wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Perniagaan 3 - Ulangkaji Bab 1 & 2

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Agensi yang membantu usahawan memasarkan keluaran berasaskan pertanian seperti di Pasar Tani dan pusat belian barang pertanian ialah

a)

MARA

b)

FAMA

c)

MARDI

d)

MATRADE

e)

SIRIM

2.

Agensi yang menyediakan khidmat rundingan berkaitan pertanian dan teknologi pertanian

a)

MARA

b)

FAMA

c)

MARDI

d)

SIRIM

3.

Diberikan oleh pembekal untuk membiayai belian bahan mentah / barang niaga oleh usahawan

a)

Overdraf

b)

Pinjaman

c)

Kredit perdagangan

d)

Pemfaktoran

4.

Agensi kerajaan yang menyediakan tapak kilang ialah

a)

MARA

b)

RISDA

c)

MARDI

d)

UDA

e)

PKEN

5.

Kemudahan kepada pemegang Akaun Semasa untuk mengeluarkan wang lebih daripada baki simpanan yang ada

a)

Overdraf

b)

Pinjaman

c)

Kredit perdagangan

d)

Pemfaktoran

6.

Terdiri daripada pinjaman jangka pendek, pinjaman jangka panjang dan pinjaman bercagar

a)

Overdraf

b)

Pemfaktoran

c)

Kredit perdagangan

d)

Pinjaman bank

7.

Kemahiran, pengalaman atau kepakaran yang dimiliki oleh usahawan merupakan

a)

Modal kewangan

b)

Modal formal

c)

Modal tidak formal

d)

Modal bukan kewangan

e)

Modal insan

8.

Melibatkan dokumentasi dan prosedur yang banyak untuk memohonnya

a)

Modal kewangan

b)

Modal formal

c)

Modal tidak formal

d)

Modal bukan kewangan

e)

Modal insan

9.

Dana yang disumbangkan oleh individu kaya, syarikat atau badan professional untuk melabur dalam perniagaan yang ada potensi menghasilkan pulangan yang tinggi

a)

Modal ekuiti

b)

Modal hutang

c)

Modal formal

d)

Modal teroka

10.

Modal kewangan terdiri daripada

a)

Modal ekuiti

b)

Modal hutang

c)

Modal insan

d)

Modal teroka

11.

Modal ____________ memerlukan usahawan menyediakan sandaran yang sesuai dengan jumlah yang dimohon

a)

Modal ekuiti

b)

Modal hutang

c)

Modal insan

d)

Modal teroka

12.

Modal ____________ diperoleh melalui jualan saham dan juga sumbangan pemilik

a)

Modal ekuiti

b)

Modal hutang

c)

Modal insan

d)

Modal teroka

13.

Dikenakan faedah dan perlu dibayar balik

a)

Modal ekuiti

b)

Modal hutang

c)

Modal insan

d)

Modal teroka

14.

Pakatan strategik terdiri daripada

a)

Francais

b)

Perlesenan

c)

Kontrak pengeluaran

d)

Usaha sama

15.

Kaedah perniagaan yang melibatkan pembayaran royalti ialah

a)

Francais dan Usahasama

b)

Perlesenan dan Kontrak pengeluaran

c)

Kontrak pengeluaran dan Francais

d)

Perlesenan dan Francais

e)

Usahasama dan Kontrak pengeluaran

16.

Jenis francais dalam rajah di atas ialah

a)

Francais berformat

b)

Francais wakil pengedar

c)

Francais lesen bertanda dagang

d)

Francais pengilangan produk

17.

Permanis Sdn Bhd merupakan pembotol rasmi untuk Pepsi Cola di Malaysia. Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Francais berformat

b)

Francais wakil pengedar

c)

Francais lesen bertanda dagang

d)

Francais pengilangan produk

18.

Rajah di atas merujuk kepada

a)

Francais berformat

b)

Francais wakil pengedar

c)

Francais lesen bertanda dagang

d)

Francais pengilangan produk

19.

Syarikat yang mengeluarkan jam tangan tersebut terlibat dalam perniagaan

a)

Francais berformat

b)

Francais wakil pengedar

c)

Francais lesen bertanda dagang

d)

Francais pengilangan produk

20.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA)

menyediakan kemudahan seperti geran Agropreneur Muda untuk usahawan muda dan geran pemadanan.

Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Bantuan pemasaran

b)

Bantuan khidmat nasihat dan rundingan

c)

Bantuan tapak kilang

d)

Bantuan kewangan

21.

Kemudahan seperti Zon Perdagangan Bebas (FTZs)

Kawasan keutamaan Kastam (PCAs) dan Licence manufacturing Warehouse (LMWs) - Merujuk kepada

a)

Bantuan pemasaran

b)

Bantuan khidmat nasihat dan rundingan

c)

Bantuan tapak kilang

d)

Bantuan kewangan

22.

