WorksheetsBM - Tatabahasa 2 t6
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Yen Yi meletakkan lima cucuk sate di dalam pinggan kertas yang ______ untuk pelanggan.
kempis
leper
bujur
lonjong
"Program Sarana di sekolah saya _______ meriah," kata Auni kepada Lava.
paling
benar
sungguh
nian
Enzik Zakaria lebih suka membayar bil elektrik melalui Internet ________ lebih mudah dan cepat.
supaya
kerana
untuk
tetapi
Ayah : _______ berhati - hati semasa di bank. _______ dedahkan nombor akaun bank kamu.
Islah : Baiklah, ayah.
Tolong ....... Jangan
Harap ....... Sila
Jangan ...... Tolong
Sila ....... Harap
Juan Sheng sedang ______ kamus untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahaminya.
meneliti
membaca
merujuk
melihat
Para pengunjung yang melawat ke zoo dilarang memberikan makanan ________ haiwan atas faktor keselamatan.
ke
pada
kepada
dari
Murid - murid itu kelihatan tekun menyediakan peralatan pentas seperti __________.
gergaji dua mata
anai - anai makan kayu
pahat dengan penukul
pungguk rindu akan bulan
Kita _______lah berwaspada terhadap keselamatan diri di tempat awam.
dapat
perlu
pernah
boleh
Berhati - hati ketika berjalan di pasar kerana lantainya licin.
Pilih perkataan antonim bagi licin.
kesat
kasar
kusut
kotor
Puan Ai Ling mengawasi anak - anaknya yang sedang bermain di tepi pantai itu.
Pilih perkataan sinonim bagi mengawasi.
menemani
melindungi
menyelamatkan
memerhatikan
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua murid perlu berhati - hati semasa melintas jalan.
Semua pejalan kaki perlu berhati - hati semasa melintas jalan.
Pejalan kaki mestilah melintas jalan dengan berhati - hati semasa ke sekolah.
Murid - murid haruslah melintas jalan dengan berhati - hati.
Murid yang melintas jalan ke sekolah berhati - hati semasa berjalan kaki.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Siapakah yang membiayai kos tuisyen untuk murid - murid tahun enam?
Syarikat Pustaka Jaya Sdn. Bhd. yang akan membiayai kos tuisyen itu.
Program tuisyen itu akan diadakan di dewan sekolah.
Program tuisyen itu akan bermula pada awal bulan hadapan.
Murid tahun enam yang akan menyertai program tuisyen itu.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
Program Ceramah Motivasi itu akan diadakan di dewan sekolah.
Apakah program yang akan diadakan di dewan sekolah?
Di manakah program Ceramah Motivasi itu akan diadakan?
Bilakah program Ceramah Motivasi itu akan diadakan?
Siapakah yang menganjurkan program Ceramah Motivasi itu?
Pilih ayat yang betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
