wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL KUIZ BAHASA MELAYU

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

2.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

3.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia

pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

lasak

b)

cekap

c)

tangkas

d)

kencang

4.

Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.

a)

mengajar

b)

mengajari

c)

mengajarkan

d)

menunjuk ajar

5.

Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.

a)

tersadung

b)

tersepak

c)

terpijak

d)

terselit

6.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

7.

Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula. Keadaan ini samalah seperti…

a)

didengar ada dipakai tiada.

b)

biar mati anak jangan mati adat.

c)

jauhari yang mengenal manikam

d)

carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga

8.

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.

a)

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu

b)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

c)

Seperti embun di hujung rumput.

d)

Bagai layang-layang putus tali.

9.

Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali

a)

genggam bara api biar jadi arang.

b)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

10.

Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya.

a)

menyerkupkan

b)

menyerkapkan

c)

menyarungkan

d)

menyorongkan