Berhati-hati dalam mengambil risiko kerana takut dipersalahkan

a)

Pengurus

b)

Peniaga

c)

Usahawan

23.

Bermula dengan skala kecil dan berusaha mengembangkannya menjadi perniagaan yang besar

a)

Pengurus

b)

Peniaga

c)

Usahawan

24.

Max Weber ialah tokoh dalam

a)

Pendekatan ekonomi

b)

Pendekatan psikologi

c)

Pendekatan sosiologi

25.

Keuntungan dan kekayaan sebagai dorongan menjadi usahawan

a)

Pendekatan ekonomi

b)

Pendekatan psikologi

c)

Pendekatan sosiologi

26.

David McClelland ialah seorang tokoh dalam

a)

Pendekatan ekonomi

b)

Pendekatan psikologi

c)

Pendekatan sosiologi

27.

Menghadapi keadaan ketidakpastian

a)

Berani mengambil risiko

b)

Inisiatif yang tinggi

c)

Kreatif

d)

Inovatif

e)

Bijak merebut peluang

28.

Tindakan yang dilakukan akan membawa faedah dan kebaikan kepada semua pihak

a)

Berfikiran menang menang

b)

Bersikap proaktif

c)

Berorientasikan matlamat

d)

Lakukan perkara yang utama dahulu

e)

Bersinergi

29.

Satu kaedah berkumpulan untuk menjana seberapa banyak idea yang boleh

a)

Soalselidik

b)

Pemerhatian

c)

Kumpulan fokus

d)

Sumbangsaran

30.

Sekumpulan individu menyumbangkan idea dalam format berstruktur

a)

Soalselidik

b)

Pemerhatian

c)

Kumpulan fokus

d)

Sumbangsaran

31.

Peringkat menerangkan idea secara terperinci kepada bakal pelanggan

a)

Tahap menapis idea

b)

Tahap membina konsep

c)

Tahap menguji konsep

d)

Tahap membina prototaip

e)

Tahap mengkomersialkan

32.

Ciri orang yang efektif yang boleh dikembangkan dengan membaca atau menghadiri kursus

a)

Berfikiran menang-menang

b)

Bersikap proaktif

c)

Bersinergi

d)

Berorientasikan matlamat

e)

Tajamkan gergaji

33.

Menghadiri kursus mengawal kemarahan adalah dari aspek

a)

Jasmani

b)

Rohani

c)

Emosi

d)

Intelek

34.

Ciri usahawan yang percaya pada kemampuan diri ialah

a)

Inisiatif yang tinggi

b)

Sanggup berkorban

c)

Lokus kawalan dalaman yang tinggi

d)

Berorientasikan masa hadapan

e)

Kreatif

35.

Meningkatkan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat seperti menggunakan perkhidmatan pengangkutan dan membeli bahan mentah

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menggalakkan industri sokongan

d)

Sebagai sumber inspirasi

e)

Menjalankan tanggungjawab sosial

36.

Cik Hayani, seorang usahawan produk kesihatan telah menyediakan biasiswa bernilai RM5 juta untuk pelajar lepasan STPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti di kampung kelahirannya

a)

Menyediakan peluang pekerjaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menggalakkan industri sokongan

d)

Sebagai sumber inspirasi

e)

Menjalankan tanggungjawab sosial

37.

Antara berikut merupakan ciri-ciri orang efektif menurut Stephen Covey kecuali?

a)

Tajamkan gergaji

b)

Bersinergi

c)

Bertanggungjawab

d)

Cuba memahami dahulu kemudian cuba difahami

38.

Berikut merupakan sumber yang memberikan usahawan idea baru untuk membuka perniagaan kecuali

a)

Paten

b)

Pengurus

c)

Saluran pengedaran

d)

Produk sedia ada

39.

Modal merujuk kepada

a)

Sebarang kekayaan yang boleh digunakan bagi menghasilkan lebih banyak kekayaan untuk sesebuah perniagaan.

b)

Pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi sebuah perkongsian dengan tujuan meneroka peluang perniagaan baharu

c)

Melibatkan pembayaran balik pinjaman pada kadar bunga tertentu

d)

Perbelanjaan melibatkan pembelian aset baharu

40.

Kebaikan perniagaan memulakan sendiri ialah

a)

Pemilik bebas menentukan cara menjalankan perniagaan

b)

Perlu mengambil pekerja baharu

c)

Perlu mencari pelanggan baharu

d)

Tiada rujukan

41.

Perniagaan yang dijalankan hasil kerjasama antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan mendapatkan teknologi produk, kemahiran,kepakaran dan pengetahuan pada peringkat tempatan atau antarabangsa..


Antara berikut yang manakah bukan pakatan strategik..

a)

Usaha sama

b)

Perlesenan

c)

Kontrak pengeluaran

d)

Francais

42.

