wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR PENGETAHUAN - FB-024-3 (Set 2)

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut BUKAN perkara utama yang perlu dilaksanakan di dalam pengurusan majlis?

a)

Penilaian

b)

Perancangan

c)

Perlaksanaan

d)

Penganalisaan

2.

Bilakah jamuan ringan dihidangkan semasa sesuatu majlis berlangsung?

a)

Permulaan

b)

Penghujung

c)

Pertengahan

d)

Bila-bila masa

3.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk memulakan suatu majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam?

a)

7.00 malam

b)

7.30 malam

c)

8.00 malam

d)

8.30 malam

4.

Apakah senarai yang terakhir dan biasanya mempunyai nombor kerusi tetamu serta perlu diberikan kepada penyambut tetamu?

a)

Mengikut keutamaan

b)

Jawapan hadir

c)

Tidak hadir

d)

Hadir

5.

Manakah antara berikut merupakan majlis rasmi?

a)

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

b)

Majlis Perasmian Pembukaan Cafe

c)

Majlis Pelancaran Album

d)

Majlis Konvokesyen

6.

Apakah maklumat lain yang perlu ada semasa menyediakan senarai nama jemputan?

a)

Nama penuh iaitu bersama nama bapa

b)

Nama penuh seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan

c)

Nama ibu bapa seperti yang terdapat di dalam surat kelahiran

d)

Nama dengan gelaran dan darjah kebesaran yang disandang

7.

Berikut merupakan perkara penting yang perlu diambilkira dalam penentuan tempat KECUALI

a)

mempunyai bangunan yang menarik

b)

mempunyai kemudahan asas yang mencukupi

c)

diketahui umum dan mudah dituju oleh peserta

d)

sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan

8.

Apakah perkara utama dalam satu aturcara majlis?

a)

Acara yang merujuk kepada penyertaan ahli organisasi penganjur

b)

Urutan acara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir majlis

c)

Jamuan yang diadakan di pertengahan atau di hujung majlis

d)

Susunan tempat duduk yang mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan.

9.

Manakah antara berikut, BUKAN perkara yang perlu dilakukan selepas sesuatu majlis?

a)

Post Mortem

b)

Laporan majlis

c)

Pelan pemasaran event

d)

Surat penghargaan dan terima kasih

10.

Apakah jenis acara yang melibatkan penyertaan di kalangan ahli-ahli organisasi penganjur sendiri?

a)

Rasmi

b)

Dalaman

c)

Kebangsaan

d)

Antarabangsa

11.

Jika tetamu kehormat ialah Menteri dan program berkenaan diadakan secara kerjasama dengan agensi lain (di lokasi agensi berkenaan),


Manakah antara berikut merupakan susunan ucapan alu-aluan dalam buku program?

a)

1) Ucapan Alu-aluan Menteri

2) Ucapan Alu-aluan Ketua Agensi berkenaan

3) Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Program

b)

1) Ucapan Alu-aluan Ketua Agensi berkenaan

2) Ucapan Alu-aluan Menteri

3) Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Program

c)

1) Ucapan Alu-aluan Ketua Agensi berkenaan

2) Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Program

3) Ucapan Alu-aluan Menteri

d)

1) Ucapan Alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Program

2) Ucapan Alu-aluan Ketua Agensi berkenaan

3) Ucapan Alu-aluan Menteri

12.

Aturcara pentadbiran merupakan satu dokumen yang mengandungi susunan acara yang ditulis dengan lebih terperinci termasuk panduan serta nama petugas yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu kerja yang telah ditetapkan


Berikut adalah tujuan menyediakan aturcara pentadbiran, KECUALI

a)

Panduan untuk menentukan majlis berjalan mengikut peraturan dan protokol yang sesuai dan betul

b)

Sebagai satu bukti bahawa majlis telah dijalankan mengikut panduan

c)

Panduan kepada semua pegawai yang terlibat

d)

Mengawal masa

13.

Manakah antara berikut merupakan penyataan yang merujuk kepada majlis penuh istiadat?

a)

jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing

b)

majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.

c)

istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh Menteri.

d)

penganjuran oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.

14.

Manakah antara berikut, BUKAN majlis rasmi?

a)

Majlis Konvokesyen MSU

b)

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan

c)

Majlis Makan Malam & Anugerah Coway

d)

Majlis menandatangani kerjasama MSU-Top Glove

15.

Manakah antara berikut, BUKAN skop tugas jawatankuasa kerja media?

a)

Pendaftaran media

b)

Tempat duduk serta makan minum petugas media

c)

Pengesahan tetamu kehormat untuk mengadakan sidang media

d)

Menyediakan dan menghantar kad jemputan dan menerima kad jawapan kehadiran

16.

