wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LMCW2153_PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN_SET 39 & 40_SEM 1

Total questions: 20

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Manakah di antara berikut TIDAK berkaitan dengan peradaban?

a)

Peradaban terbahagi kepada dua bahagian iaitu luaran dan dalaman

b)

Peradaban juga dikenali sebagai tamadun

c)

Peradaban adalah kemajuan rohani dan jasmani

d)

Peradaban tidak berkaitan dengan pemakanan

2.

Manakah di antara berikut TIDAK berkaitan dengan etika yang menjadi punca sesuatu peradaban itu jatuh?

a)

A. Pemimpin berintegriti

b)

B. Pembinaan monumen

c)

C. Pengumpulan harta

d)

D. Pengabaian hak individu

3.

Etika seseorang dipengaruhi oleh faKtor berikut

I. Agama

II. Komuniti

III. Keluarga

IV. Media sosial

a)

A. I dan II

b)

B. I,II, dan III

c)

C. II, dan III

d)

D. I,II,III dan IV

4.

1. Etika pemerintahan adalah penting untuk kelompok berikut:

I. Menteri kabinet

II. Presiden

III. Pengetua

IV. Pemimpin pelajar

a)

A. I dan II

b)

B. I,II, dan III

c)

C. II, dan III

d)

D. I,II,III dan IV

5.

1. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai etika...

a)

A. Istilah etika menurut Islam adalah akhlak

b)

B. Teori etika memberikan sebab-sebab atau norma untuk menimbangkan etika dalam sesebuah masyarakat semuanya adalah baik

c)

C. Etika adalah salah satu cabang ilmu falsafah yang menentukan pemilihan tingkah laku dalam sesebuah masyarakat

d)

D. Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul

6.

Pengklonan manusia sangat berkait rapat dengan etika manusia. Berikut merupakan kesan buruk pengklonan manusia kecuali...

a)

A. Masalah hukum kekeluargaan

b)

B. Pertimbangan moral

c)

C. Membazir dana dan kewangan

d)

D. Kekurangan sumber manusia

7.

1. Pilih kenyataan yang tepat dalam konteks hubungan etnik daripada perspektif Kesepaduan Sosial

I. Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah yang telah membentuk struktur sosial, ekonomi dan politik

II. Masyarakat Malaysia menjalin kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian

III.Kesepaduan sosial rakyat Malaysia terbina melalui proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi

IV. Kesepaduan sosial rakyat Malaysia terbentuk melalui interaksi harian berdasarkan Takrian Harian dan Takrifan Autoriti

a)

A. I dan II

b)

B. I,II, dan III

c)

C. II, dan III

d)

D. I, II,I II dan IV

8.

Tapak Integrasi telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi perkara berikut KECUALI

a)

A. Bahasa Melayu

b)

B. Agama Islam

c)

C. Kuasa kerajaan Negeri dan Persekutuan

d)

D. Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputra

9.

Sesiapa yang membincangkan isu-isu sensitif mengenai kedudukan bahasa, agama, hak-hak kaum di negara ini dan dibicarakan di tempat awam akan dikenakan tindakan di bawah

a)

A. Akta Hasutan

b)

B. Akta Rahsia Rasmi

c)

C. Akta Multimedia dan Komunikasi

d)

D. Akta Keselamatan Dalam Negeri

10.

Pilih pernyataan PALING TEPAT tentang perlembagaan

a)

A. Perlembagaan persekutuan diwujudkan oleh Kuasa Eksekutif Negara selepas merdeka bagi menjamin kedaulatan Tanah Melayu.

b)

B. Undang-undang yang digubal selepas kemerdekaan adalah tidak sah jika bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

c)

C. Persetujuan pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat dalam Dewan Rakyat dengan sokongan Dewan Negara

d)

D. Rukun Negara digubal berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri-negeri Bersekutu

11.

