WorksheetsSEJARAH(MODUL BERFOKUS)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?
Kebebasan beragama
Kesejahteraan hidup
Kemajuan ekonomi
Ketinggian moral
Maklumat berikut merupakan sistem perundangan yang diperkenalkan dalam tamadun Mesopotamia
*Kod Undang-Undang Hammurabi
Apakah prinsip utama yang dititikberatkan dalam undang-undang ini?
Berdasarkan hukuman adat
Hukuman berasaskan bukti kukuh
Berteraskan hak dan keadilan rakyat
Mementingkan konsep permuafakatan
Maklumat berikut berkaitan dengan permintah tamadun India
*Chandragupta Maurya
*Bindusara
*Asoka
Mengapakah zaman permerintahan Asoka berbeza daripada pemerintah sebelumnya?
Penaklukan melalui penyebaran agama
Pelaksanaan undang-undang tegas
Pengamalan sistem demokrasi
Pembinaan kubu pertahanan
Mengapakah di negara kota Athens mementingkan sistem pendidikan?
Mengukuhkan kedudukan politik
Memperkuat anggota tentera
Memajukan bidang ekonomi
Melahirkan warganegara yang seimbang
Mengapakah masyarakat agraria menanam padi huma secara teres dan relung?
Kekurangan bekalan air
Arahan pakar pertanian
Menambahkan nutrien tanah
Mengekalkan kesuburan tanah
*Perkembangan kerajaan Funan dan Angkor disebabkan adanya sistem pengairan
Berdasarkan pernyataan tersebut, bagaimanakah sistem pengairan dapat dilaksanakan dengan baik?
I Raja terlibat dalam pembinaan baray
II kerajaan terlibat dalam pengurusan sistem pengairan
III Rakyat mempunyai kemahiran membina tasik
IV Bomoh memainkan peranan menjampi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah wujud diskriminasi yang jelas terhadap golongan wanita pada zaman Jahiliah?
I Harta pusaka tidak boleh diwarisi
II Wanita menjatuhkan maruah keluarga
III Perkahwinan sesama kabilah dihalang
IV Seorang lelaki memiliki banyak isteri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk ISlam di Makkah
*Amir bin Fuhairah
*Bilal bin Rabah
Mengapakah tokoh di atas tertarik kepada ajaran Islam?
Persamaan taraf
Perubahan status
Desakan keluarga
Kebebasan beragama
Umat Islam di negara kita menyambut "Maal Hijrah" setiap tahun.
Mengapakah sambutan ini diadakan?
Mengingati kejayaan pembentukan kerajaan Islam yang pertama
Mengingati perjuangan uamt Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW
Mengingati permulaan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
Mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi?
Memberi panduan pemerintahan negara
Melindungi tradisi masyarakat Arab
Menamatkan permusuhan dengan Rom
Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
Jadual 1 berkaitan dengan peperangan yang berlaku antara orang Quraisy Makkah.
Peristiwa- Perang Khandak
Tahun- 627 Masihi
Pihak yang menang- Tentera Islam
Apakah faktor kemenangan tentera ISlam dalam peperangan tersebut?
Peralatan yang canggih
Bilangan tentera ramai
Strategi perang mantap
Bantuan luar diperoleh
Maklumat berikut menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu BAkar semasa aman pemerintahan beliau.
*Menghimpunkan tulisan al Quran
*Menyalin semula al-Quran
Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
Catatan al-Quran musnah akibat perang
Bimbang pengaruh Kristian dalam kitab Bible
Banyak catatan al-Quran dipinda
Kehilangan ramai hafiz al-Quran
Ssenarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara
*Islam dari Arab
*Islam dari India
*Islam dari China
Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori teresebut?
Melalui kegiatan perdagangan
Melalui pertukaran kebudayaan
Menerusi kegiatan kesusasteraan
Menerusi kegiatan perluasan kuasa
Pernyataan di bawah merupakan sumber catatan China yang menyentuh tentang kewujudan perkampungan pada tamadun awal.
*Perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi.
Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan dengan kewujudan perkampungan tersebut?
Perkembangan pengaruh Islam
Peranan pedagang menyebarkan Islam
Kewujudan pusat kebudayan Islam
Kemunculan kerajaan Islam
Mengapakah konsep daulat diperkenalkan dalaminstitusi kesultanan masyarakat Melayu?
I sebagai pengikat antara rakyat dengan pemerintah
II Mendewa-dewakan seseorang raja
III Menonjolkan kuasa sakti raja
IV Mendapat penghormatan rakyat terhadap institusi raja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Masyarakat Melayu cenderung mengaplikasikan pepatah berikut dalam pendidikan tidak formal
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Berdasarkan pendapat anda, mengapakah pepatah selalu digunakan dalam masyarakat Melayu?
Memartabatkan Bahasa Melayu
Menanamkan perasaan cinta akan sastera
Memupuk budaya tradisi Melayu
Menerapkan aspek pengajara
Maklumat berikut berkaitan dengan Zaman Gelap di Eropah.
Keruntuhan empayar Rom
Kemusnahan kuasa pusat
Kemunculan golongan Baron
Apakah implikasi daripada situasi tersebut terhadap golongan petani di Eropah?
I Petani terpaksa menjadi hamba
II Memperoleh perlindungan daripada tuan tanah
III Petani tidak perlu membayar cukai
IV Mereka mencari pekerjaan lain
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada awal abad ke-16, penjelajahan dan penerokaan merupakan kegiatan para pelaut Eropah dengan tujuan mencari jalan laluan baru menuju ke Timur.