Manakah antara berikut, merupakan tugas jawatankuasa kerja persembahan?

a)

Memastikan segala keperluan termasuk makan minum (jika ada), raptai persembahan dan sebagainya disediakan atau dilaksanakan dengan teratur.

b)

Melantik petugas untuk membantu dan menjaga kawalan slide persembahan agar teratur tanpa gangguan teknikal semasa majlis

c)

Melaksanakan aktiviti promosi yang bersesuaian melalui laman web, media massa dan sebagainya

d)

Menguruskan perolehan perkhidmatan setelah mendapat kelulusan pihak tertentu

17.

Manakah antara berikut tidak termasuk dalam tugas jawatankuasa kerja publisiti?

a)

Mengurus cara hidangan, contohnya buffet, hidang dan lain-lain

b)

Menyediakan buku program berdasarkan input daripada Urus Setia

c)

Menyediakan draf rekaan flyers, poster, bunting dan banner untuk kelulusan Jawatankuasa Induk sebelum dicetak.

d)

Menguruskan percetakan flyers, poster, buku program, bunting dan banner yang telah diluluskan oleh pihak tertentu.

18.

Berapa lamakah sebelum majlis berlangsung teks ucapan dan kata-kata aluan perlu disediakan?

a)

2 hari

b)

10 hari

c)

2 minggu

d)

3 minggu

19.

Manakah antara berikut antara tugas jawatankuasa kerja logistik dan persiapan tempat?

a)

Simpan resit-resit/bukti pembelian

b)

Memastikan pencahayaan yang sesuai dengan majlis

c)

Menyediakan dan menghantar kad jemputan dan menerima kad jawapan kehadiran

d)

Menyediakan senarai tugas dan memberi taklimat kepada pegawai pengiring dan penyambut tetamu

20.

Menentukan dan menyusun atur kedudukan tetamu (tagging) berdasarkan susunan protokol.


Apakah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk bidang tugas di atas?

a)

Jemputan

b)

Cenderamata

c)

Sambutan dan protokol

d)

Logistik dan persiapan tempat

21.

Apakah bidang tugas jawatankuasa kerja jemputan?

a)

Menyediakan senarai jemputan

b)

Menyediakan draf teks ucapan aluan dan perasmian

c)

Mengiringi tetamu VIP dan tetamu jemputan ke tempat duduk

d)

Memastikan pemasangan peralatan audio visual mengikut spesifikasi dan berfungsi dengan baik

22.

Manakah antara berikut tidak menepati panduan bacaan doa didalam sesuatu majlis?

a)

Doa hendaklah diadakan di awal majlis

b)

Doa mesti dibaca dalam semua majlis yang dijalankan

c)

Doa hendaklah ringkas, padat serta kandungannya berkaitan dengan majlis

d)

Doa hendaklah dibacakan di rostrum di atas pentas atau ruangan khas yang disediakan

23.

Berikut adalah butiran yang perlu ada didalam suatu kad jemputan, KECUALI

a)

Tarikh

b)

Penganjur

c)

Nama Majlis

d)

Nama artis jemputan

24.

Berapakah bilangan rostrum yang disarankan bagi melancarkan perjalanan sesuatu majlis?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

25.

Manakah antara berikut BUKAN tujuan utama susunan keutamaan?

a)

Penyampaian ucapan

b)

Tertib ketibaan tetamu

c)

Menyusun tempat duduk

d)

Menyusun tempat letak kereta

26.

Manakah antara berikut, diluar bidang tugas pengacara majlis?

a)

Menentukan bilakah majlis akan dimulakan

b)

Memberi panduan kepada tetamu

c)

Membuat pengumuman

d)

Mengawal majlis

27.

Majlis yang dianjurkan secara sederhana iaitu tidak banyak melibatkan amalan protokol dan konsep majlis pada kebiasaannya berbentuk santai atau tidak formal.


Apakah jenis majlis merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Majlis santai

b)

Majlis tidak rasmi

c)

Majlis Rasmi (beristiadat)

d)

Majlis Rasmi (Tidak beristiadat)

28.

Asas perancangan majlis iaitu kenapa majlis tersebut diadakan, apakah atur cara atau program yang akan dijalankan, bila ia akan diadakan, di mana ia akan berlangsung, Siapa tetamu kenamaan, peserta atau jemputan dan bagaimana untuk melaksanakan acara.