Kelemahan Francais ialah

a)

Promosi produk menyeluruh dilakukan oleh francaisor

b)

Latihan disediakan oleh Francaisor

c)

Bantuan kewangan disediakan oleh Francaisor

d)

Yuran francais tinggi

43.

Format kelima dalam rancangan perniagaan ialah

a)

Latar belakang projek

b)

Rancangan Kewangan

c)

Rancangan Organisasi

d)

Latar belakang pemilik

44.

Bahagian ini menujukkan satu rangkaian aktiviti yang perlu dijalankan oleh sesebuah organisasi iaitu merancang, mengguna dan mengawal sumber organisasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan

a)

Rancangan Pengeluaran

b)

Rancangan Pemasaran

c)

Rancangan Organisasi

d)

Rancangan Kewangan

45.

Apakah elemen penting dalam rumusan eksekutif

a)

Maklumat perniagaan

b)

Maklumat pekerja

c)

Maklumat pesaing

d)

Maklumat usahawan

46.

Elemen penting dalam rancangan pengeluaran ialah

a)

Senarai mesin dan peralatan

b)

Senarai pesaing

c)

Carta organisasi

d)

Harga produk

47.

Elemen yang terkandung dalam rancangan kewangan

a)

Analisis prestasi kewangan

b)

Kapasiti pengeluaran

c)

Belanjawan pengeluaran

d)

Susun atur pengeluaran

48.

Format rancangan perniagaan yang kesembilan ialah

a)

Rancangan Organisasi

b)

Kesimpulan

c)

Rancangan Pengeluaran

d)

Rancangan Kewangan

49.

Butiran yang perlu disertakan semasa menyediakan bahagian latar belakang syarikat ialah kecuali..

a)

Alamat

b)

Nombor telefon

c)

Kegiatan utama syarikat

d)

Kelulusan akademik

50.

Penggunaan modal tanpa pembaziran dan penjimatan kos berkaitan dengan kepentingan RP iaitu

a)

Sebagai alat kawalan

b)

Sebagai alat komunikasi kepada pihak berkepentingan

c)

Mengurangkan kesilapan

d)

Merancang penggunaan sumber dengan cekap

e)

Memberi garis panduan dalam memulakan perniagaan

51.

Pembuatan keputusan yang tepat berkaitan dengan kepentingan RP iaitu

a)

Sebagai alat kawalan

b)

Sebagai alat komunikasi kepada pihak berkepentingan

c)

Mengurangkan kesilapan

d)

Merancang penggunaan sumber dengan cekap

e)

Memberi garis panduan dalam memulakan perniagaan

52.

Meyakinkan pihak bank untuk meyediakan kemudahan pembiayaan berkaitan dengan kepentingan RP iaitu

a)

Sebagai alat kawalan

b)

Sebagai alat komunikasi kepada pihak berkepentingan

c)

Mengurangkan kesilapan

d)

Merancang penggunaan sumber dengan cekap

e)

Memberi garis panduan dalam memulakan perniagaan

53.

(a)   ialah pihak yang menyediakan bantuan / insentif / prasarana kepada usahawan

54.

Elemen RP yang mengandungi maklumat tentang strategi produk dan strategi penetapan harga ialah

a)

Rancangan Kewangan

b)

Rancangan Pemasaran

c)

Latar belakang projek

d)

Rancangan Organisasi

e)

Rancangan Pengeluaran

55.

Antara berikut yang manakah TIDAK dinyatakan dalam rancangan kewangan dalam rancangan perniagaan?

a)

Ramalan kewangan

b)

Ramalan jualan

c)

Jadual pembayaran balik pinjaman

d)

Analisis titik pulang modal

56.

Antara berikut yang manakah TIDAK dinyatakan dalam rancangan pengeluaran dalam rancangan perniagaan?

a)

Peralatan dan mesin yang digunakan

b)

Kos pelaksanaan projek

c)

Volum pengeluaran

d)

Kualiti produk

57.

Penelitian dan penganalisisan dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan bayar balik pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan atau sebaliknya. Adalah kegunaan RP kepada ___________

a)

Usahawan

b)

Pembekal

c)

Pelanggan

d)

Pembiaya

e)

Pelabur

58.

Pilih elemen yang perlu ada dalam bahagian rancangan pengeluaran bagi sebuah rancangan perniagaan.

a)

Sasaran pelanggan

b)

Susun atur kilang

c)

Bahan mentah

d)

Mesin dan peralatan diperlukan

e)

Proses pengeluaran

59.

Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah ....

a)

Meyakinkan pihak pelabur

b)

Satu dokumen bukti

c)

Merancang keperluan sumber perniagaan

d)

Perancangan yang dibuat usahawan

60.

Analisis SWOT perlu ada dalam

a)

Ringkasan Eksekutif

b)

Rancangan Operasi

c)

Rancangan Pemasaran

d)

Rumusan