Mengapakah negara Timur menjadi sasaran kegiatan tersebut?
Memasarkan hasil keluaran
Membekalkan tenaga buruh
Memajukan masyarakat tempatan
Mempunyai kekayaan sumber alam
Senarai berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang berjasa dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu.
*Long Jaafar
*Raja Jumaat
*Ngah Ibrahim
Apakah sumbangan tokoh-tokoh tersebut?
Memajukan Sistem Kangcu
Melicinkan sistem peraturan tanah
Memajukan perlombongan bijih timah
Memperkenalkan tanaman komersial
Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu.
Sanitary Board
Apakah tujuan penubuhan lembaga tersebut?
Menjaga kebersihan bandar
Mengawal penyakit berjangkit
Memelihara kebajikan penduduk
Menyediakan perkhidmatan perubatan
Apakah persamaan bagi jawatan golongan Mandarin di negara China dan Vietnam?
Mengawal upacara keagamaan
Mengetuai pentadbiran pusat
Dipilih melalui peperiksaan
Dilantik oleh raja
Encomiendero
Encomienda(Barangay-barangay digabungkan)
Mengapakah rakyat Filipina menentang sistem tersebut?
Perubahan hak milik tanah
Pelaksanaan kerahan tenaga
Pengenalan pendidikan moden
Pemusatan pentadbiran tradisional
Dialog berikut mungkin berlaku antara pegawai Belanda tentang dasar pendidikan di Indonesia
Pegawai A: Kita perlu bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan sekolah
Pegawai B: Betul. Saya setuju dengan pendapat tuan
Apakah tujuan dasar pendidikan tersebut diamalkan?
Memecahbelahkan perpaduan masyarakat
Menghalang kemasukan penduduk asing
Menyekat perkembangan sekolah agama
Menghapuskan amalan tradisi penduduk
Apakah faktor penduduk tempatan di Perak menentang JWW Birch?
I Memperkenalkan sistem cukai
II Mengekalkan sistem perhambaan
III Menguasai kawasan perlombongan
IV Memungkiri fungsinya sebagai penasihat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Akhbar berikut merujuk kepada akhbar yang menyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20.
*Al Imam
*Neracha
*Idaran Zaman
Akhbar tersebut merupakan edaran
Gerakan Pan-Islamisme
Kesatuah Melayu Muda
Gerakan Islah
Penyatuan Negeri
Maklumat berikut merujuk kepada penubuhan persatuan oleh cerdik pandai Pulau Pinang
Tahun-1934
Penubuhan- Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)
Apakah kepentingan penubuhan persatuan di atas?
Menggalakkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib golongan penulis
Menjaga kepentingan pembesar tempatan
Menggerakkan aktiviti menuntut kemerdekaan
Mengapakah Count Camilo Benso di Cavour menyanjung amalam realpolitik?
Kestabilan politik terjamin
Kejayaan menyatukan Itali
Kerjasama dengan negara lain
Kemakmuran ekonomi negara
Antara berikut,yang manakah kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?
I Rakyat
II Kerajaan
III Pembesar
IV Pemerintah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union?
Membentuk kerajaan sendiri
Membantu kaum bumiputera
Mengukuhkan perpaduan kaum
Mengurangkan pegawai kerajaan
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
Pelaksanaan sistem penasihat
Penubuhan Majlis Raja-Raja
Penyelarasan sistem pewarisan takhta
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British
Tahun- 1951
Pengenalan- Sistem Ahli
Apakah manfaat pengenalan sistem tersebut kepada rakyat Tanah Melayu?
Berhak mengawal kewangan
Berkuasa menentukan dasar
Memperkukuh penguasaan politik
Menimba pengalaman mentadbir kerajaan
Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
Menganjurkan rundingan antara kaum
Melantik pegawai pentadbiran
Merangka perlembagaan baru
Mencadangkan tarikh pilihan raya
Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963?
Menentukan dasar luar
Mengawal hal ehwal imigresen
Mengawal sumber kewangan
Menentukan agama rasmi
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold untuk menarik penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia?
I Menjamin kedudukan penduduk pribumi
II Menyegerakan pemberian kemerdekaan
III Memajukan taraf ekonomi penduduk
IV Memberi hak dasar imigresen
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan perlembagaan bagi sesebuah negara?
I Menjamin kemasukan pelabur asing
II Mengawal kebebasan parti-parti politik
III Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab
IV Menjadi asas pembentukan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia?
Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya
Tidak memihak kepada mana-mana parti
Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu
Menyalurkan bantuan kewangan kapada parti yang bertanding
*Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
*Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Pelaksanaan kurikulum tersebut adalah berdasarkan
Penyata Razak
Laporan Rahman Talib
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Kajian Aminuddin Baki
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
Apakah faedah yang diperoleh daripada sukan tersebut?
Menangkis ancaman luar
Memupuk semangat setia kawan
Menghakis penduduk berbilang kaum
Mewujudkan kerjasama antarabangsa
Apakah kesan Perang Dunia Kedua terhadap tanah jajahan Barat?
Memberi peluang menjajah semula
Menanggung perbelanjaan peperangan
Mencapai kemerdekaan daripada penjajah
Menghadapi peperangan sesama sendiri
Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkanpada 17 Jun 1998.
Apakah tujuan kerajaan melancarkan program tersebut?
Mencipta masyarakat yang adil
Membina masyarakat yang progresif
Melahirkan masyarakat yang informatif
Melahirkan masyarakat yang demokratik