Apakah perkara yang dapat dihasilkan berdasarkan kepada analisis di atas?

a)

Tahap kejayaan majlis

b)

Kesan jangka panjang majlis

c)

Taraf dan saiz majlis yang akan diadakan serta peruntukan kewangan yang diperlukan

d)

Peningkatan motivasi kepada semua jawatankuasa penganjur yang terlibat secara langsung

29.

Manakah antara berikut, BUKAN faktor utama kejayaan sesuatu majlis?

a)

Budget yang besar

b)

Perancangan yang baik

c)

Mempunyai senarai semak yang lengkap

d)

Setiap ahli jawatankuasa jelas dan berfungsi dengan baik

30.

Pilih perkara-perkara yang perlu disediakan semasa majlis

a)

Sistem audio

b)

Buku program

c)

Tempat jamuan

d)

Tempat press conference

31.

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk membuat penilaian majlis?

a)

Perbincangan berkumpulan

b)

Telefon setiap peserta

c)

Borang kaji selidik

d)

Menghantar surat

32.

Senarai ini dibuat supaya dapat mengetahui kategori tetamu, bilangan dan peringkat tetamu. Dengan adanya ini, pihak penganjur dapat membuat perancangan tempahan jamuan, anggaran perbelanjaan, jumlah ahli jawatankuasa kerja, tempat letak kenderaan serta pelan susun atur di dalam dewan atau lokasi majlis.


Berdasarkah kepada pernyataan di atas, apakah kategori senarai tetamu yang dimaksudkan?

a)

Senarai hadir

b)

Senarai ringkas

c)

Senarai jawapan kehadiran

d)

Senarai nama jemputan

33.

Rajah di atas merujuk kepada struktur jawatankuasa majlis berskala

a)

kecil

b)

rasmi

c)

besar

d)

sederhana

34.

Berikut merupakan tujuan penggunaan carta gantt dalam proses menguruskan sesuatu projek, KECUALI untuk

a)

menentukan bila sesuatu tugas perlu disiapkan

b)

merancang bila sesuatu tugas perlu dimulakan

c)

menunjukkan setakat manakah kemajuan yang sedang dicapai

d)

memilih menu yang sesuai dengan majlis yang ingin diadakan

35.

Manakah antara berikut merupakan kaedah paling mudah dan berkesan untuk pengesahan kehadiran bagi sesebuah majlis?

a)

Surat

b)

Email

c)

Faksimili

d)

Whats'up

36.

Apakah warna pen yang disarankan untuk merekod kehadiran tetamu yang mengesahkan akan hadir ke majlis?

a)

Biru

b)

Hijau

c)

Hitam

d)

Merah

37.

Susunan tempat duduk keutamaan yang ditunjukkan di dalam Rajah 2 di atas adalah merujuk kepada susunan kekananan bagi

a)

lima orang

b)

empat orang

c)

enam orang dengan isteri

d)

empat orang dengan isteri

38.

Apakah tindakan utama yang perlu diambil oleh pegawai yang menerima arahan bertugas, tetapi beliau tidak dapat hadir?

a)

Cari penganti

b)

Mohon cuti tahunan

c)

Hantar surat pengecualian

d)

Tidak hadir tanpa sebarang tindakan

39.

Apakah cara yang paling tepat untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri ke majlis yang dianjurkan?

a)

Kad jemputan

b)

Surat jemputan

c)

Watikah jemputan

d)

Panggilan jemputan

40.

Majlis anjuran sebuah universiti awam, menggunakan Bahasa Melayu untuk Backdrop. Namun dibenarkan pengguna Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa sekiranya perasmian bertaraf

a)

antarabangsa

b)

kebangsaan

c)

dalaman

d)

negeri

41.

Adakah jambangan bunga perlu diletakkan di atas rostrum?

a)

Wajib

b)

Tidak perlu

c)

Ikut kesesuaian

d)

Boleh sekiranya ada ruang

42.

Berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam rajah diatas, apakah nama dokumen tersebut?

a)

Surat jemputan

b)

Kad jemputan

c)

Kad jawapan

d)

Aturcara

43.

Manakah merupakan turutan yang betul untuk ucapan dalam suatu majlis?

a)

Tuan rumah sahaja yang berucap

b)

Tetamu kehormat sahaja yang berucap

c)

Bermula dengan tetamu kehormat dan diakhiri dengan tuan rumah

d)

Bermula dengan tuan rumah dan berakhir dengan tetamu kehormat

44.

Berapakah had maksimum bagi orang yang berucap didalam suatu majlis?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

45.

Apakah perkara dibuat selepas sesuatu majlis dengan tujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan cara untuk mengatasinya pada masa akan datang?

a)

Logistik

b)

Post-mortem

c)

Kajian soal selidik

d)

Mesyuarat jawatankuasa

46.