Pilih kombinasi PALING TEPAT bagi tiga teras utama Kesepaduan Nasional.

a)

A. Perpaduan – perancangan aktiviti

b)

B. Kesepaduan – pelaksanaan konsep kesepaduan

c)

C. Penyatupaduan – proses dan tindakan diusahakan

d)

D. Integrasi nasional – penilaian tahap kesepaduan nasional

12.

Terbentuk secara semulajadi akibat Interaksi orang tempatan dengan pedagang luar” Pernyataan ini paling tepat menggambarkan____.

a)

A. Keturunan perkahwinan campur

b)

B. Masyarakat berbilang identiti

c)

C. Asimilasi masyarakat

d)

D. Masyarakat plural

13.

Kesalahan yang dilakukan seperti penyebaran fitnah atau berita palsu menggunakan platform internet adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada seperti

I. Akta Fitnah 1957

II. Akta Hasutan 1948

III. Kanun Keseksaan (Akta 574)

IV. Akta Komunikasi dan Multimedia

a)

A. I dan II

b)

B. I,II, dan III

c)

C. II, dan III

d)

D. I, II, III dan IV

14.

Prinsip-prinsip etika Islam merangkumi perkara berikut:

I. Manusia bebas bertindak mengikut

keinginannya

II. Fitrah manusia adalah cenderung kepada

berkelakuan baik

III. Kepentingan individu perlu selari dengan

kepentingan awam

IV. Kesan suatu tindakan adalah lebih penting

berbanding niat melakukannya

a)

A. I dan II

b)

B. II dan III

c)

C. I, II dan III

d)

D. I, II, III dan IV

15.

Terdapat perbezaan yang nyata antara etika Barat dan Timur iaitu:

I. Etika Timur sarat dengan nilai agama dan budaya tempatan

II. Etika Barat mengiktiraf akal rasional mengatasi nilai adat dan budaya

III. Etika Barat menolak peranan agama dalam menentukan tindakan beretika

IV. Etika Timur menolak peranan akal rasional dalam menentukan tindakan beretika

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. I, II dan III

d)

D. I, II dan IV

16.

Berikut adalah pernyataan yang benar baerkaitan masyarakat majmuk di Malaysia kecuali:

I. Proses kemajmukan disatukan melalui pendekatan asimilasi.

II. Kemajmukana yang ada hari ini adalah kesan langsung daripada penjajahan

III. Kemajmukana memberikan wajah yang positif kepada Malaysia terutamanya dalam mempromosi kepelbagaian dalam negara.

IV. Kemajmukana memberikan wajah yang negatif terutamanya dalam bentuk konflik.

a)

A. I

b)

B. I dan II

c)

C. I, II dan III

d)

D. I,II,III dan IV

17.

Berikut adalah cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia KECUALI

a)

A. Terdapatnya etnosentrisme dalam masyarakat

b)

B. Terdapatnya stereotaip dalam masyarakat

c)

C. Terdapatnya amalgamasi dalam masyarakat

d)

D. Terdapatnya segregasi dalam masyarakat.

18.

“Stratifikasi sosial” bermaksud ________________.

a)

A. pengagihan status sosial yang diukur berdasarkan jenis pekerjaan dan kelayakan akademik

b)

B. status sosial yang diberikan oleh masyarakat berdasarkan pencapaian pendidikan dan ekonomi

c)

C. sistem pengelasan sosial berdasarkan kelas dan status sosio-ekonomi

d)

D. peringkat atau tahap sosialisasi individu dalam masyarakat

19.

Sumber kepada pembentukan Etika Islam ialah ________________________.

a)

A. Al-Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W dan Dikotomi Khulafa ar-Rasyiddin

b)

B. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W

c)

C. Al-Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W dan Postulat Khulafa ar-Rasyiddin

d)

D. Al-Quran, Sunnah Rasulullah S.A.W dan Ijtimak Ulama Muktabar

20.

Sumber bagi pembentukan etika sesebuah bangsa ialah ___________________ .

a)

A. agama, falsafah, sains dan teknologi

b)

B. agama, norma, ilmu dan teknologi

c)

C. agama, ilmu, falsafah dan pengalaman

d)

D. agama, tradisi, ilmu dan teknologi