya boleh dipantulkan

d)

Cahaya boleh dibiaskan

29.

Rajah di bawah menunjukkan satu fenomena semula jadi. Apakah fenomena yang boleh dilihat apabila bulan berada di Q?

a)

Gerhana bulan penuh

b)

Gerhana bulan separa

c)

Gerhana matahari penuh

d)

Gerhana matahari separa

30.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang gerhana Bulan?

a)

Berlaku pada waktu siang

b)

Bulan berada antara Bumi dengan Matahari

c)

Berlaku disebabkan oleh saiz Bulan yang sangat kecil

d)

Bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi

31.

Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan tentang fenomena gerhana. Apakah sifat glob yang menyebabkan fenomena itu?

a)

Legap

b)

Sfera

c)

Lutsinar

d)

Lutcahaya

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan buruj?

a)

Kumpulan bintang di langit pada waktu malam

b)

Gugusan bintang-bintang yang cantik pada waktu malam

c)

Sekumpulan bintang yang membentuk corak-corak tertentu pada waktu malam

d)

Buruj biduk, belantik, skorpio dan pari

33.

Berkut merupakan maklumat mengenai sejenis buruj. Apakah buruj tersebut?

a)

Biduk

b)

Belantik

c)

Skorpio

d)

Pari

34.

Kehadiran buruj yang ditunjukkan di bawah memberi petanda berikut

a)

musim membajak

b)

musim menanam

c)

musim menuai

d)

musim tengkujuh

35.

Sejenis buruj dikenali sebagai buruj Ursa Major yang membentuk corak seperti beruang besar yang digambarkan dalam rajah di bawah. Apakah buruj lain yang menjadi sebahagian daripada buruj tersebut?

a)

Biduk

b)

Belantik

c)

Scorpio

d)

Pari

36.

Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas?

a)

Alat yang menjimatkan

b)

Alat yang biasa

c)

Alat yang lestari

d)

Alat yang membolehkan kerja dilakukan dengan lebih mudah dan cepat

37.

Rajah di bawah menunjukkan sejenis mesin kompleks. Mengapakah ia dipanggil mesin kompleks?

a)

Dapat melakukan kerja dengan mudah

b)

Dapat melakukan kerja dengan cepat

c)

Dapat melakukan kerja dengan daya yang sedikit

d)

Terdiri daripada lebih dari satu mesin ringkas

38.

Apakah prinsip mesin ringkas yang boleh digunakan bagi memudahkan kerja mencabut paku seperti dalam gambar di atas.

a)

Tuas

b)

Baji

c)

Satah condong

d)

Takal

39.

Antara peralatan berikut yang manakah menggunkan takal?

a)

Pisau

b)

Jongkang-jongket

c)

Gunting

d)

Kren

40.

Alat yang menggunakan gear, roda dam gandar dan skru

a)

Jam tangan

b)

Kereta sorong

c)

Gunting