Apakah tujuan utama borang penilaian (kaji selidik)?

a)

Mengambil data dan maklumat peserta majlis

b)

Menentukan kesilapan yang berpunca dari mana-mana pihak

c)

Menilai dan memberi penghargaan kepada penganjur seperti anugerah khas untuk majlis akan datang

d)

Mengenalpasti kelemahan yang boleh diperbaiki untuk penganjuran majlis seumpamanya pada masa akan datang

47.

Berikut adalah kaedah lain yang boleh digunakan untuk menjemput tetamu secara umum, KECUALI

a)

Facebook

b)

Instagram

c)

Telefon

d)

Poster

48.

Apakah faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih cenderamata untuk tetamu majlis?

a)

Mempunyai nilai dan harga yang mahal dengan tetamu VVIP.

b)

Mengikut kesesuaian dan bajet yang dipersetujui

c)

Mengikut citarasa dan pilihan semasa

d)

Berbentuk makanan tradisional

49.

Apakah keperluan logistik yang perlu ada, bagi memudahkan tetamu pada hari majlis berlangsung?

a)

Backdrop

b)

Pengiring

c)

Kad jemputan

d)

Papan penunjuk arah

50.

Apakah peranan utama jawatankuasa jemputan dan protokol?

a)

Menyediakan buku program atau aturcara

b)

Menentukan cenderamata yang sesuai dengan jemputan

c)

Melawat tempat majlis untuk menentukan kemudahan yang disediakan

d)

Menentukan susunan tempat duduk tetamu kehormat dan tetamu majlis

51.

Apakah yang perlu dilakukan semasa perancangan majlis dilakukan?

a)

Raptai

b)

Mencari cenderahati

c)

Penyediaan kertas kerja

d)

Mengedarkan kad jemputan

52.

Manakah antara berikut BUKAN kategori program acara?

a)

Antarabangsa

b)

Kebangsaan

c)

Dalaman

d)

Lawatan

53.

Berikut merupakan tujuan penggunaan carta gantt dalam proses menguruskan sesuatu projek, KECUALI

a)

membuktikan bahawa projek yang dirancang mengikut panduan dan sop yang telah ditetapkan

b)

menunjukkan setakat manakah kemajuan yang sedang dicapai

c)

merancang bila sesuatu tugas perlu dimulakan

d)

menentukan bila sesuatu tugas perlu disiapkan

54.

Manakah antara berikut BUKAN tujuan utama raptai?

a)

Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawab

b)

Membiasakan petugas-petugas dengan keadaan tempat

c)

Menentukan urutan majlis

d)

Mencantikkan laporan

55.

Apakah tindakan yang tidak sepaptutnya dilakukan oleh penyambut tetamu sebelum ketibaan tetamu?

a)

Tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu dijangka tiba.

b)

Melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu.

c)

Menyerahkan borang soal selidik, temu bual bersama tetamu yang berkait rapat dengan objektif sesuatu majlis

d)

Memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya

56.

Apakah tindakan yang perlu diambil oleh penyambut tetamu sekiranya terdapat teguran daripada tetamu?

a)

Mendiamkan diri

b)

Mendiamkan diri dan mengambil maklum

c)

Pertahankan prosedur yang ditentukan oleh penganjur

d)

Memberikan maklumbalas walaupun tidak mempunyai maklumat yang jelas

57.

Manakah antara berikut merupakan peranan penyambut tetamu?

a)

Mengetahui maklumat keraian yang sedang diadakan

b)

Menentukan pemilihan menu yang sesuai

c)

Mahir dengan tempat majlis berlangsung

d)

Mudah senyum

58.

Manakah antara beriktu merupakan prinsip am di meja jamuan?

a)

Wanita duduk di hujung meja khas

b)

Susunan meja bulat VVIP hendaklah penuhkan walaupun terdapat tertamu yang tidak hadir

c)

Wanita boleh mengetuai meja panjang

d)

Tuan rumah duduk disebelah kanan Tetamu Kehormat yang lebih tinggi pangkatnya

59.

Berapa lamakah jarak masa yang paling sesuai bagi ketibaan di antara para tetamu biasa dengan Tetamu Kehormat?

a)

15 minit

b)

20 minit

c)

30 minit

d)

1 jam

60.

Manakah antara berikut, perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih menu untuk jamuan ringan di sebelah petang bagi suatu majlis?

a)

Menu Barat

b)

Nasi dan lauk pauk

c)

Kombinasi kuih manis-pedas

d)

Kombinasi kuih warna-warni